Oh Pak Lah!, Makin Pening Aku Tengok Kamu

Memang Pak Lah ini bermasalah. Kita sedap-sedap layan Ramadhan, tiba-tiba nak tukar portfolio dengan Najib. Kononnya nak acu, cuba, try, test dengan Najib sebelum peralihan kuasa tahun 2010 nanti.

Tapi aku pelik. Kenapa Pak Lah mahu ambil porfolio Kementerian Pertahanan?. Serahkan sahaja kedua-dua porfolio tu pada Najib kalau betul-betul nak ‘didik’ dia. Kan Pak Lah boleh la rehat sekejap. Boleh buat amal ibadat banyak-banyak Ramadhan ni. Tak pun pergi la jenguk-jenguk kawan-kawan yang nak melompat parti walaupun Pak Lah kata tak ada yang melompat, tapi yang sebenarnya Pak Lah tengah tertekan.

Anwar Ibrahim dah hantar surat untuk Pak Lah buat Sidang Khas Parlimen 23 September ini. Usulnya adalah untuk membahaskan usul undi tidak percaya keatas pentadbiran Pak Lah.

Aku harap Pak Lah tak jadi macam Thailand bila dah pegang tentera ni. Tapi aku harap juga perkara macam tu tak jadi sebab kita masih ada YDPA yang berkuasa keatas Angkatan Tentera Malaysia. Tapi tak tahulah kalau-kalau Pak Lah senyap-senyap ‘buang’ kuasa YDPA.

Kenapa wahai Pak Lah? Kenapa pening sebegini. Kami tahu keadaan ekonomi Malaysia sekarang ni terumbang-ambing. Tapi janganlah tunjukkan kelemahan anda dengan hanya menuding jari kepada Anwar Ibrahim. Kena la lihat dari sudut ke-ekonomi-an itu sendiri. Kalau ada geng BN sendiri keluar BN macam SAPP tu, kalau dah ada ahli Kabinet yang menentang dan mahu memanggil balik Tun Mahathir, kalau ada ahli parlimen yang melompat-lompat untuk keluar BN takkan itu tak bagi impak pada ekonomi kita.

Selama aku belajar tentang perniagaan di universiti, walaupun ia hanya teori, tetapi itu adalah kajian bahawa faktor politik menjadi salah satu faktor untuk pembangunan ekonomi. Anda lemah la Pak Lah!. Guna la otak. Jangan lah kata Anwar jadi penyebabnya. Kalau dulu krisis matawang masa zaman Tun Mahathir, beliau tuding jari ke Goerge Soros – ada la juga signifikannya, boleh juga terima akal. Dan kalau guna alasan kerana Meryll Lynch dengan Lehman Brothers sudah bankrap dan ini memberi kesan kepada ekonomi Malaysia mungkin juga kami boleh percaya. Tapi kamu ni Pak Lah, takkan nak salahkan Anwar Ibrahim siap ugut dengan ISA kononnya menggangu keselamatan negara.

Kalau aku sebagai pelabur asing pun aku tak mahu nak risiko melabur dalam Malaysia. Guna undang-undang rimba untuk selamatkan diri. Sepatutnya kita ni sedar diri. Tapi halnya tidak bagi Pak Lah. Agaknya ini yang buat kamu lemah. Lagi disorok, lagi dia timbul.

Posted on September 18, 2008, in Isu Semasa, Lucunya, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. ya lah. paklah ni memeningkan kepala rakyat saja.

    teringat cerita sembelit ‘shit!’

    Terima kasih juga pada Shahnon Ahmad yang buat bukut “shit” tu. Aku ingat nak baca semula la..

  2. MemangLah bermasaaLah sebah dia DoLah, tak apaLah, tak lama lagiLah, berundurLah!

    batulLAH tu!… aku sokong sangatLAH..

  3. Penyapu betulLAH Pak Lah ni.. Salah sendiri nak salahkan orang lain plak. Tukar portfolio time ketidakstabilan ekonomi ni sebab nak lari dari tanggungjawab la tu… Hampagas tol…

    p/s : Ad entri baru kat page aku..

    Haa.. itulah cara dorang pun nak lepas tangan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: