Selamatkah Malaysia?

Persoalan ini hanya boleh disoalkan oleh mereka yang bergelar pemimpin, baik kerajaan BN dan juga kerajaan PR. Bagi kami yakni rakyat jelata hanya  boleh bersuara disebalik ‘hijab’ maya. Nak cakap banyak, takut kena tangkap ISA. Kami juga terasa, adakah Malaysia ini selamat?

Dari segi luarannya nampak aman dan damai. Rakyat berbilang kaum memainkan peranan masing-masing. Anugerah Allah ke bumi Malaysia yang kaya dengan sumber alam sepatutnya menjadikan negara ini dipenuhi dan didiami oleh rakyat yang luar dari kemiskinan.

Mungkin teori kemiskinan yang ada sekarang perlu dikaji semula mengikut geografi penempatan. Dengan masalah ekonomi yang indah khabar dari rupa membuatkan orang kampung percaya bahawa negara ini berada dalam keadaan yang baik dan stabil walhal lain ceritanya bagi mereka yang mengetahui apa yang berlaku kini.

Sedikit demi sedikit maruah, tanah, moral, integriti pemimpin kerajaan (yang bekuasa kini) tergadai tanpa disedari. Aku pun tak sedar. Tapi bila tersedar baru aku tahu apa yang dikatakan SELAMAT!

Mungkin aku tak faham dengan pengertian selamat yang ditafsirkan oleh kerajaan. Mungkin sebab aku terlalu ‘berbulu’ dengan kerajaan ini menyebabkan aku malas nak faham walaupun sebenarnya aku faham.

Mungkin perasaan ‘berbulu’ ini juga ada kebaikan. Tak adalah kita hanya taklid ikut apa kata kerajaan tanpa usul periksa. Sebagai contoh ISA – dalam bahasa kasarnya anjing penjilat kerajaan – kalau nak tangkap maka tangkap lah sipolan itu. Tak perlu banyak soal. Dan kita sebagai rakyat cakap banyak pun tak guna. Kita cakap banyak kita pula yang kena.

Tak kisah lah 916 jadi 920 atau apa-apa jua tarikh, yang penting dan yang aku harap agar ia lebih baik dari sebelum. Jangan sama dengan yang sebelum atau lebih teruk dari sebelum.  Harapan agar ia membawa perubahan pembaharuan yang menjulang maruah Malaysia dan Islam khasnya.

Posted on September 16, 2008, in Bebas, Isu Semasa, Politik. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: