Teori Terkuburnya UMNO Dan BN

Keputusan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh P.44 telah diketahui dengan kemenangan besar berpihak kepada Anwar Ibrahim dengan majoriti lebih 15,000 dan kini telah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh. Arif Shah menang malu. Aji Pi hilang deposit. Semua berpihak kepada PKR. Mungkin cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 makin cerah. Serangan ke Putrajaya 16 September 2008 akan menjadi kenyataan.

Bermulalah episod-episod sedih, kabur dan terkubur bagi kepimpinan UMNO/BN. Ada yang mahu mengkebumikan kareer politik di Permatang Pauh, tapi kini dah ternampak kubur sendiri. Talian hayat punggung Saiful Bukhari yang digunakan oleh UMNO/BN tidak lagi berguna. Sumpah Najib Tun Razak sudah jadi sumpah yang sia-sia. Tak ada nilai.

Pernah dengar cerita dari Sanusi Junid (kalau tak silap orang), bahawa UMNO/BN akan terkubur menjelang tahun 2013. Selepas berpuluh tahun, maka tamatlah riwayatnya. Semua talian hayat, ICU, IV, Implan untuk menyembuhkan lagi UMNO/BN sudah tidak boleh pakai. Mungkin benar teori apa yang dikatakan oleh Sanusi Junid itu. Teori ini sedikit-sedikit telah memperlihatkan kenyataannya. Apa teori tersebut?:-

1.
Dari segi teorinya, tahun 2013 ialah tahun Pilihanraya Umum ke-13. Jika Anwar Ibrahim benar-benar boleh memerintah Malaysia 16 September 2008 nanti, maka UMNO/BN tidak lagi menjadi perti yang memerintah. Kebiasaannya UMNO/BN akan menggunakan seluruh jentera kerajaan seperti KEMAS, RISDA, MARA, JKKK, Pejabat Daerah dan lain-lain lagi tidak lagi boleh digunakan. Maka hilanglah sebelah tangan jentera pilihanraya UMNO/BN.

2.
Kebiasaan bagi orang UMNO/BN, bila tiba masa pilihanraya, banyaklah duit peruntukan pilihanraya akan diturunkan ke peringkat Cawangan dan Bahagian. Sikap “no money, no talk” sudah menjadi budaya kerja mereka. Sudah menjadi kewajipan pekerja pilihanraya UMNO/BN perlu dibayar. Tak bayar, tiada gantung banner, tiada gantung poster, tiada cula-mencula, tiada penjaga bilik gerakan, tiada kempen. Oleh itu, jika mereka tidak menjadi kerajaan, nak curi duit kerajaan sudah tentu tak dapat. Tokey-tokey besar tak lagi percaya mereka, maka mereka sudah pasti tidak mempunyai peruntukan untuk berkempen.

3.
Kebanyakan Bilik Gerakan UMNO/BN di kampung-kampung dan di pekan-pekan adalah balairaya kampung. Balairaya kampung adalah milik kerajaan, maka jika mereka tidak lagi menjadi kerajaan, sudah tentu mereka tiada pusat berkempen. Nak guna rumah orang perseorangan agak susah kerana budaya “no money, no talk” menjadi perkara utama. Masa tu UMNO/BN dah tak ada duit. Tidak seperti PAS, dimana setiap kampung telah didirikan Markaz PAS, dan budaya wang tidak menjadi perkara utama. Bagi makan mee dah okey.

Mungkin tiga teori diatas boleh dikembangkan lagi kesan-kesan buruk yang terjadi keatas UMNO/BN. Lagi teruk ialah selepas 51 tahun memerintah Malaysia, orang Melayu dan agama Islam makin terhimpit. Rakyat dah mual dengan sikap pemimpin UMNO/BN yang penting diri sendiri. UMNO/BN akan menjadi sejarah. Kewujudannya hanyalah untuk menghancurkan rakyat. Maka sudah tentu upacara pengkebumian UMNO/BN menjadi pesta yang meriah.

Posted on Ogos 27, 2008, in Isu Semasa, Kempen Pilihanraya, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. Assalam mu alaikum wr wbt
    Tambah huraian. Kini dalam buku sejarah di sekolah yang digembar gemborkan ialah UMNO yang sangat berjasa. Kalau UMNO/BN tak memerintah maka segala fakta yang kelabu biru itu akan malap, gelap dan suramlah. Akhirnya digenerasi akan datang UMNO akan tinggal kenangan sahaja bukan pun tercatat dalam sejarah.
    Dalam sukatan Pendidikan Islam ada tajuk Islam Hadari. Tajuk ini juga akan berakhir. Tidaklah nanti ustaz dan ustazah akan terkial-kial nak cerita tentang Islam Hadari lagi.

    Harap-harap lepas ni Islam Hadhari dah tak ada… biar Islam yang Hakiki aje…

  2. Harharhar.. Butul2 ini teori.. Budak2 kampung aku tolong2 dalam gantung2 banner sume ni sebab duit jer.. Tak da duit, sory ler..

    Sama la aku pon. Keje ngan BN amik duit, pastu amik duit tu bagi PAS pulak… hahahaha

  3. salam ramadhan utk KIPP..sy hanya tumpang baca….

    Salam Ramadhan untuk Nuriman juga.. baca aje la. Tak marah pun.. huhuhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: