Sinar Harian: Barulah Syok Baca!

Hari ni tergerak nak beli akhbar Sinar Harian. Mungkin dihadapan muka utama akhbar terdapat wajah Haji Hadi Awang yang mengulas tentang dua Exco Perak yang ditahan atas tuduhan rasuah. Jika dua Exco itu benar-benar menerima atau melakukan rasuah, maka mereka memang berhak menerima balasan. Barulah telus dan adil kerajaan.

Apa yang aku tertarik dengan rencana didalam Sinar Harian adalah artikel dari Abd. Jalil Ali yang bertajuk – UiTM dan sumpah laknat Saiful. Antara kenyataan bertulis yang aku rasa membuka sedikit minda kita yang sudah lama tersumbat dengan politik semasa kini.

Maka tidaklah menghairankan apabila beberapa hari setelah kenyataan Khalid, 5,000 pelajar universiti itu mengadakan tunjuk perasaaan dihadapan bengunan pejabat MB Selangor. Sehari dua lepas itu beribu-ribu lagi pelajar kampus cawangan seluruh negara – termasuk Sabah dan Sarawak – turut berarak sambil membawa sepanduk mengutuk Khalid. Syabas kepada pelajar-pelajar UiTM yang berani berarak dan menunjuk perasaan seolah-olah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sudah tidak wujud.

Pada hal apa yang dilakukan oleh Khalid sebenarnya bukan perkatra baru. Seperti yang dijelaskan oleh pakar sejarah Prof. Khoo Kay Kim, cadangan membuka UiTM kepada bukan Melayu telah disuarakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad lebih 10 tahun lalu. Tetapi tidak ada siapa pun melenting. Mungkin ketika itu cadangan ‘hebat’ itu datangnya dari UMNO, maka ia tidak ditentang. Agaknya jika Khalid bukan orang PKR, cadangannya itu tidak dipedulikan juga!

Satu tulisan yang aku rasakan terbuka. Mahu tak mahu, pelajar UiTM yang membacanya perlu akui bahawa terdapat double standard dalam penghakiman keatas kenyataan Khalib Ibrahim itu. Malah kenapa pihak berkuasa universiti tidak mengendahkan tindakan pelajar-pelajar yang membuat demonstrasi ini jika AUKU masih lagi wujud atau ia sengaja di diamkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Siapa tahu. Tapi sepatutnya pelajar juga janganlah jadi bodoh, buat malu kaum aje. Ada akal guna, jangan simpan untuk peperiksaan sahaja.

_______________________________________________

Setelah selak beberapa muka surat akhbar ini, aku terbaca satu berita yang bertajuk – PERKIB kesal sumpah Saiful dipertikaikan. Dalam berita tersebut banyak perkara yang dinyatakan oleh Presidennya macam mengampu. Kenyataan yang nampak sangat tak faham Islam dan aqidah Islam. Cakap semberono tanpa merujuk kepada yang pakar, hanya menurut logik akal hawa nafsu sahaja. Ada satu kenyataan yang paling bodoh dan memalukan aku sebagai orang Islam yang dibuat oleh beliau ialah:

Katanya, tidak sewajarnya Mursyidul Am PAS, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat yang juga seorang ulama menggambarkan sumpah Mohd Saiful dengan memegang kitab al-Quran meniru budaya Kristian, sedangkan penganut Kristian tidak pernah memegang al-Quran ketika bersumpah.

Bengong. Memanglah orang Kristian tidak bersumpah dengan memegang al-Quran. Tapi mereka memegang Bible yang mereka percaya. Takkan itu pun nak bagitau. Maksud budaya yang dikatakan Nik Aziz tu ada “cara amalan” yang meniru cara orang Kristian. Samalah budaya orang Melayu berkahwin dengan bersanding dan menepung tawar itu meniru budaya orang India. Yang bezanya hanya prosedur, tetapi amalannya adalah sama. Itupun nak kena ajar. Bengong.

Kepada yang bercakap tu janganlah disebabkan orang ramai kata boleh bersumpah dengan al-Quran dalam masjid betul maka kita mengiyakan kata-kata tersebut tanpa mengkaji dan hanya menerima tanpa membuat apa-apa kajian. Akhirnya diri sendiri yang nampak bodoh. Memalukan.

Posted on Ogos 21, 2008, in Bebas, Islam, Isu Semasa, Kempen Pilihanraya, Lucunya, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. ntah! bengong!

    Tahap Gaban!

  2. Kadang-kadang ada dalam kalangan kita ini yang ‘too plain’.
    Susah sikit la nak faham. Haha.

    Lurus bendullll

  3. Salam kipp…Lama dah tak bertamu di sini…hehe…Em bila otak cetek macam tu la jadinya…he he he…

    Aku pun dah lama tak jenguk ke sana.. huhuhu… Dorang tu mengampu aje lebih…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: