Sumpah & Seranah

Satu tindakan yang berani oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan yang bersumpah dengan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” didalam Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008 untuk menyatakan bahawa beliau benar-benar telah diliwat oleh Anwar Ibrahim walaupun terdapat banyak persoalan terhadap pertuduhan beliau.

Seorang yang GB (gagal berhenti) di UNITEN dengan pointer PNGK hanya 1.60 lebih kurang – lebih teruk dari yang disangkakan – kini menjadi tumpuan orang ramai. Itupun Najib Tun Razak masih berjumpa orang seperti Saiful untuk mendapatkan biasiswa. Pelajar yang dapat 4.00 pun susah nak dapatkan biasiswa.

Tapi itu semua tidak jadi masalah. Yang penting Anwar Ibrahim perlu bertanggungjawab dengan perbuatannya dan Saiful Bukhari perlu pertahankan kelakiannya.

Apakah kebetulan ibu atau ibu saudara kepada tunang Saiful Bukhari adalah pembantu isteri Najib Tun RazakRosmah?

Kenapa orang yang pertama yang diadu oleh Saiful Bukhari tentang dia diliwat ialah Najib Tun Razak sedangkan beliau masih mempunyai bapa dan Uncle Pet?

Apakah benar jika Saiful Bukhari benar-benar telah diliwat secara paksa atau sukarela oleh Anwar Ibrahim sedangkan katanya dia dipaksa tetapi didakwa dibawah seksyen 317B Penal Kod iaitu melakukan seks luar tabii secara sukarela. Siapa yang paksa? Siapa yang rela?

Jika katanya telah diliwat sebanyak 9 kali oleh Anwar Ibrahim, kenapa kali ke 9 baru beliau buat laporan? Mungkin sedap? Mungkin rela?

Apakah kebetulan Saiful Bukhari membuat sumpah tersebut sebelum penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh dimana Anwar Ibrahim menjadi calon PKR disana?

Selepas bersumpah, Saiful Bukhari mencabar pula Anwar Ibrahim untuk bersumpah sepertinya. Tapi aku tak fikir Anwar Ibrahim akan bersumpah dan hal ini aku pernah tulis dalam blog ni (klik disini). Katanya lagi bahawa dia telah mengikut cara Islam untuk menunjukkan bahawa dia itu benar.

Adakah cara Islam menyuruh kita bersumpah seperti kes liwat ini? Terdapatkah sumpah dalam kes jenayah dalam Islam?

Seingat aku Anwar Ibrahim juga telah membuat satu prosedur mengikut cara Islam iaitu dengan membuat laporan Qazaf di JAWI.

Banyak persoalan yang bermain di kepala aku. Adapun semua soalan tersebut ada di sini, akan tetapi satu soalan pun aku tak mampu nak jawab.

Hai Saiful Bukhari, hai Anwar Ibrahim… kita tunggu dan lihat sahajalah….

Posted on Ogos 16, 2008, in Islam, Isu Semasa, Otak de Lutut, Satu Kajian. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: