Hydrofuel: Betulkah Jimat?

Aku dapat permintaan dari Adi untuk buat kiraan tentang sistem Hydrofuel yang baru-baru ini dirasmikan oleh Pak Lah. Soalannya, “berbaloi ke kalau nak keluar modal 1300 hinggit ? .. KIPP . tolong kira untuk setahun penggunaan“.

PAKEJ HYDROFUEL

Hydrofuel mempunyai 2 pakej. Iaitu Basic dan Advance.

1. Basic Package
Tanpa MySMART Fuel saver
Harga lebih kurang RM1300.
Bagi enjin karburetor.
Penjimatan sehingga 29% (Boleh ditingkatkan)

2. Advance Package
Lengkap dengan MySMART Fuel Saver
Harga lebih kurang RM2300
Bagi enjin suntikan “Injection
Penjimatan sehingga 50%

Kita ambil andaian purata penggunaan minyak setahun rakyat Malaysia iaitu 1,800 liter iaitu bersamaan RM 4,860 setahun.

Tolak dengan rebet yang diberi oleh kerajaan (itupun kalau kita gunakan  rebet itu untuk beli minyak) sebanyak RM 625 setahun. Maka, purata penggunaan minyak setahun bagi rakyat malaysia ialah RM 4,235 setahun (lebih kurang RM 352.92 sebulan).

Kita ambil penggunaan minyak setahun rakyat Malaysia setelah ditolak dengan rebet iaitu RM 4,235. Oleh yang demikian 29% dari RM 4,235 ialah RM 3,007 setahun (lebih kurang RM 250 sebulan).

Untuk Advance Package aku tak bercadang nak buat kiraan sebab:
1. Kebanyakan kenderaan yang menggunakan sistem ini tak dapat rebet sebab ia lebih dari 2000 cc.
2. Kebanyakan orang yang guna kenderaan jenis ni adalah orang kaya. Dorang banyak duit. Setakat duit habis untuk minyak ni tak hairan pun.
3. Lagipun kalau mereka nak pasang Hydrofuel Advance Package (RM 2,300)  bukanlah masalah besar, RM 2000 lebih ajee.

Jadinya untuk penggunaan sistem Hydrofuel Basic Package yang berharga  RM 1,300 dibahagi dengan setahun ialah RM 108.33 sebulan, dan penggunaan minyak petrol (RM) selepas pakai sistem ini ialah RM 3,007 setahun (lebih kurang RM 250 sebulan). Jika kita pakai sistem ini, kita dapat cut cost sebanyak RM 1,228  setahun atau 102.33 sebulan. Kira banyak yang kita jimat juga sebenarnya.

Dicampur dengan kedua-dua kos tersebut (kos penggunaan minyak + kos pembelian sistem Hydrofuel Basic Package) setahun ialah RM 4,307, atau RM 358.91 sebulan.   Oleh itu kita dapat jimat RM 72 setahun… alahai… sikitnya. Tapi itu untuk tahun pertama penggunaannya sahaja, tetapi untuk tahun yang seterusnya memang jimat lebih kurang RM 1,228 setahun.

Pada pendapat aku, faedah penggunaan Hydrofuel ini baik untuk jangka masa panjang. Dalam jangkamasa pendek kosnya agak tinggi. Akan tetapi penggunaan ini tetap bagus untuk cut cost bagi kita yang guna kereta  bawah 2000 cc. Malah kos tersebut boleh diturunkan lagi. Tinggal lagi ialah keberkesanan dan kualiti produk ini adakah ia betul-betul baik atau tidak, kita tunggu dan lihat sahaja.

Itu sahajalah apa yang aku dapat terangkan. Kalau ada ide-ide baru untuk dikongsikan bersama, aku tak kisah…

Posted on Julai 19, 2008, in Bebas, Isu Semasa, Satu Kajian. Bookmark the permalink. 22 Komen.

  1. kalo camtu..tggu testimonial public dlu la pasal performance die..hihi

    Kena cari orang yang dah pakai bende ni lah. Pak Lah dah pakai kot?.. huhuhu

  2. Err.. Macam mana fungsi, mcm mana ia dipasang dan mcm mana bentuknya??? Sory, tak tau apaper pun..

    Aku pun tak tahu gak. Setakat dengar cerita aje. Cuba try tanya Adi.

  3. terima kasih kipp, panjang lebar penerangan tu..

    nih satu lagi . aku pun ingat nak aju kan pertanyaan kat laman web hydrofuel nih .. kos selenggara berape.. kalau rosak berape.. penggunaan untuk jangaka masa berape tahun . heheh. banyak soalan nak tanye nih ..

    Tanya bebanyak.. nanti tak sesat jalan.. huhuhuhu

  4. ada gerenti ker?

    Entah la… ada la kot?… Try la tanya dorang yang buat benda alah ni.

  5. 1.Benda ni kalau nak suruh org yang keta bawah 2000 cc, kena turunkan harga dia…. Kalau mengikut fakta/kira2 di atas, ROI hanya akan dapat dicapai selepas setahun.

    2. Ada tak RM 1 Million Public Liability Insurance! Ingat apa org tu kata kat TV, jgn gatal tangan cucuh lighter kat tangki!

    3. Jaminan produk kena lebih setahun pasal ROI lepas setahun!

    4. Jaminan wang dikembalikan jika tak jimat!

    Huah….huah….huah….. ;)

    Haaa… betul, betul….

  6. kipp,

    Pos ini sangat berguna kepada para pemilik kereta-kereta bukan mewah.

    Kita terpanggil untuk menerbitkan pos ini di laman web kita http://mylivingwall.com agar pembaca-pembaca kita mendapat manfaat dari pandangan kiip. Akan link kembali ke blog kiip.

    All the best,

    mylivingwall.com

    Terima kasih yang teramat tinggi… nanti aku pegi ke blog awak

  7. saudara kipp boleh x tolong kira kos tuk injection punyer….
    saya pakai kete buruk tapi dah tukar injin injection….
    purata guna minyak sebulan dalam RM 250 jer… sebab naik kete
    wat pergi balik keje jer..
    rasa x berbaloi lak pasal harga kit tu mahal sgt.. huhuhu…

    Aku rasa baik ko tak payah pakai hydrofuel kalo purata penggunaan minyak ko sikit.

  8. minta maaf… tambah sket..

    enjin pakai 1.6 jer… dapat rebat RM 650…

    Rebet RM 625 aje la… huhuhu

  9. wahhh..banyak benda yang saya belajar walaupun belum mahu menggunakan kereta ke pejabat [belum beli kete sebab takut budget lari]….hahahha

    Terutama bab pengiraan perbelanjaan sebulan tu.

    Penukaran ke hydrofuel ni sama ngan kaedah penukaran ke ngv ke? Yang kena pasang satu lagi tangki tu kan?

    Kenapa tak cuba guna icharge yang kawan-kawan saya mula pakai dan mereka kata better than ngv sebab tak perlu pasang tangki tambahan.

    Pakai hydrofeul tak seteruk NGV. NGV siap kena install tangki macam tong gas kat belakang kereta. Tapi aku NGV lagi jimat. Tapi mahal sikit la.

  10. hydrofuel ni hype dia je lebih, ye lah, paklah rasmi beb! korang tunggu pirated version of it. jgn risau, malasia boleh.

    nway, kalau btol2 malaysia dapat PM baru, mungkin minyak turun kot..

    bayan: icharge tu yang pasang kat pencucuh rokok ke? aku dgr ia hanya efisien kalau berjalan jauh. kalau takat dalam KL, tak nampak beza sgt. tatau la..

    Aku pun berharap agar minyak turun. Malas nak pasang apa2 yang jimat minyak.

  11. tak silap aku time berita tu ada cakap benda ni ada kene maintainance jugak setiap 5000km. kene add in jugak cost ni..baru tau jimat tak jimat

    Kalau gitu sama aje pakai minyak petrol. Nak lagi jimat kita naik LRT ke, komuter ke, bas ke, beskal ke, motor pun ok.

  12. Pakai Magnet neo dy saver lagi murah kos…..

    Kos aje yang murah… tapi penggunaan minyak masih lagi tak berapa murah

  13. jai coop CEKIK DARAH..aku bat sendiri HHO gen tu x habis pun RM70.awat melayu berniaga misti nak kencing orang.apek juai sayoq pun x mcm ni..search sj dekat youtube.dah berlambak MAT SALLEH yg x kedekut ilmu tu tunjuk cara nak bat DIY HHO gen ni.klw korang nak tolong,tolong la dgn ikhlas..lagi 1.aku rasa korang xyah la teruskan bisnes nak kencing orang mcm ni..nanti korang jugak yg susah.melayu bnyak jatuh kes mcm ni la.

    Kau cakap pasal sapa ha?…

  14. berita baik… 3 hari sebelum raya aku pasang “hidrofuel” (aku lebih suka panggil “AIR”) kat keta iswara aku. member masjid yang pasang lepas semayang terawih. dia mintak rm30 jer. ikhlas katanya. aku pun ikhlas la jugak walaupun sebenarnya kalau free aku akan lebih ikhlas lagi. huhuhu.

    lepas pasang terus test… mmm… memang ada peningkatan “power” dan “pickup”. best wa cakap lu. gear 1, 2 dan 3 bila tekan minyak memang amat terasa sekali dia punya power! best.

    besok paginya aku bukak balik apa yg dia pasang. sebab aku nak memahami benda tu. lepas tu aku bersihkan, pasang balik dan ejas sikit2 apa yang patut. ye haaa… ia berfungsi dengan baik dan excellent!

    kebaikannya ialah;

    1. pickup akan bertambah power
    2. kalau buka aircond, performance tak drop sangat – lebih stabil la gitu
    3. dapat jimat minyak – aku test isi minyak penuh dan bawak balik kampung dan beraya sakan sampai tangki nak abis, kesimpulan yang aku dapati ialah ia dapat jimat minyak sehingga 20% – tengok gaya pemanduan laaa
    4. belanja murah nak pasang alat tu. kalau pasang sendiri, modal sekitar rm5-rm10 jer.
    5. alat ganti gampang didapati… cari atau curi jer kat kedai aquarium… paip angin, valve angin yang ada cock jenis besi/stainless steel, gam hot gun dan cable tie… tu jer

    # jangan lupa, test tu kat keta iswara 1.3 AB aku ya. keta orang lain aku tak tau…

    keburukannya ialah;

    1. tak ada warranty! apa-apa hal kena tanggung sendiri!

    peringatan; aku isi air suling atau air bertapis jer. setakat ni aku belum pernah cuba pakai air sirap atau teh o limau. kalau ada sesapa nak cuba, silakan cuba dan tolong beri feed back ya!

    bapak dan adik aku pun nak pasang gak, tapi masih belum ada rezeki sebab aku masih tak dapat valve angin tu lagi. kedai akuarium habis stok daaaa!

    lepas ni aku ingat nak modified benda tu bagi lebih canggih. nak pasang alat yang kalau air abis dia boleh bercakap… ala ala knight rider la gituu

    sekian, majulah air untuk kereta!

    Aku ingat kat kampung aku pun ada gak promot benda ni, tapi kebanyakan yang pakai tu lepas 2 minggu dorang tak gunakan dah alat tu. Memang harga dia dalam area RM 30 – 70 aje, tapi dorang cakap lepas 2 minggu pakai enjin ada bunyi “tersedak”. Aku pun tak tau apa bunyi tersedak tu. Tapi itulah yang dorang cakap.

  15. Hidrofuel pirate memang dah banyak dah tp awas jgn samakn dgn water injector yg mcm nasron pakai tu. konsep dia semburan air halus (water mist) ke “air intake” kereta. yg masalahnya material utk haluskan semburan tu mcm2 version ada. Tu yg ada kes yg tersedak sebab big water droplet masuk dlm combustion chamber. Kalo hydrofuel, kkta convert air jadi gas hidrogen dgn oksigen (HHO). Gas yg masuk ke intake. Hydrogen ignite 100 times faster than fossil fuel so thats why kita boleh jimat dan juga performance. Aku sendiri pasang 6 tabung kat WAJA 1.6 Auto aku. Kat Bagan Datoh isi penuh, sampai Sungai Mati, Muar isi penuh lagi RM54.00 OK latu seblm ni dekat RM80.00. Masa tu minyak RM2.55 seliter. Sekarang tak test balik sana lg. Tu injection engine dgn overrite EFi sekali. Iswara karburetor 1.3Manual (abg aku punya aku pasang kelmarin) dari batu pahat ke Skudai lebih kurang 130km (tap kat meter) sampai sana isi minyak penuh balik RM16.00 wow! 1 KM 12.3sen. Nie aku buat sendiri, ratus jugak la modal… even kalo advance lag boleh gerakkan motor tanpa minyak pun. Daniel dingel berjaya buat keta Toyota SEG dia running without petrol almost 25 years until now.

    Moral of the story: Buy an Original!

  16. hydrofuel memang menjimatkan begitu juga dengan water injection pun jimat juge dan murah ,cuma hyrofuel cos dia lebih la skit .
    saya dah cuba buat sendiri kedua dua sistem ,memang boleh menjimat kan minyak.
    1 tangki kereta neo 1.3 bole pegi sampai 700-750km pada kelajuan 110-120km .kebiasaan nye 1 tangki penuh 450-500km je .performance kalau guna hidrofuel memang terasa pada masa trafic jam .enjin lembut,dan kalau melalui bonggol dlm kelajuan pelahan di bawah 1000rpm gear 4 enjin masih tak tersedak2 atau jerking .itu kelebihan hyrofuel.

    Bagi water injection pula beza sedikit,tapi menjimat kan juge neo 1.3 bole pegi sama mcm hydrofuel tapi kena setting dgn betul antara air dan udara ,kalau tak betul settng enjin sebu dan tersedak . semput2.

    Cuma hydrofuel kena maintain dia punyer plate , utk water injection tak perlu cuma tambah air .

    Kalau sapa ada yang berminat nak buat ,bole emel kat saya ,shahdol@omegascientific.com.sg.

    saya amik upah 100 saja barang kau org bole beli sendiri.

    Huhuhu… siap promote kat blog ni… nak kena cas ni… huhuhu

  17. Zainudin A. bakar

    Boleh bagi nombor alamat & no talipon Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn Bhd? sebab saya cuba masuk site http://www.hydrofuel.com.my tak boleh.

    Ish.. tak tau la pulak addressnya… sorry ek!

  18. hydrofuel company dah bankrap ke? asal x boleh contact…call, email xdapat..

    blum pasarkan barang dh bungkus???

    KIPP: Maaf la, aku tak tahu la..

  19. salam..nak kongsi produk E-Booster..alternatif jimat minyak pakai gas hidrogen..hanya tambah air suling. http://www.eboostergenerator.blogspot.com ..harga xder la sampai beribu2..RM 280 sahaja.Meh tgk.

  20. ade org pakai lagi tak sekarang?
    skrg dah 2014… takde dah dengar org nak pasang2 benda ni…
    kenape hek?
    tak bagus k? ade kesan sampingan k?
    mohon bantuan

  1. Pingback: Bahasa Melayu « my weblog

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: