Saman Ajelah TV3 Tu…

Dah naik bulu ketiak ke telinga bila menonton Buletin Utama yang memang “Yang Terutama” dalam membodek, memfitnah, membohong dan lain-lain “mem” yang sama erti dengannya.

Merujuk entri aku yang terdahulu tentang TV3 (sila klik disini), memang aku kesal kerana mereka masih dengan “polisi dan pekeliling” kerja untuk mencari salah dan menghebahkan kapada rakyat cerita yang tak benar tentang negeri-negeri bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Cerita tentang BN dan UMNO nampak seperti parti malaikat yang langsung tiada salahnya.

UMNOlah yang membantu saya, terima kasih kerajaan…“, kata mereka. Tapi kata aku, “Ptuiii… langsung tak adil. Makan haram kalau aku kerja di TV3!“.

Tengok sahaja masa Protes Sejuta Rakyat apabila sebuah band rock yang “terlanjur” perbuatan mereka, maka TV3 mengutuk dengan temu-ramahnya yang berat sebelah, semuanya dituding jari kepada Pakatan Rakyat. Ya!, memang salah penganjur. Dan mereka meminta maaf, malah dikritik oleh geng Pakatan Rakyat sendiri seperti PAS dan sebahagian orang PKR. Bukan macam BN atau UMNO, bila ada yang berlaku seperti kes ini, maka alasan yang diberi adalah – “kita akan buat siasatan lanjut“. Alih-alih tak dengar pun cerita. TV3 senyap. Simpan kebenaran.

Cerita terbaru adalah pasal cerita fitnah mengenai Menteri Besar Kedah pada Buletin Utama, 10 Julai 2008. Kononnya menuduh MB Kedah itu mengamalkan perbelanjaan yang mewah dan membazir dalam pengurusan dalam pentadbiran Negeri Kedah. Bukti yang kononnya disabitkan ialah apabila MB Kedah dilihat menaiki pesawat khas dalam satu penerbangan.

Tapi cerita dari Bernama pula berbeza apabila cerita penerbangan tersebut adalah sebuah penerbangan rombongan di-Raja Kedah untuk berlepas ke Brunei bagi mengundang Sultan Brunei hadir di sambutan Jubli Emas Sultan Kedah.

Apa punyai “tahi” berita dari TV3. Jelas-jelas memperbodohkan penonton. Lebih teruk dari berita dari RTM. Lebih hangit daripada biasa. Macam itupun nak buat cerita. Tak kaji ke?, atau memang orang TV3 ni tak tahu nak mencari berita. Keji, hina, haram, fitnah, kotor, najis, penipu dan yang buruk-buruk letak ketepi, janji cerita itu gempak dan meletup. Itulah TV3!.

Posted on Julai 12, 2008, in Bebas, Isu Semasa, Otak de Lutut, Satu Kajian. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. Aku agak “terlewat” skit menyedari kejahatan TV¾ ni, waktu naik berita kononnya bangunan KEMAS di negeri Kedah dirosakkan kerajaan negeri yang baru, sehari selepas keputusan PRU12. Logik akal aku menyatakan, kalau kerajaan negeri dah ada akses secara, buat apalah mereka pakai cara “samseng” untuk menghalau staf KEMAS (merosakkan pintu?)? Tak logik aih!

    Pasal kes MB Kedah naik jet ni, aku tak tengok (malam Jumaat kan?). Ni pun satu jugak aku bengang dengan TV¾, mentang² la MB aku ni paling tak kontroversi di antara keempat² MB negeri PR yang baru yang lain, wah, usaha sedaya-upaya nak burukkan dia ya? Sebelum tu, kes balak.

    Satu lagi aku tak puas hati dengan TV¾ (yang tak nampak sangat di TV lain, hatta RTM sendiri, macam yang hang kata tu!) ialah apabila membicarakan soal “keburukan” pihak pembangkang, yang mengulas semuanya yang dari kerajaan. Bekas MB Kedah pun kerap jugak enter frame.

    Paling tak tahan, pemberita akan cakap lebih kurang camni: “Apabila ditanya kepada SIFOLAN bagi mengulas mengenai isu BLABLABLA, ini komen beliau…”

    Lepas tu, tunjuk la si folan berkenaan, dan apa yang dia komen tu, kadang² tiga-empat patah perkataan saja, tak sampai 10 saat pun! Pastu terus potong dengan sesi membaca iklan PETRONAS PRIMAX la SUPERCARCRAZE la! Cet, buang karan betoi!

    Yang diburukkan tu tak pernah pulak diinterbiu agar dia dapat bela diri dia. Kalau pun ada dari dia atau dari teman seperjuangan dia, biasanya dipetik sikit saja, sama ada dengan cara supaya dia kelihatan tak bernas (ambik ayat yang paling tak profesional barangkali), atau potong² agar kelihatan ayatnya tu macam setuju dengan berita (ayat di luar konteks).

    Tapi, persoalannya, siapa yang boleh menyaman TV¾ ni? Kerajaan Negeri Selangor boleh ka buat?

    P/S: Alamak, sori kalau komen aku lebih panjang daripada entri hang! :lol:

    Komen panjang? – Tak ada hal la bro. Lagi panjang lagi bagus… huhuhu. Kalau aku MB Kedah memang aku dah saman malu dah kat TV3 tu. Paling kurang aku nak saman RM 1 juta… tahan lama sikit duit tu. Boleh buat kempen besar-besaran…hahhahaha.. Pastu orang yang mengulas cerita tipu TV3 tu pun satu bangang juga. Dah la tak tahu cerita sebenar, tapi bagi komen macam dia tahu semua, pastu bila cerita sebenar diketahui, tak ada pula yang nak mengomen… masing2 senyap sunyi sepi aje…bengong sungguh.

  2. memang TV3 dah melampau…Aku setuju!! he he…

    Boikot TV3!!!!

  3. teringat time tunjuk Nik Aziz ceramah dulu… siap ada iringan muzik saspen lagi…
    lalu ku berkata dalam hati… uik??? ceramah pon ader sound effect???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: