Jangan Salahkan Mahkamah Islam

Cakaplah apa-apa pun. Kalau dah tak percaya dengan hukum Islam, cakap sahajalah.

Macam mana nak bawa 4 orang saksi kalau yang buat tu berdua-duaan“, kata mereka. “Macam ni perbicaraan macam tak adil!“.

Mereka salahkan hukum Islam kerana tak memberi muka pada si penuduh. Kalau dulu kata suruh bersumpah, Anwar sanggup bersumpah. Kini bila Anwar buat laporan kepada JAWI, mereka kata tak adil.

Apa yang adil?. Adilkah jika dihakimi dan disiasat dengan cara mereka?. Kalau dah siasat, tak kedengaran pula bukti-buktinya. Mungkin tunggu Anwar kemukakan bukti dahulu. Senang nak “counter attack” semula bukti macam tahun 1998 dahulu.

Takkan Anwar begitu bodoh untuk jatuh kelubang yang sama untuk kali kedua?. Nasihat Ulama’ beliau ikut. Kali ini beliau ikut cara Islam.

Bukan untuk “berselindung” sepertimana yang dikatakan mereka. Tetapi hanya dengan cara Islam sahaja yang dapat memperlihatkan beliau tidak bersalah.

Jangan main-main dengan cara pengadilan dan penghakiman Islam. Ia bukan semata-mata satu perbicaraan yang benar atau yang salah. Akan tetapi HIKMAH disebalik perbicaraan tersebut.

Allah bukan zalim untuk mewujudkan undang-undang-Nya bagi menganiaya hambanya yang tak bersalah. Undang-undang-Nya mempunyai hikmah dan hikmah ini amat luas pengertiannya. Jika salah antara keduanya (Anwar atau Saiful), mungkin “on the spotAllah tunjukkan kesalahan mereka.

Ingin diingati bahawa doa orang yang dizalimi “direct” terus pada Allah tanpa apa-apa tapisan. Tengok sahaja apa yang telah berlaku pada Bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor; dah la kena penjara, lepas tu pencen tak dapat, kena Parkinson pulak tu.

Tu baru satu contoh. Yang pecah kepala jatuh dari katil pun ada, yang ayah tak mengaku itu anaknya pun ada, yang kena tangkap khalwat pun ada, yang isteri kena tangkap basah dengan orang lain pun ada… macam-macam lagilah. Semuanya pernah terlibat dengan kes Anwar dahulu.

Aku masih percaya dengan kewujudan Ulama’ yang mempunyai taraf kashaf yang tinggi. Ulama’ pewaris para Nabi tetapi tidak mempunyai mukjizat seperti Nabi dan Rasul. Tetapi mereka mempunyai kashaf yang diberi keistimewaan ini oleh Allah kepada mereka. Dan Ulama’-ulama’ inilah yang menjadi penasihat kepada Anwar kini. Jadi siapalah kita untuk kata apa-apa jikalau hubungan kita dengan Allah pun tak berapa bagus. Solat pun ada yang “rongak-rongak”. Tengok diri sendiri dahulu sebelum mengata pada orang lain.

Posted on Julai 10, 2008, in Islam, Isu Semasa, Otak de Lutut, Perundangan, Politik, Satu Kajian, Tazkirah. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Assalam mu alaikum wr wbt.
    Siapa yang banyak dalih tak nak ke mahkamah syariah itu adalah orang fasik, munafik atau kafir (Lihat surah Al Maidah)
    Sesiapa yang mempertikaikan cara mendatangkan saksi dalam hal Qazaf ini ertinya orang itu adalah menidakkan hukum Allah. Ertinya inilah orang yang melampaui batas. Mereka bersifat thoghut dan derhaka kepada Allah.

    Ha!… Dorang tu memang dah derhaka dengan ALLAH dah pun. Itu pun tak sedar lagi. Kena hantar belajar agama lagi baru boleh paham.

  2. Aku ni bukanlah penyokong Anwar Ibrahim sangat, terus-terang la aku cakap. Tapi aku memang tak suka kalau ada individu yang dizalimi. Dalam kes ni, Anwar Ibrahim la yang dizalimi tu.

    Aku sangat nak tergelak tengok orang (tahu sendirilah siapa mereka ni kan?) kata Anwar bawa kes ni ke JAWI kerana nak alih perhatian orang terhadap kes liwatnya.

    Perhatian??

    Hellooo!!! Sejak bila pulak kes liwat seseorang individu ini jadi satu keperluan atau agenda negara yang memerlukan rakyat memberi PERHATIAN kepadanya pulak ni? :P Apa “pemimpin-pemimpin negara” kita ni tak ada hal yang lebih mendesak ka yang perlu diberi perhatian yang lebih serius, berbanding “kes liwat” seorang individu ini? Siapa yang mengalih perhatian yang sebenarnya ni?

    Menurut yang aku dengar, kes macam ini, selain daripada beban pembuktian (atau sumpah kalau tak mampu) terletak seratus-peratus di bahu si penuduh dan bukannya yang tertuduh (konsep “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah” ni seolah² DIKECUALIKAN bagi Anwar Ibrahim, ahaks!), orang awam tak sepatutnya terus meletakkan hukum bahawa Anwar Ibrahim bersalah. Silap² hukum Qazaf tu boleh ditujukan pulak pada orang berkenaan, kan? Cara yang sepatutnya ialah, kita kena DIAM dan jangan membicarakannya, apalagi terus menghukum kesalahannya sedangkan ianya belum terbukti dan yang tertuduh tu pun menafikannya.

    Memang ada hikmah dijadikan kes zina ini sedikit “sukar” nak dilaksanakan atau dijatuhkan hukum terhadap pesalah dengan meletakkan syarat yang ketat sebegini. Kalau kita baca/dengar/belajar, memang ada hadis yang menunjukkan bagaimana Rasulullah sebolehnya cuba mengelak daripada menghukum pesalah kesalahan zina ini biarpun pesalah itu sendiri mengaku. Antara hikmah berkenaan ialah, mudah ja: Islam bukan agama menghukum. Kalau salah betulkan ya? ;)

    Lagi satu, ada satu prinsip mana ntah aku dengar; “membebaskan seorang pesalah LEBIH BAIK daripada menghukum seorang yang tidak bersalah”. Sebabnya, yang pesalah yang terlepas tu, satu hari nanti akan kantoi juga, dan kalaupun tak diadili di sini, akan ada lagi di sana. Tapi, kalau hukum orang yang tak bersalah? Jeng jeng jeng… 8)

    Kebanyakan dari kita memang tak tahu pasal hukum Islam ini. Tapi hanya pandai bercakap bahawa itu tak betul, ini tak betul. Tapi secara logik alam fitrah ini, kalau aku tiba2 dituduh bersalah (seperti dalam kes Anwar ini), sudah pasti aku nak bersihkan diri jika aku memang tak bersalah dengan tuduhan tersebut. Caranya ialah “membersihkan” nama di tempat yang betul. Bukan nak melawan. Tapi menunjukkan diri kita tak bersalah. Tak kisah apa yang orang nak katakan. Yang penting aku tak bersalah dan aku nak tunjukkan bahawa aku tak bersalah ialah dengan pergi ke JAWI buat laporan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: