Liwat: Siapa Yang Patut Bersumpah?

Desas-desus penuduhan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang kononnya meliwat Saiful Bukhari Azlan masih lagi hangat diperkatakan. Dalam suratkhabar “kerajaan” bising mengatakan DSAI tak mahu nak bersumpah. Maka penonton “drama” ini dikalangan rakyat pun membuat kesimpulan sendiri bahawa – tuduhan itu benar!.

Rakyat ditipu lagi. Media kerajaan berjaya lagi.  Orang-orang UMNO dan BN gelak terbahak-bahak. Wah!!!.. aku pun tergelak dengar mereka melawak. Pandai sungguh mereka. Siapa la Ustaz atau Usatazah yang mengajar mereka ini. Mungkin Tok Guru Hadhari yang tak tahu apa-apa pun yang mengajar mereka.

Ya! Mereka berdua kena bersumpah!“, kata seorang UMNO. “Kalau si Anwar tak bersumpah, maknanya betul la tu!“, kata mereka lagi. Sekali lagi aku tersenyum kerang busuk. Itulah orang UMNO.

Aku bersuara seraya berkata bahawa masalah kes liwat ini adalah dibawah dakwaan jenayah yang termasuk dalam kategori hukum Qazaf. Kaedahnya ialah si penuduh mestilah mengemukakan bukti ke mahkamah sebelum OKT (orang kena tuduh) dibicarakan. Jikalau si penuduh tak dapat mengemukakan bukti, maka si penuduh boleh dikenakan hukuman 80 sebatan.

Sumpah dalam Islam ialah “Wallahi, Wabillahi, Watallahi“. Tiada langsung penggunaan Al-Quran. Lagipun kaedah sumpah ini hanya digunakan dalam kes suami isteri  dan Li’an. Menyuruh OKT bersumpah dalam kes membabitkan Qazaf adalah menyalahi hukum syarak.

Tapi kalaupun si Saiful itu benar, kenapa  dia tak keluar dahulu untuk kemukakan bukti?, kenapa.. takut kena sebat keee???

p/s: Sila baca ini: Anwar Tidak Perlu Bersumpah.

Posted on Julai 6, 2008, in Islam, Isu Semasa, Otak de Lutut, Politik, Satu Kajian, Tazkirah. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. jangan sumpah macam sitanggang, tak ada untung jadi batu.

    boleh tak sumpah jadi tv plasma ker, kereta ker, motor ker, barang kemas ker? baru ada untung.

    hehehe.

    Kalo sumpah Anwar jadi PM Malaysia. Kalo si Saiful pulak jadi Duta Malaysia kat Monggolia untuk Najib… huhuhuhuhu…

  2. Satu yang best mengenai keseluruhan senario ini: orang kita sudah “berkenalan” dengan istilah MUBAHALAH. Wah, coba tengok, semua pakat pandai² guna istilah MUBAHALAH! Maklumlah, perkataan yang baru didengar dan diregister masuk dalam kepala masing².

    Lepas tu, macam yang kita ketahui, selepas “yang terlebih pandai” mencadangkan kedua² bersumpah, “yang memang tak pandai” pulak memandai menokok-tambah supaya sumpah junjung Al-Quran.

    Moral: Mutakhir ini, kita akan jumpak ramai orang yang tetiba jadi pandai membicarakan bab agama! :lol:

    Bukan setakat bab agama aje, siap bagi fatwa baru. Entah mana dorang dapat pun aku tak tahu.

  1. Pingback: Sumpah & Seranah « 3K - Kaji, Kritik, Kantoi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: