Kenapa Pilih Liwat?

Salam pada semua pembaca. Cerita hangat lagi hangit kembali ke layar TV saluran perdana “milik” kerajaan mengenai LIWAT. Perghhh!… tak ada benda lain ke nak memalukan orang. Kalau dulu Tun Mahathir gunakan tuduhan ini untuk jatuhkan timbalannya, dan sekarang ada orang gunakan sekali lagi guna  tuduhan yang sama untuk menjatuhkan musuhnya. Tak ada alasan lain ke nak tuduh orang selain LIWAT. Jijik. Kotor. Huduh. Najis!!!

Si pelaku liwat yang dituduh adalah, tak lain tak bukan – Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan si mangsa liwat ialah Encik Saiful Bukhari Azlan (yang sanggup memalukan diri), pemuda yang berumur 23 tahun. Aku bukan bersetuju dengan tuduhan ini, tidak sama sekali. Tetapi aku hanya ingin mendedahkan sesuatu yang agak logik mengenai si Saiful ini.

Melihat dari satu aspek, Saiful ialah mantan Timbalan Presiden (1) MPP Uniten. Maklumat diberitahu bahawa beliau adalah pembantu kepada Anwar Ibrahim. Jadinya, dari satu aspek bahawa si Saiful ini telah diliwat oleh Anwar mungkin boleh dibuat cerita. Akan tetapi, menurut seorang blogger (rakan kepada Saiful) diblognya (klik disini) bahawa Saiful berkawan rapat dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak. Dan sumber lain pula memberitahu bahawa si Saiful ini memang orang Najib (klik disini).

Mungkin terdapat satu konspirasi bengong yang diatur oleh Najib Tun Razak untuk menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim kerana dek desakan Raja Petra kerana membongkarkan perihal beliau dengan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya?

Siapa tahu?

Kenyataan Akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim

29hb Jun 2008, Shah Alam, Malaysia: Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan. 

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam. 

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.  

Rakan-rakanku rakyat Malaysia – kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian. 

ANWAR IBRAHIM

Posted on Jun 29, 2008, in Isu Semasa, Otak de Lutut, Politik, Satu Kajian. Bookmark the permalink. 14 Komen.

  1. Siap ada gmbar tunang saiful lagi tu..cun pulak tu..perghhhhh

  2. ye betul macam takde benda lain asyik LI…… aje…mmg menjijikkan, memalukan, mengaibkan…rasa terkejut jugak bila dengar berita…mmg dajai betuilah depa nih..ingatlah wahai yg membuat fitnah..dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh…di mahkamah TUhan…tiada siapa yang akan terlepas…terimalah balasannya nanti di SANA kelak……….

  3. Tuduhan Liwat itukan masalah Qazaf. Ada hukum yang jelas dalam Quraan, bukan boleh buat main-main. Orang yang menuduh tanpa saksi yang cukup boleh disebat 80 kali, tetapi yang lebih malang ialah persaksiannya tidak akan dipercayai sepanjang hayatnya. Wahai dunia lihatlah apa yang terjadi kepada orang yang menuduh orang lain liwat.

  4. Friendster Saya? >> Errr… ader orang liwat tunang dia keee????

    Nuriman >> Dorang tu bukan kenal syurga, pahala. Yang penting fulusss….

    Alberangque >> Malaysia ni guna undang2 TAHI. Bukan undang2 Islam. Tu la pasal dorang berani buat macam tu. Tak tau la apa akan jadi bagi orang yang tuduh liwat ni kat akhirat nanti. Nau’zubillah…

  5. bleh tau x frenster saiful buhari tu..bleh bg link x? nak kenal2 gk

    Errr… aku pun tak tau frenster dia… cuba tengok pada pengomen yang tulis “friendster saya?” tu

  6. Fitnah itu dosanya memang lebih besar dari membunuh… Setuju dengan Nuriman.Setiap tuduhan yang dibuat melibatkan jenayah syariah memerlukan saksi yang adil dan memang betul2 seorang yang mengamal dan mendalami hukum-hakam Islam.Bukan main sedap cakap je…bersubahat membenarkan perkara yang melibatkan fitnah sehingga menjatuhkan maruah diri dan keluarga yang tertuduh adalah hukumnya sama.Jangan mati esok jadi hantu dah la….bumi tak terima.

    Bukan setakat itu aje. Kalau ia benar2 fitnah – penyaksiannya fasik. Haram lagi dimurka Allah…. Nau’zubillah…

  7. be end suck!!!!

    Yeah!!!!

  8. harap DSAI tabah dgn ujian nie

    “Allah akan meletakkan ujian pada hamba-Nya sekadar dengan kemampuan hambanya itu”

  9. Aku nak liwat tunang dia boleh?

    Dosa la… kalo ko dah kawen ngan tunang dia pun ko tak boleh “main belakang”… pintu depan kan adaaa…. huhuhuhuhu

  10. hmm, tue yg pelik dengan manusia nie, sanggup memalukan diri sendiri untuk menjatuhkan orang lain…
    lagipun, secara logik, orang muda tidak mampu untuk melawan orang yg dah tua darinya…pelikkan??

    Betul gak tu…

  11. Mmm..dari satu sudut,sape yang nak memalukan diri sendiri.Ada dua kategori kenapa dia sanggup buat laporan ni.

    1.Dia diberi ganjaran yang besar oleh pihak-pihak yang berkepentingan
    2.Dia sudah bertaubat dan takutkan ALLAH,maka dia buat laporan untuk mendedahkan siapa sebenarnya Anwar.Sebab dia merasakan ini adalah tanggungjawab dia agar rakyat tidak tertipu dengan pemimpin yang bertopngkan islam tapi perangai macam syaitan.

    Pekara diatas hanyalah andaian…Aku tak tahulah saiful ni dalam kategori mane…Semoga Allah tunjukkan kebenaran pade kita siapa sebenarnya Anwar dan siapa Saiful

    Kita ambil pendekatan si “penuduh”.. dalam situasi undang2 negara yang tidak berpaksi pada Islam ini, maka aku rasa kalau aku kata si saiful itu memalukan diri sendiri adalah wajar. Perihal tentang si Saiful “kononnya” bertaubat, aku rasa susah nak percaya sebab kalo Mufti Perlis berkata kedua2 pihak perlu bersumpah, maka sepatutnya si Saiful menjadi orang PERTAMA untuk bersumpah atas nama ALLAH kerana beliau yang membuat tuduhan. Jika dia benar, maka dia tak perlu takut, sebab itu hak dia untuk membuat perkara yang betul….

  12. Emak mentua Altantuya

    Sebanarnya kejadian ini bukan semata utk menghalang Anwar jd PM,sebaliknya memastikan Rosmah Mansor kekal boleh membeli belah di serata dunia.Sekiranya percubaan ini gagal, sah!!! Najib dan Rosmah Mansor terpelanting dalam jel.Ok! Gani Patail dan Musa Hassan adalah pertahanan terakhir dan terhandal dalam pasukan bolasepak Najib,mereka akan memastikan gawang Najib tidak BOLOS oleh serangan berbisa penyerang PR iaitu ANWAR IMRAHIM.juak Najib sebenarnya sedang berusaha mengekalkan kedudukan mereka,tak kisah pasukan baru atau lama,asalkan lekat.Korang ingat menteri2 geng Najib sanggup sehidup semati atau kalah menang bersama ngan Najib Altantuya??? apabila Najib kantoi semua akan tukar no tefon baru.Pak lah tak kisah siapa menang asalkan Khairi pemain simpanan(Baru shj lepasi ujian kecergasan)Kekal dalan kesebelasan utama.

    Walaupun hebat mereka bermain, hanya lepas dalam negara ini sahajalah. Nak pergi Piala Dunia jangan haraplah. Orang luar lebih arif dengan politik Malaysia. Sebagai contoh orang Jepun dah tahu BN akan jatuh PRU-12 baru2 ini lebih awal dari kita (sebelum pilihanraya lagi). Kalau nak harapkan juak2 najib, stamina tak ada. Setakat main tipu, rasuah, sistem hakim yang tak telus boleh la menang. Lagi teruk kalo Khairy ada…. itu lubuk tuuu… huhuhu. Jadi mangsa buli boleh laa…

  13. tak ingatkah kita bila mana anuar telah dituduh untuk kali pertama. tuduhan kedua ni kira oklah sikit dari yang pertama. yang 1 dulu tu komplikated sangat, adaramai pelacur terlibat, rasuah, keluarga artis pun ada. tapi kini boleh konsentrate dengan tuduhan budak muka tembok si saiful je. Kes yang begitu rumit pun boleh lepas walaupun terseksa 6 tahun maklumlah tuduhanpun macam drama in…., ini pulak kes dungu si saiful ni. harap anuar sabar dan tabah.

    KIPP: Saiful bukan setakat dungu, sengal tahap gaban.. ade ke pointer dapat 1.69 tapi nak mintak biasiswa kat PM… baghal sungguh!

  14. aku pelik la korang nie….mmg adat ke law xske msti tetap salah???korang xpikir ke??apela bodohnye korang nie…benda yang korang x nmpak,korang setuju je kan..aku nak tanye la ek..mse anuar jd timbalan bn dlu…parti mane yang heboh sgt2 ckp anuar 2 peliwat???bgtau??pemimpin mane yg desak2 sampai die dilucut jawatan???hish ai..malu la ckit..korang taw hukumnye law pe yang korang ckp nie xbtol???ko tau???mmg ptot la org yg btol2 warak dlm agama nie xske politik…sume kotor..harap dgr ceramah..bce blog2 fitnah..pastu tafsir bukan2..aku bukan pe…aku tengok org pas..ley backup dap uh..yang haram ley jd halal klaw dap yang buat..anuar mmg senyum jela..die tau yang dy jd pm nye klaw parti pmbangkang 2 menang..atok aku umur 85..solat jgak..lagi banyak ilmuny..sokong gak umno..nak tau knpe??tau sejarah melayu…pas ley bawak umno ke islam yang btol..tp xk bwat..knpe???lg sanggup ngan dap.pkr…btul an ummah lu r bwu orng kafir..korng nie…trang2 anuar 2 ad hubungan ngan yahudi n nasrani lagi..sokong jgak ke??1 ari nanti korang pasti sedar ksilapan nie…ak taw korang msti benci ngan aku nye..tun dr mahathir tu bijak.xkan nk lucut jwatan anuar.lg plak korang ckp dye bgus an..agenda die nak balas dendam aje..pikir an la..ckp un x gne..org da fanatik an..btol pun kate slh..slh pun kate btol..ayuh melayu.bersatu la…anuar tu licik orangny..aku sndri un hampir skong..nseb bek la ad yg sedar an..salam alaykum..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: