Antara Assalamu’alaikum, Salam dan A’kum

Ilmu untuk dikongsi bersama :

Ustaz Zawawi cerita tentang sunnah Rasulullah S.A.W. Antaranya tentang bab memberi salam.

Baginda Rasulullah memberi salam dengan lafaz “Assalamu’alaikum” dan menjawab salam dari para sahabat dengan salam yang penuh “Wa’alaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh“. Itulah amalan yang di tuntut.

Beri salam – Assalamu’alaikum
Jawab salam – Wa’alaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh

Apabila anda berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata sebagai contoh, “Kirim salam assalamu’alaikum pada Anis ye“. Bukannya, “Kirim salam kat Anis ye“. Dan bukannya, “Kirim salam maut“. Kenyataan ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

“Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot“.

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamu’alaikum” dengan “A’kum” dalam SMS atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamu’alaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “Salam” iaitu sama makna dengan “Assalamu’alaikum“. Sesama lah kita memberitahu rakan-rakan yang selalu sangat guna perkataan “A’kum” ini.

A’kum” dalam SMS ataupun e-mail. Perkataan “AKUM” adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan Yahudi yang bermaksud “BINATANG” dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan “Avde Kokhavim U Mazzalot” yang bermaksud “HAMBA-HAMBA BINATANG” dan “ORANG-ORANG SESAT“.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortformA’kum“, kita ingatkan mereka guna “Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamu’alaikum“. Semoga ada manfaatnya.

Posted on Jun 22, 2008, in Bebas, Islam, Isu Semasa, Tazkirah. Bookmark the permalink. 5 Komen.

  1. Pernah baca pasal ni.. dari emel kot.

    Hehehehhe… amik kat friendster…

  2. Saladin Convoy

    Salaam.

    Well, rasanya maklumat dari Friendster atau e-mel itu kurang tepat la.

    Sila lihat sini. Cari istilah “Ovdey Kochavim U’Mazalot” (yang diringkaskan kepada Akum tu). Maksudnya ialah “worshippers of stars and zodiac signs”, atau kalau dalam bahasa kita, “penyembah BINTANG (bukan BINATANG) dan lambang zodiak (berkaitan dengan BINTANG jugak tu)”. Secara mudahnya, istilah Akum tu merujuk kepada sesiapa yang BUKAN beragama Yahudi, kiranya macam definisi/gelaran depa terhadap pihak yang “kafir” (pagan) terhadap agama depa la tu.

    Hehe, sebenarnya entri Wikipedia tu adalah mengenai sistem penyediaan makanan mereka. Mereka ada hukum mengenai memakan makanan yang disediakan oleh orang Yahudi dan bukan Yahudi (yang digelar sebagai “Akum” tu). Tapi dah disebabkan definisi “Akum” tu ada di situ, itu yang saya pautkan ke situ tu.

    Dan saya cuma nak pertikai pasal orang yang mula forwardkan e-mel berkenaan, macam mana dia boleh tukar makna yang langsung tak tepat tu? Daripada BINTANG kepada BINATANG? Memang bunyi dan ejaan hampir sama dalam bahasa kita, tapi tak masuk akal lak, sebab saya pasti ianya mesti berbeza bunyi dalam bahasa Inggeris mahupun Yahudi, huhuhu. Lepas tu ada perkataan “hamba” dan “orang² yang sesat” lagi, yang kesemuanya tak wujud dalam makna asal istilah tu. Dari segi bahasa pun kita dah nampak terjemahannya “lari” (atau sengaja di”lari”kan?)

    Kalaupun nak menceritakan ketidakwajaran mengeja “Akum”, setidaknya bagilah maklumat tu tepat sikit. Ini, sudah jadi “kurang” ketepatan dia ni. Kenyataan tak tepat sebegini, kan dah boleh diragukan niat asal si penghujahnya? Dia dah boleh dikatakan sebagai “berdusta” dengan ilmu yang dia ada (biarpun niat baik, tapi apa salahnya memberitahu yang benar?). Berat tuu… 8)

    Ewah, ni sebab banyak tonton drama pasal polis dan mahkamah punya pasal la ni! :P

    P/S: Teringat zaman di mana tersebarnya e-mel forward (khabar angin) yang menceritakan perkaitan POKÉMON dengan bahasa Yahudi! :mrgreen:

    Hmmm… memang anda seorang pengkaji. Adakah anda merasakan bahawa menggunakan shortform “akum” itu adalah labih baik/sama/boleh digunakan untuk memberi salam dalam SMS?…

    Tujuan aku copy paste artikel ini adalah untuk menceritakan tentang penggunaan Assalamu’alaikum secara shortform dalam SMS. Makan penggunaan “akum” atau “salam” didebatkan. Ia berharap agar pengguna lebih faham dengan pengunaannya. Mungkin secara umum melihat jika terdapat “pendustaan” dalam artikel ini secara kajian, maka aku minta maaf. Dan terima kasih pada pengkomen yang memberi nasihat dan ilmu yang bermanfaat.

  3. Saladin Convoy

    Wah, minta maaf, terlupa pulak nak nyatakan pendirian. Memang saya lebih sokong la kalau kita eja bagi penuh, atau guna perkataan “Salam” ka, memandangkan dah perkataan “Akum” tu dah membawa kepada maksud lain, yang tak elok pulak tu kan?

    Apahal pun, mujur la maklumat yang disebarkan tu, biarpun mengalami sedikit “kesilapan” pada terjemahan, tapi ianya tetap membawa kepada kesimpulan bahawa penggunaan “Akum” tu sesuatu yang salah. Kebetulan dalam banyak² e-mel yang berkaitan dengan perkataan yang ada asal-usul daripada Bahasa Yahudi, yang ini saja yang betul² dapat dibuktikan kesahihannya, hehe… 8)

    P/S: Saya “pengkaji”? Wah, tinggi sangat tu… ;)

    Yang penting maklumat yang anda beri itu berguna…

  4. yea..saya sudah mengamalkannya..
    pernah baca sebelum ni tapi xigt kat mna..
    btw thanks a lot!

    Sekadar menyampaikan apa yang patut disampaikan…

  5. wahh, bagus info2 ni, thanks!
    ada tak info dari mana asal-usul memberi salam? saya pernah terbaca Nabi Isa mengucapkan “Assalam-O-Alaikum Wa Rahmat-ul-Allah” setiap kali berjumpa dgn pengikut2nya. tapi tak pasti betul ke tak.

    KIPP: Hmmm… kena kaji juga tu… Wallahua’lam..

Tinggalkan Jawapan kepada saha Batal balasan