Minyak Petrol: Kerajaan Pendek Akal

Bila aku cakap Petronas “terlupa” nak bayar zakat, ramai yang bising-bising dan tuduh kata menipu. Mungkin apa yang dikata oleh Prof. Diraja Engku Aziz itu adalah benar, tapi kita yang “terlupa” nak pergi check di pejabat zakat. Kalau ikut pengiraan apa yang Prof. Diraja Engku Aziz cakap itu, jikalau benar Petronas membayar zakatnya, nilai zakat tersebut boleh membiayai pelajaran semua pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia. Tapi siapa tahu?

Kerajaan semacam nak memutar-belit, atau kata kasarnya menipu rakyat dengan jumlah sebenar keuntungan Petronas yang dimiliki oleh Malaysia. Apa yang dikata oleh “Penasihat” Petronas mungkin boleh membuka pengetahuan kita tentang keuntungan Petronas yang dimiliki Malaysia:

Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.

Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.

250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).

Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.

Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.

Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.

* Dr. Mahathir Mohamad

Alasan yang kerajaan beri dah naik basi aku dengar. Kenapa kalau kerajaan buat sesuatu perkara mereka seperti tidak berfikiran panjang. Pendek akal. Tidur. Tak nampak seperti satu keputusan yang baik. Sekali kata Ogos, Jun dapat nama. Sekali kata orang luar tak boleh beli minyak di Malaysia, bila dah naik harga terus kata orang luar boleh beli minyak di sini. 

Nak sejukkan hati rakyat, kerajaan bagi jugalah rebet untuk pemilik kereta dan motorsikal persendirian, ditambah lagi dengan kononnya kerajaan juga terasa dengan kesengsaraan rakyat, maka keputusan untuk memotong elaun sebanyak 10% hingga 30% pun terjadi. Kenapa tak potong elaun tu lima enam tahun dahulu, kenapa baru sekarang nak pikir macam tu, lembab sangat ke kepala otak pemimpin kerajaan ini, orang lain dah buat berbelas-belas tahun dahulu lagi, tapi kerajaan BN baru nak sedar hal ini, pastu kecoh-kecoh satu Malaya, baru telur sebiji, dah riuh seMalaysia kononnya memahami penderitaan rakyat. pegidahhh!!!…

Mungkin entry sebelum ini yang aku copy paste dari Chot itu ada benarnya. Kemana duit itu hilang mungkin untuk bayar hutang…. mungkin salah, tapi kemungkinan besar juga ia adalah benar.   

Posted on Jun 10, 2008, in Isu Semasa, Otak de Lutut, Politik, Satu Kajian. Bookmark the permalink. 5 Komen.

  1. dari dahulu smpai sekarang, kerajan xpernah membentangkan keuntugan petronas…

    Dorang takutt…. sebab banyak menipu. Nanti rakyat tahu..

  2. aku benci baca berita yang MB pahang juga cut cost untuk menteri2. potong dua tiga puluh hinggit jek satu kepala buat apa wahai si bebal? bengong!

    Banyak tu duit yang dorang potong gaji… hehehehehe… macam gampang!

  3. Zubli Zainordin

    Menarik…InsyaAllah, nanti I datang lagi baca apa you pos di blog ini. Terima kasih.

    Terima kasih… datang la selalu, pintu sentiasa dibuka…

  4. MEMANG MUDAH UNTUK BERCAKAP…LAGI2 MENGKRITIK….KONDEM….DAN YG SEWAKTU DGNNYA…SAPE2 PN YG JD KERAJAAN…X AKN ADA SATU PN YG PERFECT….X AKN 1 PN YG DISENANGI SEMUA….BKN MUDAH NK PUASKN HATI SEMUA ORG….SEMUA SEMUA INI ADALAH MANUSIA….YG LEMAH..ADA NAFSU….BG AKU…ORG MELAYU MMG SUKA MENGKRITIK APA YG ORG LEN BUAT…WLPN DLM APA JUA BIDANG PN…TP KALAU BG PENGKRITIK2 INI BUAT…MGKIN LEBIH TERUK DARI ORG YG DIKRITIK..

    Kita kritik sebab kita kaji, kita kaji maka kita kritik bila ada yang tak betul. Kita bukan orang tak ada akal untuk berfikir. Oleh itu apa yang kita kritik adalah untuk kita BERFIKIR… fikir-fikirkanlah….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: