Kenapa PLKN, Utamakan Rakyat Dahulu!

Dah la aku naik menyampah dengan iklan PLKN yang meluat, tambah lagi dengan iklan menari-nari macam “High School Musical“, memang meluatkan sampai tahap yang tak tehingga kemualatannya. Tak perlu nak cerita banyak-banyak tentang iklan itu. Apa yang aku tahu tentang PLKN pada permulaan adalah satu program untuk “raih undi BN” untuk masa hadapan.

Kononnya program tersebut untuk membina sahsiah remaja, tetapi musim pertama program tersebut dilancarkan, berbagai-bagai perkara yang tak sepatutnya berlaku. Mengandung, pergaduhan, kematian dan bermacam-macam lagi telah pun berlaku.

Hari ini aku dengar lagi pasal PLKN oleh kerajaan. Menambah lagi kemeluatan aku dengan kerajaan. Kerajaan nak tambah lagi 90 kem untuk program ini seluruh Malaysia. Apa signifikan kerajaan BN menambah lagi kem ini. Adakah untuk menjaga periuk nasi kroni-kroni mereka disebabkan oleh kenaikan harga minyak?. Apa faedah untuk rakyat?. Kan lebih baik peruntukan tersebut digunakan untuk rakyat.

Hmmm… itulah BN. Yang tak penting diutamakan dahulu. Aku terbaca artikel oleh seorang blogger mengenai kemana hilangnya subsidi minyak untuk rakyat Malaysia.

**Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 16 tahun – sejak 1990)

ZAMAN TUN DR MAHATHIR
sebelum 90 – RM 0.89
tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
01/10/2000 – RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 – RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 – RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )

ZAMAN DOLLAH BEDAWI
01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 – RM 2.70 (kenaikan RM 0.72)

Nota: (ayat-ayat standard)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan .
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI .

Saudara / Saudari,
Pertama sekali abang Perdana Menteri kita ia itu Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan kepada syarikat penerbangan MAS yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk sembilan bulan pertama 2005. Abang PM kita jual sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30 setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi?

Bekas Menteri Besar Terengganu Idris Jusoh telah mengadakan lumba kapal layar Monsoon Cup yang menelan duit rakyat sebanyak RM300.0 Juta.

Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama Patrick Lim dan kekawannya termasuk Khairy Jamaludin menantu Perdana Menteri. Perlumbaan kapal layar tak sampai lima hari makan duit rakyat RM300.0 juta. Sudah tentu duit RM300.0 juta itu ditelan oleh orang yang sungguh bertuah dapat kontrak RM300.0 Juta itu. Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang sabsidi minyak di potong dan harga minyak naik 30 sen satu liter.

Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 Juta duit rakyat sebab terpaksa bayar ganti rugi kepada syarikat telekom German ia itu Deutsche Telekom. Terpaksa bayar ganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia tak tahu buat kontrak. Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong sabsidi minyak.

Sekarang lebih murah naik kapalterbang AirAsia pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Tambang pergi balik AirAsia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga. AirAsia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan yang tahu buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat.

Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik, belanja minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (kereta Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja makan dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagi sekeluarga enam orang tambah lagi RM40. Ini bermaksud jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM400.

Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol. Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100 batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam Lebuhraya Utara Selatan kita).

Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia. Inilah kelebihannya di Thailand – tak ada AP di sana. Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu di bayar kepada Kerajaan (MITI) tak sampai RM250 sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga RM40,000 sekeping kepada Dato-Dato yang kaya yang di kenal sebagai “AP King”. Rasuah AP ini telah berlanjutan selama lebih 30 tahun. Akhir kata rakyat Malaysia yang terpaksa tanggung rasuah AP ini.

Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak cukup wang – maka potonglah subsidi minyak. Maka naik lah harga minyak 30 sen satu liter.

Tolong hantarkan informasi ini kepada kawan kawan yang anda kenali. Tolong print dan sebarkan kerana hanya 1% penduduk Malaysia yg celik IT…. 99% memerlukan informasi ini sebagai langkah pertama untuk transformasi negara…. Sedarlah sudah 50 tahun kemerdekaan negara kita, tapi kita masih di takuk lama.

p/s: **Artikel diambil dari Chot.

Posted on Jun 8, 2008, in Isu Semasa, Otak de Lutut, Politik, Satu Kajian. Bookmark the permalink. 5 Komen.

  1. Salam,
    Mohon bertanye Rasuah AP tu ape eh?

    AP tu “lesen” untuk kita beli kenderaan dari luar negara untuk dibawa masuk dalam negara ini. Rasuah tu pulak bermaksud mendapatkan sesuatu perkara yang bernilai dengan dengan cara tidak berintegriti (macam tak bermaruah)…

  2. hm…dunia…dunia..

    hmmm…..

  3. Kipp, jika hari ini Pak Lah hentikan PLKN, nescaya esok para kroni yang kaut untung akan berbaris demo depan Putrajaya suruh Pak Lah turun. Bahaya! Mau tak mau teruskan jugalah, walaupun sendiri tau, betapa membazir dari segi pulangan kepada rakyat (untung dari segi kroni dan sokongan). Mau tau mau teruskan juga – cuma kita tunggu PR naik saja……

    Aku tak tau nak kata apa. Cuma yang pasti aku bukan kroni mereka. Dan yang paling penting kini aku tersepit….

  4. “What time is it? Summer time! Anticipation!”

    Yeah, begitulah yang terngiang di telinga setiap kali terfikir HIGH SCHOOL MUSICAL (HSM). Dan anda telah memberikan saya perspektif BAHARU (pinjam istilah DBP) mengenai iklan PLKN itu.

    Hmm… tak tahu la pulak di situ mereka semua diajarkan tarian ala HSM.

    Hmmm, apa kata cadangkan mana² pihak kat mana² teater supaya buat MUZIKAL PLKN pulak? Pasti gempak. Hei, apa nak susah, boleh bazirkan duit rakyat lagi kaaaaan? :mrgreen:

    Hehehehehehe…. mungkin boleh try makcik Tiara Jacqualina tu buat “PLKN Musical” pulak lepas abis P. Ramlee the Musical… huhuuhuhu

  1. Pingback: Minyak Petrol: Kerajaan Pendek Akal « 3K - Kaji, Kritik, Kantoi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: