Rajaku, Rajamu Jua

Masih lagi bising dengan kemelut si Karpal Singh yang kononnya menghina Sultan Perak apabila beliau mempersoalkan tindakan pihak Istana Perak mengenai pertukaran dan perlantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) yang dibuat oleh Menteri Besarnya. Ya!, mungkin dari sudut ini kita lihat Karpal memang telah menghina Institusi Istana Perak, tetapi dari sudut yang perundangan, ia hanya dilihat sebagai satu kesalahan dan kesilapan yang tidak membawa kepada penghinaan.

Jika UMNO yang bising-bising dengan “Melayu Marah“nya, mungkin bising-bisisng tersebut perlu bawa kepada satu lagi kes yang serupa. Tindakan yang sama juga telah dibuat oleh Tan Sri Ghani Patail semasa kemelut perlantikan Menteri Besar Terengganu. Tindakan yang dibuat adalah memperjelaskan kuasa YDPA didalam melantik Menteri Besar Terengganu. Sama dengan perbuatan si Karpal Singh. Kedua-duanya sama tindakan, dimana kedua-duanya menghebahkan dan mempersoalkan tindakan Raja atau Sultan secara umum. Tetapi kenapa Ghani Patail tidak disiasat dibawah Akta Hasutan sama seperti Karpal Singh?.

Ada lagi!. Bagaimana pula isu mempersendakan pihak Istana Terengganu semasa perlantikan semula Menteri Besarnya dengan menghina Sultan Terengganu sebagai “natang“. Begitu juga tindakan seorang pemimpin UMNO yang menabalkan “Sultan Baru negeri Kelantan” iaitu Tengku Ibrahim Petra dengan laungan Daulat Tuanku pada 12 April 1993 dahulu, sedangkan Sultan Kelantan ketika itu masih sihat segar bugar. Kenapa ia tidak diambil tindakan? Jelas-jelas ia menghina dan menolak Institusi Raja.

Melayu Marah? Marah pada siapa? Fikir-fikirkanlah….

Posted on Mei 14, 2008, in Isu Semasa, Otak de Lutut, Perundangan, Politik, Satu Kajian. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: