Parlimen Oh Parlimen

Banyak bunyi dari kerja nampaknya dalam Parlimen. Dulu kerajaan kononnya nak bersikap telus kepada rakyatnya dengan membuat siaran langsung Sidang Parlimen di RTM TV1. Memang bagus. Tapi sejak Pakatan Rakyat memegang 82 kerusi Parlimen, kerajaan mula nak main-main dengan “ketelusan” mereka. Kejap nak, kejap tak nak. Dah macam biskut pula.

Bawak la si kerajaan bebudak sekolah ke Sidang Parlimen. Dan padahnya bila bebudak sekolah ni kononnya terkejut dengan sikap Ahli Perlimen yang macam budak-budak. Tak payah tanya bebudak sekolah pun, bak kata Tuan Guru Nik Aziz, kalo gaduh dengan UMNO dan BN ni macam gaduh dengan budak-budak. Biar bebudak sekolah ni tahu apa yang dah berlaku dalam Parlimen, baik gelagat ke, sikap ke, kes rasuah ke, penyelewengan ke, apa-apa ajelah… janji mereka tahu yang mana yang patut mereka lihat yang mana berjuang untuk kebenaran dan juga yang mana yang berjuang untuk kewangan.

Jangan disebabkan bebudak sekolah ni, maka kerajaan jadikan ia sebagai alasan untuk tidak membuat siaran langsung Sidang Perlimen. Kononnya takut mereka terpengaruh la, itu la, ini la… semua alasan. Dan alasan inilah yang akan jadi peluru Pakatan Rakyat untuk “membelasah” BN jika ada Pilihanraya Kecil akan datang (jika ada)…. Kita tengoklah nanti.

Posted on Mei 2, 2008, in Isu Semasa, Lucunya, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. kalau la boleh.. nak tengok siaran tertunda sebelah ptg ke.. malam ke..
    siaran pagi mcm mane nak tengok? kalau di berita.. edited x best..

    Betul tu… senang rakyat nak nilai

  2. aku ade tgk ari tu..
    beeetul2 kecoh..haha..
    tp yg x bes diorg still tapis bende tu..
    kalau tgk berita mmg xbes..ngarut je..

    Tak de nye dorang nak tunjuk semua…. Nanti jatuh la kemaluan dorang…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: