Jimat Atau Senang Kaya?

Aku tertarik dengan entry Encik Hardyweb di blognya tentang konsep “Jimat Dan Senang Kira” (disini, sini dan sini) yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna baru-baru ini. Secara jujurnya aku rasa sedikit kecelaruan dalam perkara ini. Ini kerana aku seorang peniaga, dan konsep ini sebenarnya memberi KEUNTUNGAN besar pada para peniaga. Memang bagus bagi kami, tapi RUGI besar bagi pengguna sebenarnya. 

Dalam huraian entry Hardyweb ada menyatakan:

angka angka 5,9, dan 8 seolah olah telah diset oleh mereka.. jika di campur nombor nombor nih .. menyebabkan kita yang rugi…

RM 1.15
RM 4.19

RM 5.34

rounded 5.35  .. pengguna rugi 1 sen

RM 6.45
RM 4.98

Rm 11.43

Rounded 11.45 .. pengguna lagi yang rugi.. 2 sen tuuuu…

Jika aku (sebagai seorang peniaga) nak untung besar, apa yang perlu aku lakukan ialah meletakkan harga barangan pada angka-angka yang boleh ia dibundarkan ke jumlah RM 0.02 sen yang menguntungkan perniagaannya  (sebagai contoh diatas). Tak pun setiap dua digit terakhir diletakkan nombor ganjil yang bersesuaian, seperti contoh RM 2.99 + RM 3.99 = RM 6.98 dan dibundarkan ke RM 7.00, maknanya pengguna akan rugi RM 0.02 sen. Aku berani kata begini sebab peniaga ada KUASA untuk menentukan harga untuk barangan jualan mereka. Peniaga bukan bodoh.

Impak besar 1 sen atau 2 sen pada peniaga amatlah besar. Kita ambil TESCO atau GIANT sebagai contoh yang biasa menggunakan RM 0.99 untuk setiap harganya barang yang dijual. Menurut Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC), Malaysia kini sudah mempunyai seramai 28,294,120 orang penduduk (termasuk pendatang asing agaknya). Katakan kita hanya ambil suku dari bilangan penduduk ini iaitu sebanyak 7,073,530 orang membeli-belah di TESCO atau GIANT ini SEKALI dalam SEBULAN, dan setiap mereka memberi keuntungan 2 sen (seperti kira-kira diatas), maka TESCO dan GIANT akan untung ATAS ANGIN sebanyak RM 141,470.60 sebulan. Jika darab dengan 12 bulan (setahun), maka TESCO dan GIANT akan untung ATAS ANGIN sebanyak RM 1,697,647.20 setahun!!!. WAO!!!… banyak tuuuu…. Siapa nak bagi…..

Dan sekali lagi aku katakan. Itu baru SEKALI membeli-belah dalam SEBULAN. Kalau DUA, TIGA, EMPAT, LIMA KALI dalam  SEBULAN dan barang yang dibeli itu dirounded keuntungan kepada TESCO dan GIANT lebih dari 1 sen untuk macam-macam barang yang kita sumbat dalam troli, rasanya mau cecah puluh, ratus, ribu juta juga keuntungan dorang… nak tahu, kira sendiri.

p/s: Gunalah kesempatan ini untuk bantu peniaga bumiputera Islam!

Posted on April 9, 2008, in Bebas, Isu Semasa, Mari Berniaga, Satu Kajian. Bookmark the permalink. 24 Komen.

  1. wah bagus bagus.. cerah masa depan.. ada share ke pak menteri ? hahahha..

    Huhuhu… cerah tapi mendung… huhuhuhu

  2. Jimat Dan Senang Kayap

    Hmm… itulah persoalannya… Siapa yang JIMAT, dan Siapa yang KAYAP?….

  3. Jangan fikir satu hala

    kena fikir dua hala

    Kenapa tak kira kan kerugian pada pihak penjual pula

    contoh yang diberikan amat sedikit

    Takkan lah pembeli bulanan beli 2 barang kut?

    kalau contoh yg diberikan tu lebih berpihak untung 2sen pada penjual, bagaimana pula dengan kerugian dari sistem bundar tersebut?

    RM 1.15
    RM 4.18
    RM 5.38

    rounded 10.71 .. penjual rugi 1 sen

    RM 6.45
    RM 4.99
    Rm 11.43

    Rounded 22.87 .. penjual lagi yang rugi.. 2 sen tuuuu…

    so, camna???

    apa2 pun ada pro and kontra untuk kedua2 pihak

    Mungkin Encik/Cik Kira Kembali kena baca Sekali Lagi entry saya diatas. Memang la ada pro dan kontra, tapi dalam hal yang saya katakan dia atas, KUASA penentu harga ialah PENIAGA. Maksud saya jika peniaga nak untung dan tak nak bagi diri sendiri rugi, mereka boleh letakkan harga sebegitu rupa. Mereka boleh buat apa sahaja dalam menentukan harga, antara nak rugikan perniagaan sendiri atau menguntungkan perniagaan sendiri. Bukan pelanggan yang letakkan harga barangan yang dijual, tapi peniaga yang letakkan harga pada barangan jualan mereka…. SENANG KIRA, KAYA CEPAT….

  4. hehehe..tapi cuba survey kat pasar raya.. mana lagi banyak barang yang berakhir dengan 0.99 ker barang yang berakhir 0.43 ..

    kalu tak nak pening baik suruh para peniaga..mansuhkan terus 0.99 tu..terus jer buat 1.00..kan senang…pueh hatiii….

    Haaa… itu aku memang sokong. Lagi senang dan tak payah susah-susah nak kira, kecuali hal-hal bayaran bil elektrik, air, telefon… itu masalah sikit

  5. aku tengok kat mydin mall barangan berakhir dengan 0.99 dan 0.98 lebih banyak . dan kalau dia orang lost pun kat bahagian makanan basah .. tu pun aku rasa bleh cover lagi tu .. markup harga barang basah tinggi skit dari pasar basah biasa..

    Alahhh… setakat rugi sikit-sikit tu celah gigi aje… hehehehe… agaknya bukan setakat dah cover, tapi terlebih lagi ada agaknya…

  6. sebab tu dalam entry aku .. aku tulis sesen berkira.. sebab aku kedekut.. hahahah.. rasa macam en crab dalam spongebox plok..

    huhuhuhu.. betul la… macam dalam katun spongebob

  7. ko patut letak kartun en crab la kat belah tepi entry ko kipp.. baru cun..

    Huhuhuhu… ye tak ye jugak… nanti aku cari gambar encik crab tu… huhuhu

  8. ko rasa patut tak kita hantar artikel nih ke KPDNHEP dan BNM .. ? suruh mereka mereka yang bijak laksana tu baca skit..

    Kalau ikutkan kuasa kita sebagai pengguna, memang aku nak bawa benda ni ke dorang. Nanti aku cuba kontek “orang dalam” untuk sampaikan. Tak pun kalo ko rajin, tolong la hantarkan…

  9. setujuuuu dengan hardyweb…. suara semut yang bersatuuu… ehhh..untuk kiraan bil electric dan air pun bende ni dilaksanakan jugaks ekkk??

    Kalau bayar kat Pejabat Pos dorang tak laksanakan konsep ni. So, bayarlah kat Pejabat Pos kalau tak mau rugi…

  10. Biar tuan sendiri lew yang hantar .. baru la pro skit.. jangan lupa. hantar ke TV3,4,5,6,7,8,9 juga..

    Insya Allah…. Kita tunggu dan lihat sahaja di paper dan di TV nanti… huhuhu

  11. bill air negeri terengganu dah laksana benda nih . bill api . aku tak chek plak..

    Ooo… ye ke?.. kat sini aku tak sure lagi sebab tak dapat bil lagi…

  12. still….pengguna kena pandai ejas2 barang yg dibeli kalau betul2 tak nak rugi…

    Kena bawa kalkulator ke Giant atau Tesco… senang sikit nak kira…

  13. Kalau memang nak berjimat, senaaaaang aje….
    Beli la barang2 runcit kat kedai pak lang ke, muthusami ke…
    Beli ikut keperluan, pas tu boleh mintak kurang harga lagi….
    Aku memang dah lama jaki ngan harga barang yang ada .99,.98,.97.98 etc….

    Hahahhaha… memang idea yang bernas. Sebab encik Pak Lang dan encik Muthusami tak guna bar kod atau harga barang yang ada 0.99, 0.15… muahahaha

  14. hi salam,

    tu yg bagus tu.kalau kita mampu membuat gedung perniagaan/ruang perniagaan yg besar.pasti ramai yg datang.mula2 datang tengok2 je..2nd time.beli 1 barang..
    last2 tiap minggu shoping.

    2 sen x jumlah penduduk kawasan = uuuu..bnyk tu..!!

    Haaa…. tau tak apa. Itulah bendenye yang nak aku sampaikan…

  15. btol tu kantoi..
    walaupun jumlah die sikit tp bile di gandakan..pergh!
    kaya beb..

    Haaa… itu la pasal aku buat kira-kira cam gitu kat atas, bagi nampak figure kasi gempak sikit…

  16. Tanjung Malim...

    Dalam bab ni, sbnar nye.. ramai org kita tak amik kisah benda ni… diorang anggap “this just a small matter” so, blum nmpk reaksi nye..

    lg pun, golongan peniaga2 runcit.. x tlibat dlm bab ‘bunar-bundar’ ni.. sdgkan ramai org2 kita d kmpg.. dgn harga genapnya..

    So, i think… walo kita riuh2 pun.. gomen akan buat2 x dgr je… lg pun demey dok sibuk dgn krisis kepimpinan yg semakin hari semakin meruncing…

    Tak apaa… kita buat rioh bagi deme lagi bertambah pening. Baru la bleh tengok kepeningan dorang dalam mentadbir Malaysia ni. Dah la buat budar2 tak kena tempat, tambah plak lagi beras ngan mi pun naik harga… tak tahu la kalo mee maggi pun naik jugak?

  17. kan bagus kalo harga barang2 tu tak berakhir dgn 99sen, 98sen, 88sen & sewaktu dgnnya. letak je singgit ke singgit sembilan posen ke.. kan senang? pasni bila nk beli barang kena bawak kuar henpon la sambil kira harga barang yg dibeli.bawak kalkulator mcm leceh la plak. huhuhuhu

    Nak suruh kita ni bijak matematik kot… huhuhuhuhu

  18. salam semua..

    walaupun gomen buat derk.. tak dengar apa yang kita riuh riuhkan nih .. kita sebagai pengguna perlu juga ambil perhatian. terutamanya mereka yang dah berkeluarga dan tidak punyai kad kredit/debit untuk berbelanja ( guna wang tunai saja ) . .

    ambil perhatian maksudnya di sini, kita kenalah berpesan pesan antara satu sama lain dalam hal membeli belah nih. kalau pasaraya A dan pasaraya B menjalankan program ini . sedang pasaraya B diurus oleh orang muslim . better kita g kat pasaraya B, tak de hal la kan … duit lebih se sen dua sen yang kita bagi tu mungkin dia buat makan orang ramai ke .. mungkin dia beri bantuan kepada fakir miskin ke.. kalau sorang makan baca bismillah.. kita pun dapat pahala jugok…

    kalau pasaraya A nih . aku tak leh komen lew ….

    Sesungguhnya memang aku sokong dengan pandangan ko tu adi. Peniaga Muslim amnya akan membayar zakat yang akan juga membantu orang Islam itu sendiri. Itu pasallah aku tulis (p/s) kat bawah sekali tu…

  19. bagaimana pula dengan orang yang menggunakan kredit kad, kenapa perlu diubah, ianya tidak melibatkan duit tunai, bayaran kepada bank pula menggunakan cek, langsung tidak menggunakan wang tunai. harap dapat dipertimbangkan.

    Kredit kad ade charge yang dah ditetapkan oleh pihak bank…. tapi entah la nak jawab camne. Dalam hal ni aku hanya amik hal untuk pelanggan yang bayar tunai aje.Pasal cek pulak, kalo pergi giant atau mini market, ade ke guna cek untuk bayar bawang dua hinggit?

  20. card credit ada charge dok ? .. wang tunai ada charge dok ?

    Entah la. Setahu aku, guna kredit kad ada charge dari bank. Tapi guna kalo guna tunai kompem la tak ader…

  21. aku tanye sebab aku adalah dikalangan orang yang tak pakai cek dan tak pakai credit card.. tak tau la charge yang dikenakan ke atas Credit Card/cek di rounded ke apa ke… jadi aku harap orang orang yang pakai credit card pun turut sama bagi sedikit informasi pasal program nih dengan penggunaan kad kredit.

    Samalah kita. Biasa guna tunai. Guna kad kredit ni biasanya hutang… sesiapa yang ada info, bleh la turut sama dalam perbincangan ini

  22. peniaga pun adalah golongan pembeli..akhirnya sama-sama rugi…

  23. Dennis the Menace

    Kuasa penentu harga adalah di tangan Pengguna dan bukannya Peniaga. Anggapan ekonomi si penulis saha tu. Kena perbetulkan. Kena ikut kuasa “demand” dan “supply” beb. Itupun, kalau hang belajar ekonomi dulu.

    Heh… Dari segi zahirnya memanglah kuasa penentu harga di tangan pengguna, tapi bila beras naik harga pengguna boleh buat apa?… Buat bodo aje boleh la. Si penjual pulak takkan la nak jual bagi rugi. Nak tak nak, kuasa penentu harga adalah pada peniaga, tengok kes harga ayam dulu pun sudah la, nasib baik kerajaan buat harga siling RM 6/kg, kalo ikut pada modal kena letak RM 8/kg. Pengguna boleh buat apa? setakat report kat persatuan pengguna, pastu tak jadi apa2. Pasal demand dan supply ni cerita lama la beb, teori prasejarah dulu. Trend dunia sekarang ni supply bebanyak dan paksa pengguna beli… yang tak patut kita beli pun dah terpaksa kena beli. Kalau dalam hukum ekonomi dulu kata supply turun, maka demand pun turun, tapi tengok sekarang ni supply turun, tapi demand pulak naik, contoh terdekat ialah minyak petrol… mana dia teori ekonomi yang ko belajar dulu sama dengan keadaan sekarang ni?..</blockquote>

  1. Pingback: Jimat Atau Senang Kaya? - Bahagian 2 « 3K - Kaji, Kritik, Kantoi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: