Jangan Tertipu Dengan Drama BN

Sebulan sudah berlalu dengan keputusan PRU-12 yang tidak dijangka, tetapi “drama” senario politik tempatan masih lagi dimainkan disetiap ceruk saluran informasi baik diluar ataupun didalam ini. Yang “menang dalam kalah” masih menuding jari ke arah orang lain, dan yang “kalah dalam menang” pula nampaknya sedang menyusun strategi untuk “menang besar”.

Si pemenang yang kalah masih lagi di takuk yang lama. Tak sedar diri. Tak juga muhasabah diri. Ahli-ahli kecil yang dibawah pun sama dengan pemimpin yang diatas. Kononnya nak “ajar” pemimpin diatas. Salahkan juga orang lain. Tapi tak pernah nak tengok dari sudut yang lain. Kita kata ISA itu harus dimansuhkan, mereka kata ISA itu perlu. Kita kata Islam Hadhari itu sesat, mereka kata Islam Hakiki itu tak pesat. Kita kata pemimpin kamu guna duit rakyat untuk diri sendiri, mereka kata kita pula yang makan duit rakyat untuk diri sendiri, tapi mereka tak sedar sejak bila pula “kita” memerintah Malaysia?. Yang diatas dan yang dibawah sama sahaja, tak guna akal bila berbicara, “pemimpin borek, ahli rintik“.

Kalau 50 tahun yang dulu masalah penempatan setinggan, tanah runtuh, tapak buang sampah, dewan orang ramai, jalan berlubang, orang miskin melarat dan macam-macam lagilah yang disuarakan rakyat dibuat tak endah. Tapi bila “sudah terhantuk, barulah tergadah“. Mana-mana TV mesti tayangkan merekalah yang turun dulu, padahal 12 tahun yang dulu siapa yang memerintah? Bukan ke puak mereka yang memerintah? Tapi kita baru sebulan pegang jawatan, kenapa kita pula dipersalahkan?. Bodoh ke apa?

Selepas “kalah” baru nak tahu isi hati rakyat. Baru nak akui kekuatan rakyat. Baru nak “pro-rakyat”. Semua projek “mesra rakyat”. Semua “ADUN” juga bekerja bersama rakyat. Ptuih!…. Jangan nak tipu la oi. Drama-drama yang dimainkan di TV lebih bagus dari drama kamu. Panggil bloggers untuk bersiaran di TV, kononnya nampak “demokrasi” bersuara. Tapi drama yang sebenar hanyalah untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat untuk kembali berkuasa pada PRU-13 nanti. Tapi bila sudah menang nanti, lain jadinya “habis madu, sepah-sepah dibuang“. Jadilah lagi kita rakyat yang merana di negeri sendiri. 

Begitu juga dalam Kabinet. Kutip semula muka lama, katanya untuk membina semula “Kerajaan Rakyat”. Sejak bila mereka faham isi hati rakyat selepas menghadam semua harta karun rakyat?. Masih lagi percaya dengan kata-kata manis “bermadu” si pemenang yang kalah ini!. Minta maaf. Aku tak percaya. Dan tak akan percaya. Biarpun yang dibuat itu memberi faedah kepada rakyat. Kerana semua itu tanggungjawabnya. Tapi agenda ketamakan, kesesatan, kebencian, penipuan itu masih lagi tersemat dalam kepala otak yang dikurniakan ini. “Tak mahu lagi terjatuh dalam lubang yang sama untuk kali kedua“. Fikirkanlah!
 

Posted on April 7, 2008, in Isu Semasa, Kempen Pilihanraya, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Tanjung Malim...

    cerekarama..
    drama minggu ini..
    pentomen..
    drama swasta..
    samarinda..
    lestari..

    (semua tu masuk la dlm kategori ni..sama je…)

    Dua kali lima, lima kali dua = tetap sama jawapannya…

  2. Jemput bloggers ke studio TV hehehe. Seolah olah bloggers yang mencalarkan prestasi BN. Realitinya tanpa bloggers pun yang expired tetap akan gugur juga. Itu Hukum Fitrah. Siapa sebenarnya bloggers kalau bukan manusia yang sama juga seperti manusia lain, cuma bloggers aktif borak, bincang dan tukar pendapat di alam siber. Dan penjelasan kenapa bloggers condong ke arah kiri ialah kerana sumber maklumat bloggers tidak terhad kepada media propaganda. Saya cadangkan jangan setakat jemput bloggers masuk TV tetapi jemput SEMUA rakyat dari pelbagai lapisan umur, fahaman parti dan pekerjaan – barulah ada nampak usaha untuk mengembalikan kredibiliti itu ikhlas.

    Setakat nak lepaskan kentut ditangga aje. Kononnya nak memperlihatkan bahawa BN ni “akan” berubah dan menjadi kerajaan jujur. Hampehlah. Cadangan encik Rastom tu aku sokong. Baru kita tahu yang mana putih dan hitam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: