Pilihanraya Kecil: BN Menang?

Memang dasar cakap besar dan lupa diri walaupun sudah “kalah dalam menang” dengan kejatuhan 5 negeri ke tangan BA masih lagi nak berlagak hebat. Rata-rata mereka (Be End) “berdoa” kalau-kalau ada Ahli Parlimen atau ADUN yang meninggal dunia untuk mereka kembali mendapatkan kerusi yang telah hilang.

Ada Ahli Parlimen yang tengah sakit tenat sekarang ni, masuk keluar hospital. Tak lama lagi dapat bertandinglah lagi. Kali ni confirm menang la“. Terfikir sekejap, maka aku menjawab, “Heh! confident sungguh nak menang. Jangan cakap besar tau“. Mereka menjawab lagi, “Ye la, kali semua orang akan tumpu kat sini, Pak Lah, Najib, semua Menteri dan jentera… kali ni PKR memang kalah lah!“. Aku ketawa seraya berkata, “Memang la korang ni dasar mudah lupa. Korang terlupa kalau korang letak jentera, ingat PKR tak letak jentera dorang ker? Korang kena ingat yang si Anwar Ibrahim tu nanti dah lepas waktu “pantang” untuk jadi calon. PRU-12 hari tu pun salah satu faktor yang BA menang besar adalah sebab Anwar Ibrahim “bebas” berkempen disebabkan dia tak ada komitmen untuk jaga kawasan dia. Aku yakin kalau ada kekosongan, dia la yang jadi calon. Lagi korang jangan lupa “tentera” siber tak henti-henti berperang… Sekarang ni apa yang korang buat? Setakat mempertikaikan sahaja. Usaha tak ada“.

Sikap over confident yang mereka amalkan sejak dulu lagi sekarang ni dah jadi darah daging mereka. Sikap itulah juga yang membuatkan mereka terlopong dan masam mencuka. BA sekarang mengorak langkah menunaikan semua menifesto mereka dengan meringankan beban rakyat. Beri air 20 meter percuma, beri elaun RM 500 pada penuntut Tahfiz, kenaikan elaun guru KAFA, kenaikan bantuan perkapita SAR, beri tiket percuma untuk tengok bola yang mana kerajaan Be End dahulu tak terfikir nak buat. Tapi bila BA buat semua ini, Be End pulak yang bising-bising kata rugi itu ini. Mereka (Be End) anggap BA ni bodoh macam mereka. Sebab Be End tak dapat nak bagi pada rakyat kemudahan ini kerana Be End sendiri bodoh dalam bab kira-kira, tu la pasal.

Sudahlah dengan kekalahan ini. buat gelak dek orang sahaja kalau korang masih lagi berlagak tak sedar diri. Masih tak dapat terima kenyataan dan berdendam pula tu dengan BA. Huh!. Lain lah kalau masa pimpinan korang dahulu buat kerja bagus dan menolong rakyat. Tapi rakyat dah faham dan bijak untuk memilih. Undi sahaja apa-apa parti yang bukan Be End. Rakyat dah muak dengan omong-omong kosong pimpinan Be End yang sentiasa memperbodohkan rakyat. Dalam Sinar Harian (kawasan Selangor) hari ni, muka depan, Tun Mahathir sendiri kata “Mustahil untuk ambil balik 5 Negeri dibawah BA“.

 

Posted on Mac 31, 2008, in Isu Semasa, Kempen Pilihanraya, Politik. Bookmark the permalink. 5 Komen.

  1. Tanjung Malim...

    Hari ini daku terfikir.. apakah kuasa yg ada exco2 kerajaan BR.. jika d bwhnya masih lg dpegang oleh Federal.. Exco Pelajaran negeri nak buat apa… e.g. di sekolah kerajaan, nampaknya KPM dah mula keluar arahan2 baru yg x pernah wujud sebelum ni..

    1. Larangan menjemput mana2 pemimpin politik.. BN @ BR (kecuali diluluskan oleh JPN/PPD)
    2. Turunkan gambar MB lama (Khir Toyo / Tajol Rosli etc… tetapi tidak boleh naikkan gmbr MB baru)

    dan mungkin bnyk lg ‘arahan baru’ yg akan memeningkan kepala rakyat.. d samping menafikan hak-hak exco yg d bwh kerajaan BR…

    Ape ke hey ni yobb???

    * boleh sape2 ‘paste’kan garis kuasa State & Federal? Bior nmpk.. jelas dan terang…

    Saya memang tengah cari sumbernya sebab lepas baca komen awak yang lepas. Tapi masih lagi tak jumpa. Nanti saya try mintak tolong bloggers yang lain untuk kajikan hal ini.

  2. biarkan mereka dengan mimpi2 indah yang entah bila jadi realiti…

    Retorik yang menjadi-jadi…

  3. Nak faham bak ini kena belajar sedikit tentang perlembagaan. Umpamanya apa yang ada pada fadral list dan apa yang ada pada state list. State list include, Tanah dan Galian, Pertanian, Ugama, adat istidat melayu dan Kerajaan tempatan (Majlis daerah, Penghulu, JKKK). Sebab itu kalau nak bina sekolah atau universiti Kerajaan kena tunduk pada kerajaan negeri untuk bagi tapak tanah. Faderal tak boleh pakai hendak sahaja, kerana tanah adalah dibawah kerajaan negeri. Deme’ orang muda tentu boleh cari jawapannya dalam perlembagaan malaysia dan perlembagaan negeri (undang2 tubuh kerajaan negeri)

    Terima kasih kerana tujuk sikit clue. Dah dapat dah sumber-sumbernya, cuma nak olah sikit untuk kefahaman semua.

  4. Tanjung Malim...

    dulu mmg dah bljr.. tp dah lama dah..lupa.. (melayu mudah lupa???)
    lgpun… takde pulak hal2 ini (federal list vs state list) dbangkitkan dlm tulisan2 d akhbar utama.. bior org ramai phm.. dan org atas tu takde la pulak salah amik tindakan.. demey ingat org lain xtau..
    ikut suka hati demey ajer…
    ni yg teman nak marah ni….

    Semalam pegi beli Undang2 Tubuh Negeri Selangor, dan beli sekali FC untuk semakan jikalau ada hal ini berkaitan antara federal dan state. Tapi bak kata Zoyak, jikalau federal nak buat sesuatu kat negeri, dia kena mintak izin pada kerajaan negeri itu dahulu sebab untuk melulusan sesuatu memerlukan keizinan kerajaan negeri. Tapi bab gambar MB ni masih lagi tak jumpa jalan untuk di kritikkan. Tapi secara rasionalnya, sekolah atau jabatan kerajaan faderal seperti JKR dll masih dalam pegangan faderal. Jika keluar pekeliling yang suruh buat macam tu untuk semua negeri (termasuk negeri dibawah pentadbiran BN) maka ia boleh la diterima akal. Tapi jika pekeliling itu hanya dikeluarkan untuk negeri dibawah pentadbiran PR sahaja, nampak sangat la ia double standard. Tapi ikut pandangan saya, lagi faderal buat perkara yang bukan2, maka ia membuka pekung didada dorang sendiri, orang akan kata “takut dengan bayang2 mereka sendiri”. Lagi orang akan menyampah dengan BN. Pada saya lagi, ia sudah kira bagus. Tak perlu nak cari bukti yang mereka double standard, depan mata dah ada. Sebab nanti kalau kita sedarkan mereka (BN), kita yang rugi. Biarkan BN ni syok sendiri dengan perkara yang dia nak buat. Nanti boleh kita jadikan ia sebagai isu untuk jatuhkan mereka… itu cuma pandangan saya sahaja.

  1. Pingback: PR, BN & Sudin Si Bujang Lapok « 3K - Kaji, Kritik, Kantoi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: