Undur: Pak Lah dan Idris Jusoh

Baik di alam maya dan juga alam realiti, rata-rata gesaan untuk Pak Lah berundur dari kerusi PM terus berkumandang dengan lantang baik dari dalam UMNO dan juga luar. Ada yang mengata dengan cemuhan, kutukan yang menghilangkan nilai peribadi Pak Lah yang dahulunya digambarkan dengan alim dan rendah diri. Semuanya berpunca daripada prestasi yang memalukan pihak BN pada PRU-12 yang lepas. “Sudah jatuh ditimpa pula tangga, sudah terhempap terpijak pula tahi ayam“, sudah la hampir kalah pilihanraya, 5 negeri pula bertukar tangan, sudah la lantik Idris Jusoh jadi MB Terengganu, Sultan pula tak perkenankan. Memang malang sungguh. Mungkin disebabkan “badi” malang inilah YB Mukhriz Tun Mahathir sungguh-sungguh Pak Lah berundur. Takut nanti merebak ke seluruh UMNO dan BN.

Si gila kuasa Idris Jusoh (patutkah aku melabelkannya sebegitu?) dan kuncu-kuncunya tak habis-habis menentang keputusan Sultan merangkap Yang Di-Pertuan Agong. Rata-rata mengatakan mereka sudah menderhaka dan patut dibuang negeri. Tapi YDPA masih tidak menjawab apa-apa, masih dengan keputusan menaikkan Ahmad Said menjadi MB Terengganu. Boikot atau tak boikot, Ahmad Said tetap masuk pejabat MB. Idris Jusoh meleleh air liur terkenangkan kerusi cabuk MB di pejabatnya dahulu, dan kini milik orang lain. Kalaulah si Ahmad Said nak menjahanamkan Idris Jusoh, mungkin banyak fail-fail yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit akan dibongkar. Jika tidak, biar pecah diperut, jangan pecah dimulut.

Bila dilihat akan perangai orang UMNO dan BN ni, memang mereka tak layak untuk mentadbir Malaysia. Masing-masing berlumba untuk sesama sendiri untuk menanggung beban yang akan dipersoalkan oleh Allah kelak. Tak takutkah mereka?. Perasaan takut pada Allah dah hilang. Itulah sebab mereka sebegitu. BA hanya melihat dan ketawa sahaja. “Ketuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih“, kutuk DAP kata derhaka kini mereka pula yang dimurka. Memang padanlah dengan di UMNO. Nasib baiklah aku bukan penyokong UMNO atau BN, kalau tak malu gila tahap anak babi tak mangaku ibunya babi…

p/s: Kalau dulu Lim Kit Siang cepat-cepat minta maaf pada Sultan Perak, kini Pak Lah dan Idris Jusoh bila pulak nak minta maaf pada Sultan Terengganu a.k.a YDPA…

Posted on Mac 26, 2008, in Isu Semasa, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. Hmm.. nasib baik la bapak saya bukan bernama Idris bin Jusoh.. kalau tak,malu gak sbb beliau tetap nk kan jawatan MB tu. huhuhu

    Patutnya kena terima kenyataan si idris tu…. nanti kena ngata dek orang… huhu

  2. ….yang terang lagi tersuluh ; blah lah

    hmmm…. yang tersuluh lagi bersinar…. huhuhu

  3. Hello! This post could not be written any better! Reading through this post
    reminds me of my previous room mate! He always kept talking about this.
    I will forward this page to him. Pretty sure he will have a good
    read. Many thanks for sharing! create twitter bank account,
    twitter followers, increase followers.
    buy followers upon twitter to cultivate your current supporters rapidly.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: