Siapa Yang Gagal Sebenarnya?

Sudah diketahui umum bahawa Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor milik Barisan Alternatif. Bagi aku mereka masih baru, masih “terkejut” dek kemenangan yang “mengejutkan” ini. Bukan mereka tidak bersedia, mereka bersedia dan kini dalam proses asimilasi dan transformasi gerak kerja bukan kerajaan ke sebuah kerajaan. Bak pepatah orang Inggeris, “Don’t judge the book by it cover“. Tapi ada juga suara-suara sumbang kedengaran di alam ini terus melabelkan bahawa mereka gagal, retak menanti belah, salah pangkah dan lain-lain lagi. Bagi mereka masa untuk proses ini, “Rome is not built in one day” (minta maaf kalau pepatah ini salah), perlukan masa untuk mereka. Bagi mereka peluang.

Kononnya ada yang kata BA tak jangka mereka menang besar PRU ini, itulah sebabnya mereka berani buat menifesto yang memberi harapan yang bukan-bukan. Tapi bagi mereka yang menjangkakan kemenangan ini, perkara ini sudah dijangkan. Begitu juga dengan BN yang kononnya tidak akan mengamalkan politik balas dendam sebab mereka menjangkakan bahawa mereka akan mengulangi kemanangan PRU 2004 dahulu. Tapi kini mereka pula termakan kata. Buat demonstrasi (dulu mereka kata orang yang buat demonstrasi ini bagai beruk, kini mereka telah menjadi beruk), lawan keputusan KM Pulau Pinang. Marah sebab DEB.

DEB – Apa Keistimewaannya?
Dasar Ekonomi Baru, apa yang aku dan anda dapat darinya? Zaman kegemilangan DEB hanya dapat dirasai pada zaman Tun Razak dahulu, kita boleh nampak pada zaman tu ialah kewujudan FELDA, tapi kini ia “kurang” relevan dengan situasi ekonomi sekarang. Malah zaman Tun Mahathir dulupun dah tolak DEB dan tak lagi digunapakai sehinggalah Pak Lah jadi PM. Mungkin kerana terlebih tidur dan kepala otak tak dapat nak fikir maka ambil semula DEB untuk sedapkan hati orang Malayu. Nyaris-nyaris jadi isu perkauman apabila orang Cina mengungkit pembahagian 30% setiap jenis perniagaan kepada Bumiputera. Nampak untung bagi Melayu, tapi kita masyarakat majmuk dan ini akan mengundang kemarahan orang bukan Melayu. Semuanya hanya retorik untuk memberi “mimpi indah” pada orang Melayu. Tapi keistimewaannya masih lagi dipersoalkan. Hanya orang yang ada “kabel besar” sahaja yang dapat rasa DEB. Yang tak ada kabel melopong tengok orang lain kaya.

Perak Yang Unik
Akhirnya Ir Nizar dari PAS diangkat menjadi MB Perak ke-10. Walaupun PAS memegang kerusi yang sedikit, tapi keputusan Raja hendaklah dipatuhi. Pada permulaannya yang ditentang oleh Lim Kit Siang yang melatah bagai budak-budak, kini menjadi matang dengan memohon maaf akan tindakannya. PKR yang kelihatan tamak mahukan kerusi exco lebih (kalau menurut media perdana) menjadikan Perak huru-hara, tapi ianya hanya salah faham dan mainan media perdana yang hanya mahu mereka ini berpecah. Bagi aku, sikap PKR yang dinyatakan media perdana ini lumrah kehidupan “ahli BN” (kerana kebanyakan ahli PKR datangnya dari BN). Mereka masih lagi bawa sikap “gila kuasa” dari BN dan terlupa akan tujuan utama perjuangan PKR. Tapi kini semua dah selesai. Teringat dengan kisah pemilihan Khalifah Pertama selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, pihak Muhajirin dan Ansar masing-masing menghantar dua nama untuk dinilai didalam majlis syura bagi memilih siapa yang patut menggantikan Rasulullah S.A.W. Dalam senarai tersebut terdapat nama Abu Bakar As-Siddiq yang memang rapat dengan Baginda. Maka akhirnya majlis syura memutuskan Abu Bakar As-Siddiq menjadi Khalifah Pertama. Memang terdapat sedikit “ketidak-puasan-hati” dari pihak Ansar, tapi akhirnya mereka terpaksa akur kerana Abu Bakar As-Siddiq adalah sahabat rapat Rasulullah dan beliau memiliki ILMU Rasulullah. ILMUlah yang mungkin menjadi pengukur kepada pemilihan MB Perak oleh Raja Dr. Nazrin. Keupayaan Ir. Nizar yang berILMU dan fasih bertutur dalam bahasa Manderin, Kantonis, Hokkien, Tamil dan Inggeris menjadikan rakyat terpukau dan memandang tinggi dengannya.  

AEM – Agenda Ekonomi Malaysia dan Anwar Ibrahim
AEM yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim masih lagi diragui kerana masih lagi dirahsiakan tentang isi kandungnya. Tidak tahu apa yang dicadangkan oleh beliau. Jika dilihat dari kacamata media perdana, AEM macam tiada wawasan. Siapa tahu. Kalau nak percaya media perdana, yang boleh percaya hanyalah nombor ekor sahaja, yang lain semuanya macam tak betul. Dengan keupayaan beliau mempertahankan harga minyak selama 18 tahun (jika tidak silap) dengan harga seliter RM 1.10 semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dahulu membuatkan aku terfikir sejenak. Jika beliau boleh, Menteri Kewangan yang lain tentu boleh juga. Kenapa perlu dipertikaikan jika ada bukti yang benar. Dengan keupayaan beliau menjadi penasihat kewangan bagi pemerintah Dubai dan beberapa negara yang lain, masakan beliau tidak boleh menjadi mentadbir kewangan Malaysia seperti yang dijanjikan. Kalau setakat takut pelabur asing tidak masuk Malaysia bak kata Rafidah Aziz, maka takutlah jika Anwar Ibrahim hanya tarik pelabur dari negera Timur Tengah termasuk Dubai yang kaya raya untuk melabur di 5 negeri dibawah pemerintahan BA sahaja. Dan beliau mampu buat begitu.

p/s: Marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Marahkan situasi di Perak, Idris Jusoh dan Shahidan Kasim tak jadi MB… huhuuuhuhu…

selit sedikit senarai Barisan Kabinet 2008

kabinet 2008

 

Posted on Mac 19, 2008, in Isu Semasa, Politik. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Kabinet… semoga kabinet ni bukan almari semata-mata, tempat pak lah simpan ‘barang-barang’ keperluan beliau…

    Tapi nampaknya semua kabinet ni macam gaya dah bertukar jadi almari baju Pak Lah…. kabinet almari baju Tun Mahathir dah ramai kena gugur, tinggal lagi hanger Najib aje

  2. Kalumpang Mali...

    Ramai org bising2.. kata tiada menteri dari WANITA Umno…
    Sbb Kak Fidah n K Ijat dah takde dlm almari kabinet.. (tp ada pulak jwtn penasihat Khas btaraf menteri..)

    Yg menarik perhatian.. bila ada press tanya Kak Fidah… mcm mana pulak dgn Azalina Othman Said? Tidakkah dia wakil WANITA? (kita pun pasti.. dia bukan lg Puterriii Umno)…
    Fidah pun x mau jwb.. dia kata.. tanya la Pak Lah @ Azalina sendiri..
    So, di mana kah kedudukan dia? ada kah dia masuk Kuota Wanita? Puteri? Putera? Pemuda? atau… (pikir2 la sendiri…)

    Bak kata Mat Sabu, Azalina tu Pemuda UMNO. Hishamuddin pulak Puteri UMNO…. muahahahahaa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: