B.N: Parti Orang Kampung – Satu Kajian

Jangan terkejut jika ini berlaku pada Barisan Nasional yang dahulunya mengutuk PAS sebagai parti orang kampung. Kini air liur yang diludahi dahulu terpalit ke batang hidung mereka sendiri. Siapa sangka kemenangan Barisan Alternatif (kini Barisan Rakyat) yang “mengondol” beberapa buah negeri jauh dari sangkaan kini menjadi realiti. Sangat memalukan B.N apabila segala tipu muslihat yang digunakan untuk mendapat kemenangan besar dalam PRU ini tidak menjadi. Lebih dirisaukan lagi apabila B.A yang menguasai negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan cuba menyelongkar dan mendedahkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu (B.N) jika terdapat keraguan yang nyata.

Disini aku membuat sedikit kajian rambang dengan menggunakan keputusan PRU ke-12 untuk menyokong tajuk entry aku diatas. Mari kita lihat dibawah.

Keputusan PRU ke-12 untuk kerusi Parlimen dan DUN di Ibu Negeri yang dimenangi oleh B.A:

1. PERAK 

Parlimen Ipoh Timur (DAP) – Mejoriti 21,942
– DUN Canning (DAP) – Mejoriti 5,666
– DUN Tebing Tinggi (DAP) – Mejoriti 2,515
– DUN Pasir Pinji (DAP) – Mejoriti 6,339

Parlimen Ipoh Barat (DAP) – Mejoriti 15,534
– DUN Bercham (DAP) – Mejoriti 6,101
– DUN Kepayang (DAP) – Mejoriti 490
– DUN Buntong (DAP) – Mejoriti 5,315

2. SELANGOR

Parlimen Shah Alam (PAS) – Mejoriti 9,314
– DUN Kota Anggerik (PKR) – Mejoriti 2,200
– DUN Batu Tiga (PKR) – Mejoriti 3,563

3. PAHANG

Parlimen Kuantan (PKR) – Mejoriti 1,826
– DUN Teruntum (BN) – Mejoriti 293
– DUN Tanjung Lumpur (BN) – Mejoriti 496
– DUN Inderapura (BN) – Mejoriti 873

4. NEGERI SEMBILAN

Parlimen Seremban (DAP) – Mejoriti 3,948
– DUN Lenggeng (BN) – Mejoriti 1,285
– DUN Nilai (DAP) – Mejoriti 1,894
– DUN Lobak (DAP) – Mejoriti 6,928
– DUN Temiang (DAP) – Mejoriti 1,338
– DUN Sikamat (PKR) – Mejoriti 499
– DUN Ampangan (PKR) – Mejoriti 165

5. MELAKA

Parlimen Kota Melaka (DAP) – Mejoriti 11,390
– DUN Kesidang (DAP) – Mejoriti 1,399
– DUN Kota Laksamana (DAP) – Mejoriti 7,242
– DUN Duyong (BN) – Mejoriti 806
– DUN Bandar Hilir (DAP) – Mejoriti 4,912
– DUN Telok Mas (DAP) – Mejoriti 2,239

6. TERENGGANU

Parlimen Kuala Terengganu (BN) – Mejoriti 628
– DUN Wakaf Mempelam (PAS) – Mejoriti 2,193
– DUN Bandar (BN) – Mejoriti 1,142
– DUN Ladang (PAS) – Mejoriti 31
– DUN Batu Buruk (PAS) – Mejoriti 1,161

7. KELANTAN

Parlimen Kota Bharu (PAS) – Mejoriti 11,288
– DUN Tanjong Mas (PAS) – Mejoriti 6,112
– DUN Kota Lama (PAS) – Mejoriti 5,206
– DUN Bunut Payong (PAS) – Mejoriti 4,341

8. SABAH

Parlimen Kota Kinabalu (DAP) – Mejoriti 106
– DUN Likas (BN) – Mejoriti 862
– DUN Api-APi (BN) – Mejoriti 174
– DUN Luyang (BN) – Mejoriti 1,502

9. SARAWAK

Parlimen Bandar Kuching (DAP) – Mejoriti 9,952

10. W.P. Kuala Lumpur

Parlimen Kepong (DAP) – Mejoriti 23,848
Parlimen Batu (PKR) – Mejoriti 9,455
Parlimen Wangsa Maju (PKR) – Mejoriti 150
Parlimen Segambut (DAP) – Mejoriti 7,732
Parlimen Setiawangsa (BN) – Mejoriti 8,134
Parlimen Titiwangsa (PAS) – Mejoriti 1,972
Parlimen Bukit Bintang (DAP) – Mejoriti 14,277
Parlimen Lembah Pantai (PKR) – Mejoriti 2,895
Parlimen Seputeh (DAP) – Mejoriti 36,492
Parlimen Cheras (DAP) – Mejoriti 28,300
Parlimen Bandar Tun Razak (PKR) – Mejoriti 2,515

Dari keputusan ini, kita dapat lihat 9 ibu negeri dan 1 Wilayah Persekutuan dari 14 buah negeri dan 4 Wilayah Persekutuan negeri dibawah pemerintahan B.A dan B.N dilihat lebih menyokong calon dari PAS, PKR dan DAP. Malah jika dilihat kepada pada mejoriti kemenangan calon B.A kebanyakannya amat besar (empat digit angka) berbanding dengan mejoriti kemenangan B.N yang kebanyakannya mempunyai mejoriti yang kecil (tiga digit angka).

Kenapa aku pilih ibu negeri sebagai sampel kajian ini?
Jawapan yang mudah ialah Ibu Negeri = Kawasan Bandar. Penduduk kawasan bandar selalunya dilabelkan dengan elit, terpelajar dan kaya. Disitu juga biasanya terdapat pejabat kerajaan, pejabat syarikat besar tempatan dan juga antarabangsa, universiti, kolej, sekolah gred A dan lain-lain lagi (lebih mudah lagi ialah “lubuk pekerjaan”).

Kenapa mereka memilih B.A? 
Tiada jawapan yang tepat dalam soalan ini kerana tiada kajian yang lanjut dari Penganalisis Politik yang diiktiraf. Tapi mengikut pendapat “Penganalisis Politik” yang tidak diiktiraf seperti aku ini, secara rambang ianya dapat dilihat dengan beberapa perkara dibawah:
i. Maklumat yang mudah didapati – e.g. Internet, broucher kempen pilihanraya
ii. Sara hidup yang tinggi – penduduk mahukan perubahan ekonomi yang lebih rendah
iii. Terpelajar – penduduk kebanyakannya boleh berfikir dengan lebih bijak – tidak mudah terpedaya
iv. Tidak mudah diperbodohkan – kebanyakan kempem B.N memperbodohkan rakyat
v. (Jika ada pendapat lain, sila letakkan di bahagian komen)

Adakah kajian ini menghina orang kampung?
Tidak, kerana aku juga orang kampung. Malah menurut kajian “Pemasaran dan Perniagaan” di Malaysia kebanyakan penduduk bandar berasal dari kampung dan berpindah ke bandar untuk bekerja dan menetap disitu. (Itu sebablah Colgate berjaya hingga sekarang kerana dek kebiasaan orang kampung bila membeli ubat gigi akan dinamakan Colgate walaupun ia membeli Darlie dll. Colgate-Palmolive mensasarkan penduduk kampung sebagai target utama dalam perniagaan mereka kerana nanti penduduk ini akan ke bandar dan akan melihat produk yang sama boleh didapati di bandar dan mereka mejadi pengguna yang setia kepada produk tersebut – Kajian Pemasaran Malaysia, sumber: dah tak ingat….)

p/s: Jika terdapat pendapat yang bernas atau tak bernas pun tak apa, sila nyatakan di bahagian komen.

Posted on Mac 11, 2008, in Isu Semasa, Politik. Bookmark the permalink. 6 Komen.

  1. memang betul pun kata kamu…sekrng ni mereka xtau mereka berhadapan dengan golongn cerdik pndai…so xleh la mereka nk buat mcm tu…satu lagi,silap dia orng.lepas kan anuar ibrahim dulu…kalu x…xde lah pengaruh kuat dari dia…ingt..pemuda yg mengerakkan reformasi dulu….mempunyai semgat yg tinggi utk mejatuhkan kerajaan…lepas tu pulak rentetan tun mahathir buat kenyataan dia menzalimi anuar…emm lagi la suasana bertambah hangat…al-maklum…orng dh lepas dri jwtan pm…pasl tu la dia berani membuat kenyataan yg panas…

    rakyat makin lama makin pndai…bukan makin lama makin bodoh….ingt tu….bagus rakyat malaysia ni…dia orng bijak dh…mengguna kan it…..hahahha seronok sgt la BA menang…heheheh

    B.N lupa pasal benda ni. Tu la pasal dorang kalah. Nak marahkan media alternatif, dorang juga yang megah dengan MSC, Cyberjaya, dll. Bila ramai bloggers yang pro-B.A, dorang plak yang melatah tak tentu pasal. Kemajuan yang dorng bawa makan diri sendiri…. Nak hentikan media alternatif bukan senang… Takkan nak tutup ICT kat Malaysia ni kan?, gila la namanya… apa-apapun terima kasih pada B.N dengan “kamajuan” ini untuk menjatuhkan B.N itu sendiri.

  2. Pertama, data kat Kuala Terengganu tu salah. Tiada DUN yang BN dapat. DUN Bandar tu PAS punya, Dr Syed Azman.
    Kedua, Orang BN ni ingat orang lain stupid macam deme’.
    Ketiga, Orang BN melalui media suka buat fitnah, lihat saja apa yang dibuat di Kedah dan Selangor. kata kerajaan BA minta kosongkan Tadika Kemas. Sebenarnya mereka perasan sendiri. Orang tak kata pun. Lihat kenyataan Ustaz Azizan ABb Razak MB Kedah.
    Keempat, Orang meluat dengan kempen BN dekat media TV, semua saluran TV deme’ ada buat iklan/kempen untuk BN.
    Kelima, Orang BN masuk kampung dengan kereta besar dan berbagai kemewahan diperagakan.Ini tektik nak silaukan mata orang kampung tapi deme’ lupa anak orang kampung ramai yang balik kampung bawa balik kecerdikan mereka.
    Keenam, dalam kes Kelantan, calon PAS yang dipilih memang sentiasa brsama masyarakat setempat tapi calun BN kebanyakan berumah tangga di KL atau di luar kelantan.

    Itulah kelemahan pemimpin B.N. Dorang nak tunjuk kaya. Tapi kini rakyat dah cerdik dan bijak untuk memilih. Mereka (B.N) bukannya buat bisnes, mereka adalah wakil rakyat. Jadi, bila pakai kereta besar, makananya mereka guna wang rakyat…. B.N memang silap besar la. Pasal DUN Bandar tu, dalam SPR kata B.N yang menang…. SPR menipu data kot… nanti saya cek kat tempat lain pulak.

  3. Analisa menarik!

    Even Dato’ Shahrir Samad di Parlimen JB pun semakin berkurang majoritinya.

    Satu lagi, warga bandar lebih suka pada orang muda, contoh mudah is Nurul Izzah…

    Lebih muda lebih tenaga, lebih idea, lebih power!!!…huhuhuh

  4. Komen tak bernas(sbb takde kaitan dgn entri) :

    Mmg tak dinafikan org kg (mcm saya) suka panggil ubat gigi sbg Colgate tak kira la jenama apa pn ubat gigi tu. Tapi rasanya panggilan tu tak lg terlekat dimulut saya. sbb kalau Darlie, sy sebut Darlie.

    Tapi satu2nya panggilan yg tak berubah dlm famili saya ialah mee maggi. Kami tetap akan sebut ‘Megi” tak kira la tu jenama Maggi atau bukan. betapa kuatnya pengaruh Maggi sampai nama panggilan utk apa2 mee segera pn tak penah berubah dr dulu smpi skrg.

    Meggi itupun salah satu pembawakan dari dari kampung ke bandar.

  5. As-Semanggoli

    komen off-topic…

    sedap masak asam ikan patin…

    hehehehehe… bukan masak ikan patin, tapi gulai masam ikan patin… huhuhu

  6. Saya sampai sekarang pun akan melabelkan Colgate jika membeli Darlie, melabelkan Maggie ketika membeli Indomee, dan lain-lain lagi. Sebenarnya benda ni berlaku pada orang bandar dan orang kampung, orang di Asia mahu pun di Barat. Itu semua kesan genericized trademark beb!

    BN di mata ramai rakyat Malaysia adalah genericized trademark bagi kerajaan. Walaupun kini Kedah sudah diterajui oleh PAS, rakyat masih ingat negeri itu sudah dikuasai pembangkang dan kerajaan sudah hilang kuasa ke atasnya. Adush, susah juga sebenarnya nak betulkan mentaliti yang dah tertanam separuh abad ni!

    Betul kata ko tu. Benda yang dah ditanam sejak berkurun. Kalo BN = Kerajaan, dan PAS, KeADILan dan DAP = Pembangkang. Walaupun dah pegang kerajaaan, tetap dipanggil pembangkang… sian dorang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: