The Beginning of Ending

Bersyukur pada Allah dengan keputusan PRU ke-12 kelmarin dan semalam dengan B.A menafikan 2/3 kerusi Parlimen untuk B.N. Malah bukan setakat itu sahaja apabila 4 buah negeri telahpun jatuh ketangan B.A. 2 negeri iaitu Kelantan dan Kedah dibawah pentadbiran PAS, Pulau Pinang dibawah pemerintahan DAP, Selangor dibawah pemerintahan PKR dan Perak masih lagi keputusan antara DAP atau PAS. Kemenangan untuk memerintah Malaysia oleh B.N boleh dilihat dengan “bantuan” negeri Borneo yang disapu bersih.

Tetapi kemenangan dan kekalahan bukanlah permulaan dan juga bukan pengakhiran. Masih awal untuk ditafsirkan. Masing-masing perlu memperbaiki diri sendiri.

Untuk Barisan Alternatif Rakyat (PAS, PKR, DAP)

Memang benar aku penyokong B.A terutamanya PAS. Dan memang impian aku melihat sebuah negeri jatuh ke tangan PAS selain Kelantan. Tiada hal dalam masalah ini kerana PAS telah menunjukkan kepimpinannya di Kelantan sehingga kini walaupun gagal untuk mendapatkan Terengganu semula, tetapi “kesilapan” di Terengganu boleh dijadikan iktibar untuk membina Kedah. Manakala PKR dan DAP yang mendapat majoriti 2/3 untuk memerintah Pulau Pinang harus bekerja kuat untuk menunaikan apa yang mereja telah janjikan di dalam menifesto semasa kempen dahulu. Jika tidak, pemerintahan mungkin akan bertahan untuk masa yang singkat. Walaupun begitu, aku yakin dengan pemerintahan mereka kerana tidak mudah untuk menawan dan tiba-tiba membiarkan sahaja ia terlepas. Bagi Selangor yang dikenali sebagai “Negeri Bandar” ini memang telah membuat kejutan apabila jatuh ditangan B.A. Tak disangka. Siapa tahu akan kejayaan ini memberi satu tempelak yang besar kepada B.N. Perak pun begitu juga. Tiada siapa yang sangka akan kejatuhannya keatas DAP dan PAS.

Namun begitu aku ingin ingatkan, walaupun ia satu kejayaan yang manis, ia menunjukkankan rakyat sudah bijak memilih, bijak membaca, bijak melihat dan juga bijak menjatuhkan!. Inilah yang dikatakan dengan The Beginning of Ending kepada pihak B.A jika mereka tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Jangan mengulangi kesilapan B.N. Bawalah perubahan yang anda canangkan sebelum ini demi rakyat, dan bukan untuk poket sendiri.

Untuk Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC, Gerakan, dll)

The Beginning of Ending sudah pun dilihat. Dengan kejatuhan yang teramat memalukan terhadap pemerintahan Pak Lah, maka sudah tentu rakyat dan juga ahli B.N ia sebagai satu kekalahan walaupun memerintah Malaysia, tetapi tidak lagi majoriti. Setiap dasar dalam Parlimen nanti sudah pasti akan dibincangkan dengan lebih sengit dan mendalam memandangkan B.A telah mula menunjukkan “kuasanya”. Kerana dek terlalu angkuh dan over confident untuk menakluk Kelantan, akhirnya 4 negeri hilang. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. B.N patut rasa malu dengan kekalahan ini.

Kehancuran MIC dan kekalahan Gerakan memang patut dijadikan iktibar. Sifat sombong, angkuh dan takabbur dengan kemenangan PRU-11 dahulu sudahpun hilang. Jangan anggap rakyat bodoh, kerana setiap pergerakan anda akan diawasi. Mungkin selepas ini lagi banyak laporan tentang salah guna kuasa, rasuah, penipuan, skandal seks akan di paparkan oleh B.A, dan rakyat akan mengadilinya dengan bijak sekali. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Posted on Mac 10, 2008, in Isu Semasa, Politik. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. En Kipp, sila tambah satu lagi dalam list. KL jugak di tawan BA. Dengar ura2 paklah nak pindah KLCC ke ROMBAU dan PUTRAJAYA ke PERLIS!! yeah!!!

    hahaha! BN mangkuk!!! pegi mati BN!!

    Hahahahha… kena panggil David Corpefilled la nampaknya kalo nak alih KLCC ngan Putrajaya…. muahahahahaha…

  2. Haha.. negeri saya yg tercinta akan bertambah terang setiap malam disuluh sinaran bulan purnama. kui3.

    Malam bulan dipagar bintangggg…. lagu P.Ramlee…

  3. saye menantikan kecemerlangan s’ngor dgn MB baru n kerajaan campuran..
    bukan mudah untuk mbina sebuah kerajaan campuran..harap media pun semakin telus,tidak hanya berpihak kepada sebelah pihak saje~
    kalo x,camne rakyat nak menilai…

    Ya betul. Aku pun mengharap perkara yang sama…. Pihak media pulak jangan nak bias satu pihak aje. Seimbangkan

  4. rimau malaya

    tu lah bodolah n the geng jangan terlalu angkuh sangat,aku rasa muka seperti bodolah ni tak tau malu…sbb tu masih tak reti2 nak undur diri biarpun rakyat dah banyak yg tolak dia…

    Tak sedar diri la tu.Tak pun kononnya tak nak berputus asa la katakannn…. podah cit!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: