Duit, UMNO dan BN

Ketiga-tiganya memang tak dapat dipisahkan. Dimana ada AMNO dan Be End, maka disitulah “lubuk” duit bagi mereka yang mata duitan. Inilah yang tak dapat diberi oleh PAS, KeADILan atau DAP. Dan inilah salah satu senjata AMNO dan Be End untuk menang pilihanraya. Janji demi janji yang ditaburkan oleh mereka kepada seluruh rakyat Malaysia. Dari jawatan Imam dapat elaun RM 1,000 hinggalah janji kepada Mahasiswa dengan elaun RM 1,000 – 2,000. Sungguh banyak, dan sungguh lumayan.

Tapi yang bermain dalam fikiran aku, adakah AMNO dan Be End dapat menunaikan janji-janji mereka ini? Bayangkan jika setiap Mahasiswa diberi RM 1,000 – 2,000, mana AMNO dan Be End dapat duit? Sedangkan ramai lagi rakyat Malaysia yang lebih memerlukan. Ramai lagi yang papa kedana. Kenapa tidak perjuangkan sahaja gaji minimum RM 1,500 kepada yang bekerja sekarang kerana merekalah yang lebih memerlukan daripada Mahasiswa kerana Mahasiswa ini nanti juga akan bekerja. Memadailah dengan apa yang ada sekarang kerana nanti mereka (mahasiswa) terlebih selesa dan akhirnya bila mereka tamat belajar menjadi penganggur. Kenapa tidak? Mereka sudah hidup selesa di kampus, dan tiba-tiba perlu bekerja keras untuk meneruskan keselesaan mereka. Tidak perlu lagi merasa susah. Maaf kepada Mahasiswa. Kerana aku pun Mahasiswa.

Berbeza dengan PAS, Keadilan dan DAP (Be A). Mereka memperjuangkan nasib rakyat, bagi PAS, Islam itu diutamakan. Walaupun aku tak tinggi ilmu agama, tapi aku tahu yang mana baik dan buruk, halal dan haram, salah dan benar kerana aku salah seorang “produk” keluaran Sekolah Agama Kerajaan Negeri yang dahulunya sekolah jenis ini dikaitkan dengan militan dan hampir-hampir ditutup dek kerana bantuan perkapita dihentikan oleh pihak kerajaan masa tersebut. Mungkin pihak kerajaan masa tu takut dengan orang seperti aku yang “nampak” apa yang benar dan salah yang dibuat oleh mereka.

Apa yang diinginkan oleh PAS hanyalah Islam. Tuan Guru Nik Aziz juga berkata “PAS sebagai pembangkang adalah sebagai penegur dan penasihat kepada pemerintah. Seandainya kerajaan pemerintah menukar Perlembagaan Negara dengan meletakkan Islam sebagai wadah perjuangan dan Perlembagaan Negara, PAS tidak akan menentang. Sebaliknya PAS akan bekerjasama dan bersatu dengan pemerintah demi kedaulatan dan keutuhan negara“. Itulah yang diperjuangkan oleh PAS. Bukan pembangunan bangunan, komplek membeli belah, bangunan tertinggi, bangunan terbesar, yang terluas, yang tercantik yang diutamakan, tetapi pembangunan aqidah yang akan membawa kepada kesejahteraan.

Kenapa perlu melawan untuk membangunkan negara kerana Islam yang hakiki (bukan Islam ceduk – Islam Hadhari), sedangkan Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad yang tidak Islam pun tidak melawan Nabi Muhammad, inikan pula rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Kenapa? Mungkin kerana bila sokong Islam, artis tidak boleh menyanyi, tak boleh pakai baju dedah-dedah, tiada judi dan arak…. mungkin ini yang AMNO dan Be End beri dan sebab itulah yang pengundi mereka suka. Sukakan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah…

Jauhkanlah aku dari perkara-perkara macam ni…. Nauzubillah

Posted on Mac 4, 2008, in Isu Semasa, Kempen Pilihanraya, Otak de Lutut, Politik, Tazkirah. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Elaun yang tidak adil!!.

    Lepasan Ijazah = RM500+
    Pelajar lepasan ijazah mempunyai peluang jawatan & gaji yang tinggi. Walaupun mereka tidak mendapat perkerjaan, mereka dan keluarga mereka masih boleh berbangga dengan ijazah yang dimiliki. Boleh berbangga-bangga terhadap rakan dan saudara. Mereka juga boleh membayar hutang pelajaran dengan elaun ini.

    Lepasan Diploma = RM300+
    Pelajar lepasan diploma mempunyai peluang jawatan & gaji yang sederhana. Walaupun mereka tidak mendapat perkerjaan, mereka dan keluarga mereka masih boleh berbangga dengan diploma yang dimiliki. Boleh berbangga-bangga terhadap rakan dan saudara. Mereka juga boleh membayar hutang pelajaran dengan elaun ini.

    Lepasan SKM = RM0
    Pelajar lepasan sijil kemahiran atau MLVK tahap 2-3 mempunyai peluang jawatan & gaji yang agak rendah. Walau mereka tidak mendapat perkerjaan, mereka dan keluarga mereka masih TIDAK dapat berbangga dengan sijil yang dimiliki. Mereka TIDAK dapat berbangga-bangga terhadap rakan dan saudara. Yang perit mereka tersepit untuk membayar hutang pelajaran SETIAP bulan.

    Diharap pelajar lepasan sijil kemahiran atau MLVK tahap 3 diberi RM100. Kan adil…

    Jangan lah yang sudah tinggi dijulang lagi, yang rendah dipijak pula.yang kaya semakin kaya, yang miskin makin dihimpit..

    Hehehehehe… baru sedar ke?… huhuhuhuhu

  2. Kebodohan atau penindasan?

    Sijil Kemahiran Malaysia (IKBN) = Dapat Elaun bulanan {agak lambat} semasa belajar. Lepas tamat belajar tidak perlu bayar hutang.

    Sijil Kemahiran Malaysia (ILP) = Dapat Elaun bulanan semasa belajar. Lepas tamat belajar tidak perlu bayar hutang.

    Sijil Kemahiran Malaysia (Lain-lain tempat) = Dapat Elaun bulanan semasa belajar. Lepas tamat belajar tidak perlu bayar hutang.

    Sijil Kemahiran Malaysia (MLVK)= Dapat baki duit semasa belajar hasil pinjaman (tak dapat sesen pun). Lepas tamat belajar mesti kena bayar hutang+faedah@riba. penjamin bising2 tkut blacklist..

    Kenapa sijil kemahiran yang sama (dari MLVK) yang aku dapat membebankan!!!. tak padan dengan nilai nya..

    Diharap pelajar lepasan sijil kemahiran atau MLVK tahap 3 diberi RM100 atau mansuhkan hutang. Kan adil…

    Kita cakap banyak pun tak guna. Baik MLVK ke, IKBN ke, ILP ke atau mana-mana pusat latihan akan buat buat macam tu. Duit yang diturunkan oleh kerajaan entah wujud atau tidak kita tak tahu. Yang mereka tahu ialah nak untung sahaja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: