Ahli AMNO Yang Kecewa

Tak Nak Be End

Aku membelek e-mail aku petang tadi, ada satu e-mail yang dihantar oleh kenalan aku di kolej. Lama tak dengar cerita dia. Bila tengok alamat yang disertakan dalam e-mail aku, rupa-rupanya dah berjawatan besar dia ni. Alhamdulillah… Dalam e-mail tersebut dia bercerita tentang kekecewaannya dengan AMNO dan Be End. Jadi aku copy and paste untuk tatapan kita semua.

Baru-baru ini saya telah bertemu dengan seorang Melayu yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GLC. GLC adalah syarikat berkaitan kerajaan. Beliau telah memberitahu saya tentang pelbagai salah laku dalam sektornya.

Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah CEO Melayu tersebut mengatakan secara jelas kepada saya bahawa beliau tidak akan mengundi BN dalam pilihanraya umum yang akan datang. Beliau memberitahu saya sekarang kita tidak boleh lagi mengundi BN. Kita mesti menghantar pembangkang yang kuat di Parlimen.

Kemudian ada seorang Melayu yang menjadi Pengerusi syarikat lain yang banyak berurusniaga dengan kerajaan. Beliau mempunyai jawatan dalam Umno di sebuah bahagian. Beliau berkata bahawa dirinya dan seluruh kaum keluarganya tidak akan mengundi BN. Kali pertama berlaku dalam sejarah 40 tahun beliau mengundi. Ianya bagaikan duri yang menyucuk dirinya tetapi beliau telah membuat ketetapan untuk tidak mengundi Umno.

Saya telah bercakap dengan ramai ahli Umno dan di 4 buah kawasan Dun, BN akan kehilangan banyak undi dari kalangan mereka ini. Ini bukannya kes terpencil. Bahkan beribu-ribu orang ahli Umno tidak akan mengundi BN pada kali ini. Di antara mereka adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli Umno yang keahliannya bernombor 1. Malah beribu-ribu orang Melayu lagi yang bukan ahli Umno juga akan turut berbuat demikian.

Tun Dr Mahathir telahpun berkata sebelum ini bahawa kita tidak patut mengundi BN. Dr Mahathir menggunakan bahasa kiasan ataupun sarcastic. Pertamanya beliau berkata kita patut mengundi ‘calon-calon yang mempunyai kredibiliti’. Kemudiannya beliau berkata ‘kita tidak mampu mengubah Umno daripada dalam, perubahan perlu datang dari luar, jadi mengundilah dengan bijak’. Jika kita mencantumkan kedua-dua mesej ini menjadi mesej yang jelas daripada Dr Mahathir maka mesejnya ialah kita tidak patut mengundi BN.

Kita akan dapat melihat perubahan besar undi orang Melayu pada kali ini. Begitu juga kita mengharapkan agar kaum Cina, India, Siam dan lain-lain juga bersedia untuk membuat perubahan. Kaum Cina di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Selangor, Kelantan dan di negeri lain sudah berbisik secara senyap sejak awal lagi bahawa mereka tidak akan mengundi BN pada kali ini.

Akhir-akhir ini kaum India juga telah bangun dari kelalaian yang disuntik sejak sekian lama oleh BN. Demonstrasi Hindraf oleh mereka baru-baru ini adalah suatu kejutan mereka yang baru sedar bahawa BN lah yang menyebabkan kaum India menjadi kaum termundur di negara ini.

Adalah sesuatu yang penting bagi kita menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen. Walaupun dengan 51% kerusi yang dimenangi, BN akan tetap menguasai kerajaan tetapi BN tidak boleh bermengah lagi seperti sekarang untuk mengadakan dasar yang menyusahkan rakyat. Inilah apa yang kita semua mahukan. Kita mahukan check and balance. Pertamanya, jika BN hilang majoriti 2/3, ini akan mengakibatkan kejutan psikologi yang maha besar kepada BN. Ini akan membolehkan Abdullah Badawi, PM yang lemah dan sentiasa dibayangi oleh menantunya ini akan dijatuhkan dalam pemilihan Umno yang akan berlangsung selepas pilihan raya umum ini. Jika Abdullah berjaya diketepikan, maka menantunya, kroninya dan perompak khazanah negara akan turut sama dijatuhkan.

Dengan menafikan majoriti 2/3 BN, ianya akan menyebabkan calon BN (terutamanya Umno) tidak mempunyai jawatan awam. Jika mereka kalah di kerusi Parlimen atau kerusi Dun, maka mereka tidak boleh untuk dilantik sebagai Menteri, Setiausaha Parlimen, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan sebagainya. Ini bermakna saluran untuk mereka merompak wang rakyat akan ditutup. Ini boleh merubah senario politik kita. Harga petrol dan bahan api yang lain tidak akan sewenang-wenangnya dapat dinaikkan oleh BN jika rakyat berjaya menafikan majoriti 2/3 BN.

Perkara ini adalah sesuatu yang maha penting untuk direalisasikan oleh seluruh rakyat untuk kita menjamin masa depan negara yang lebih baik tanpa sebarang campur tangan negara asing. Kita tidak hanya perlukan undi protes sahaja. Sebaliknya kita mesti mengundi untuk perubahan yang drastik.! Saya tidak sabar untuk menantikan kedatangan pilihanraya umum.   
  
Aku harap cerita ini benar sebenar-benarnya demi menyelamatkan negara yang tercinta.  

cover_pru_ubah.gif

Posted on Februari 26, 2008, in Isu Semasa, Kempen Pilihanraya, Politik. Bookmark the permalink. 10 Komen.

  1. Harap-harap keputusan pilihan raya kali ni akan ada perubahan. Asyik tengok BeEnd je yg memerintah.. nak gak tengok parti lain perintah pulak. hehe.

    Dah desperet sangat dah ni nak tengok parti lain yang memerintah… bosan dah dengan Be End…. bak kata Tun Det ari tu, “Dah lama dahhhh“….huhuhu

  2. Perubahan !!! Nafikan 2/3 majoriti BN !!! Turun mengundi ya !!!

    http://penamaya.wordpress.com

    Turun mengundi itu sudah pastiiii….

  3. aku tak suka org2 yg angkuh itu memerintah…

    Aku pon!!! kita sama-sama tak suka depa!!!

  4. …sarcastic….

    perkataan yg sgt m’ujakan bg saye=)

    Sebenarnya aku pun jenuh belek kamus semalam nak cari maknanya…

  5. hehe. tak lama dah tu. be end la tu nanti. kui3.

    hehehehe…. insya allahhh… mari kita berdoa sama-sama… aminnn

  6. bila dengar kata2 dolah ngan najib dlm tv mcm terdesak sgt la diaorg… asyik2 persoalkan manifesto PAS/BA. memang kita akui pembangkang ada kekurangan tp yg penting kuasa melampau BN akan be end bila pembangkang kuat kat parlimen/DUN. ini boleh menghalang org mcm najib dan dolah tu dr terus menyalahguna kuasa.

    Itulah tugas pembangkang. Menegur kerajaan. Tapi Be End pantang ditegur, terus melatah. Menifesto adalah Visi dan Misi sesuatu parti. Jika itu yang mereka janjikan, apa salahnya kita sokong. Jika mereka tak lakukan dengan betul, kita ada kuasa untuk mengubahnya….

  7. Benarlah, kami sebagai rakyat, memerlukan kerajaan yg seimbang. Kerajaan yg telus. a Balance government with an effective watchdog!

    Emel tu mmg semacam memberi harapan. Tapi…… jgn lupa hantu2 dan jerangkong2 di luar sana yg x sabar2 nak mengundi. Haaha…. Kalau btol kita dpt a balance gomen PRU kali ni, papaB nak standby cemati. Nak ku besit je BN ke Pembangkang yg tido!!

    p/s : En Kipp, thanks for dropping by papaB’s blog. Nah word of the days satu lagi. ~cynical~ belek jgn x belek!!

    Haaa… itu memang aku sokong. Kalo aku pulak macam nak rejam aje Adun atau Ahli Parlimen yang tido tu…. pasal word tu nanti aku carik maksudnya… thanks!

  8. “…aku bukan ahli mana2 parti…tapi tak patut…be End dah melampau……”

    Tu yang aku hangin satu badan tuuu

  9. aku memang x suka be end!
    pemerintah yg xtrima hukum Islam(hudud)
    Cepat pakat tukar!
    Takbir!!Allah Huakbar!!

    http://akupunyehal.wordpress.com

    Allah Huakbar!!!!

  1. Pingback: Logo-logo menarik PRU12 « NikShikin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: