Bila Khatib Berkempen

Sebak mendengar kisah Khalifah Saidina Umar al-Khattab r.a..  Khatib membaca khutbah Jumaat sambil berlinangan air mata mengenangkan kisah seorang ibu yang terpaksa merebus batu yang kononnya untuk dibuat makan bagi anak-anaknya. Khalifah Umar al-Khattab yang pergi ke rumah perempuan tersebut amat terharu dengan aduannya bahawa Khalifah Umar bukan pemimpin yang amanah. Kata perempuan itu lagi bahawa Khalifah Umar bukan pemimpin yang bagus kerana membiarkan rakyatnya menderita sehingga terpaksa merebus batu untuk menenangkan anak-anaknya bahawa dia sedang memasak sesuatu untuk dimakan, akan tetapi rebusan itu hanyalah helah untuk si ibu menyuruh si anak tidur.

Perempuan tersebut tidak mengenali bahawa orang dia mengadu tersebut adalah Khalifah Umar al-Khattab itu sendiri, akan tetapi Umar hanya senyap dan terus mendengar apa yang perempuan tersebut katakan. Sehingga selesai, Umar terus ke Baitulmal dan mengambil beberapa guni gandum dan terus dibawa ke rumah perempuan tersebut. Umar tidak berhenti di situ sahaja, beliau mengambil gandum tersebut dan membuat makanan dan seterusnya menyediakan makanan tersebut kepada perempuan dan anak-anaknya. 

Umar menunggu sehingga selesai tugasnya dan beredar dari rumah perempuan tersebut. Sebelum beredar, perempuan itu berkata bahawa Khalifah Umar tidak pernah membuat perkara sebegini kepadanya. Hingga saat itupun perempuan itu tidak mengetahui bahawa itulah Khalifah Umar al-Khattab. Tetapi Umar hanya mendiamkan diri dan terus beredar dari situ. Apa yang dipelajari oleh Umar bahawa menjadi pemimpin adalah satu tanggungjawab yang teramat BESAR. Bukan boleh dimainkan-mainkan kerana ia adalah amanah dari rakyat dan ianya diizinkan oleh Allah S.W.T untuk menjaga kebajikan dan keharmonian hamba-hambaNya.

Apa yang dilakukan oleh Saidina Umar al-Khattab bukanlah untuk menarik undi atau berkempen untuknya, kerana zaman tersebut tidak wujud SPR atau peti undi. Apa yang wujud adalah seruan Ilahi dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Setiap yang dilakukan olehnya akan dihitung di akhirat kelak. Hanya orang yang PERCAYAKAN akhirat sahaja yang sanggup membuat seperti apa yang dibuat oleh Saidina Umar. Tiada publisiti apatah lagi pancing undi, akan tetapi hanyalah AMANAH kepada rakyat sebagai satu TANGGUNGJAWAB yang perlu dipenuhi.

Khatib bukanlah berkempen untuk PAS, UMNO atau KeADILan, apatah lagi untuk MCA, MIC atau DAP. Akan tetapi Khatib memberi peringatan kepada calon-calon Pilihanraya Umum ke-12 ini ingat tentang AMANAH yang diamanahkan oleh Allah ini bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Ingat janji Allah ini adalah janji yang wajib dipatuhi, bukan sekadar janji untuk menarik undi semata-mata. Jadikan kisah Saidina Umar al-Khattab sebagai pedoman untuk membela rakyat, bukan menyusahkan rakyat dengan beban-beban disebabkan duit rakyat habis digunakan bukan untuk rakyat, tetapi digunakan untuk NAMA dan KEMASYHURAN yang akhirnya membebankan rakyat.

Bekerjalah untuk Rakyat, bukan Kerjakan Rakyat…

Posted on Februari 22, 2008, in Isu Semasa, Kempen Pilihanraya, Politik, Tazkirah. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Dulu masa kecik2.. Dalam 1999, masa tu nak mengundi gak.. Masa khutbah Jumaat, aku ada skali dgr khatib campur adukkan khutbah dengan hal2 politik.. Hal2 agama ada skit jer..

    Ish, ape la nak jadi ni..

    hmmmm….

  2. Opss.. aritu baca je,lupa nk komen lak!

    Pemimpin duk berjanji macam-macam tu, tapi ada yg tak ditunaikan pn. Tak takut ke kena soal akhirat nnt? Yelaa.. janji tapi tak ditepati. Kadang2 terfikir gak, diorang ni tak ingat Tuhan ke? rasuah sana sini.. hmm..

    Dorang tak nampak Neraka… asyik nampak duit aje… tu yang jadi cam tu…

  3. Itu baru khatib berkempen..

    bagaimana manusia yang digelar ustaz dan ulama yang berkempen??

    camne ek?? takkan double standard kot..

    Hehehe… Dalam Islam, Politik tu separuh dari Agama. Tak boleh letak politik separuh, agama separuh. Nanti ade yang songlap duit rakyat macam yang kita dengar selalu tuuu…

  4. Politik itu memang ada dalam Islam. Tetapi politik yang bagaimana? Adakah demokrasi itu politik Islam?.

    hmm agak2nya.. Imam Mahdi khalifah akhir zaman yang Allah janjikan tu, akan melalui proses demokrasi jugak ke?..

    hmm..

    Hmmmm… betul gak kan?… renung-renungkannn

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: