Mari Kita Berkempen!!! – 4

Tergelak sakan bila aku mendengar apa yang si Najib cakap pada rakyat, dan dalam masa yang sama aku rasa kesian dengan orang kampung yang bertepuk tangan dengan apa yang Najib cakap. Bukan aku nak menghina orang kampung, sebab aku juga berasal dari kampung, tapi Najib lebih teruk menghina mereka. Macam-macam Najib cakap. Bagi aku, lebih baik dia cakap dengan lembu atau kambing, tak pun dengan cermin (sambil tengok wajah dia sendiri). Bawah ini adalah beberapa ayat yang tak berapa bijak si Najib dan juga rakan-rakannya untuk berkempen.

Ayat BN:
“Kita perlu sokong BN sebagai pemerintah kerana hanya BN sahaja yang dapat memulihkan masalah sosial dan juga masalah ekonomi negara ini”
Ayat aku:
“Pooorah cit!, dey tambi, dah 51 tahun kau memerintah, masalah sosial makin parah, masalah ekonomi pulak makin susah. Mau temberang lagi apa?…”

Ayat BN:
“Jika kami dapat Kelantan, kami akan tukarkan Tahun Melawat Kelantan 2008 kepada Tahun Merawat Kelantan 2008. Ini kerana Kelantan mengalami masalah sosial dan insfratruktur yang teruk”
Ayat aku:
“Wakakakaka… nak merawat Kelantan, rawat dulu masalah lain. Tangkap dulu si penjahat yang mencabul Nurin hingga mati dan Sharlinie yang tak jumpa sampai sekarang. Setakat nak rawat sosial, Kelantan dah buat dulu. Kalau pasal insfraktruktur pulak, daratkan minyak yang jumpa di persisiran pantai Kelantan. Tahulah dorang (PAS) nak buat apa pasal insfratruktur”.

Ayat BN:
“Kenapa perlu sokong Pembangkang?, apa yang mereka boleh beri?, sehingga kini apa kemajuan yang pembangkang telah buat. Bukan macam BN, kita buat bermacam-macam pembangunan, maju dan berdaya saing!!!”.
Ayat aku:
“Kenapa la bengap sangat BN oi!, siapa kata tak bagi apa-apa?. Pembangkang beri kesedaran kepada rakyat bahawa BN ni perosak negara, pelahap duit rakyat. Memang la pembangkag tak bagi apa-apa pada rakyat sebab mereka tak pegang kerajaan. Korang yang pegang kerajaan boleh la buat macam-macam sebab guna duit cukai kitorang. Cuba try pangkah pembangkang. Kita tengok apa yang mereka akan buat lepas ni. Bak kata perpatah – tak kenal maka tak cinta!”

Setakat ni sahaja ayat-ayat BN yang membodohkan rakyat yang sempat aku ingat. Lepas ni kalau ada lagi, aku akan muatkan kedalam episod Mari Kita Berkempen!!! yang lain.

Posted on Februari 19, 2008, in Isu Semasa, Kempen Pilihanraya, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: