Mari Kita Berkempen!!! – 2

Maka benarlah tafsiran yang dinyatakan oleh Ustaz Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Perak) dalam entry saya sebelum ini. Hari pengundian telahpun ditetapkan pada 8 Mac 2008 oleh pihak SPR. Hari yang menganggu keluarga aku sebab seorang lagi adik aku akan bernikah pada hari tersebut. Keputusan untuk menundakan tarikh tersebut masih lagi dalam perbincangan pihak bakal pengantin perempuan. Harap-harap semua berjalan dengan lancar.

Untuk hari ini aku ingin menghuraikan beberapa perkara dalam politik tanah air yang akan dikaji dan dikritik dan dikantoikan oleh tulisan aku. Untuk yang pertama kali, kita akan menghuraikan UMNO dengan 3K.

Satu Kajian
1. UMNO dah memerintah Malaysia sejak Merdeka, iaitu sejak 51 tahun yang lepas, oleh itu
2. Perdana Menteri Malaysia juga terdiri dari ahli UMNO, dan sudah tentu,
3. Mereka akan mentadbir Kerajaan Malaysia, dikongsi pula dalam
4. Satu parti komponen yang dipanggil Barisan Nasional (BN), maka
5. Mereka inilah yang mentadbir pemerintahan Malaysia, dan terjadilah
6. Kepercayaan BN ialah Kerajaan Malaysia, dan Kerajaan Malaysia ialah BN. Mereka bagitau orang kampung
7. BN yang bagi air, elektrik, jalanraya kepada mereka

Satu Kritikan
1. Banyak lagi kemajuan yang dibawa oleh BN dari segi insfratruktur, tetapi
2. BN gagal untuk membawa kemajuan kepada “mind set” dan aqidah rakyat Malaysia, yang
3. Menjadikan “mind set” rakyat Malaysia ditahap kedua dan aqidah entah kemana, kerana
4. Terlalu disogok dengan kemajuan meterialistik, kemasyhuran yang BN cipta
5. Untuk “cover” balik wang yang dah dihabiskan untuk kemasyhuran itu, maka
6. Minyak pun dinaikkan harga untuk kurangkan subsidi kerajaan, disebabkan itu
7. Harga barang dipasaran juga meningkat naik.
8. Keupayaan kuasa membeli para pengguna menurun, dan ianya menyebabkan
9. Ekonomi Malaysia tidak menentu,
10. Yang kaya terus kaya, dan yang miskin terus merana.

Yang Terkantoi
1. Dalam Pak Lah memerintah, 3 kali minyak naik, dan
2. Kalau Pak Lah memerintah lagi, kemungkinan kali ini minyak akan naik lagi 3 kali,
3. Dan selama itu juga jenayah di Malaysia meningkat, kerana
4. Rakyat tak cukup duit nak sara hidup, maka mencuri jalan terbaik bagi mereka,
5. Tak puas dengan itu, Nurin dan Sharlinie pun jadi mangsa keadaan, kerana
6. Tumpuan kepada aqidah dan tatasusila adat kepercayaan tidak ditekankan.
7. Itu tak masuk lagi bab Pendidikan yang makin celaru,
8. Apa yang terjadi pada Sains dan Matematik masih lagi dipersoalkan,
9. Yang jadi mangsa ialah pelajar di luar bandar, belajar dalam BM pun tak berapa faham, apatah lagi bahasa lain,
10. Siapa yang patut dipersalahkan?

Posted on Februari 15, 2008, in Isu Semasa, Kempen Pilihanraya, Politik. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Saya beri lima bintang utk blog ni! *clap ur hand* hee..

    Sesuai dgn nama kaji, kritik dan kantoi.. setiap entri dlm blog ni mmg layak diberi 5* lebih-lebih lg entri pasal AJL tu. Tahniah! =)

    p/s~mood sy sgt baik agaknya sbb asyik puji org je arini.. hee =p

    huhuhuhuhu… terharu dengan pujian…. trima kasihhh….

  2. salam ziarah selamat berkempen…………….

    kempen jangan tak kempen…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: