Anakdot Pengetua….

Tajuk entry ni memang dicilok dan diambil dari sebuah blog yang baru dibangunkan oleh seorang guru. Aku minat dengan tulisannya yang banyak menceritakan tentang dunia guru dan pendidikan di Malaysia, khasnya di daerah penulis tersebut mengajar. 30 tahun pengalaman mengajar banyak memberi pengalaman kepada beliau dan kini dicurahkan ke dalam platform dunia maya untuk tatapan semua. Salah satu entry yang menarik minat aku adalah episod Anakdot Pengetua. Antaranya boleh baca dibawah:

Episod 1: Anakdot Pengetua

Ada pengetua yang bekerja sambil dia menunjukkan cara. Ada pengetua yang bertugas dengan penuh ikhlas. Ada pengetua yang berperangai mengejar glamor, nama dan pangkat

Episod 2: Anakdot Pengetua 1

Mencari murid-murid dari kampung yang tercicir ke sekolah menengah untuk diajak bersekolah dimana beliau berjaya mendidik anak-anak ini menjadi orang yang berjaya dalam pelajarannya dan menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara masa ini

Episod 3: Anakdot Pengetua 2

Isterinya juga mengajar di sekolah yang sama. Kalau ada apa-apa yang kontravesi tentang pengetua dalam bilik guru, esoknya pasti ada reaksi dari pengetua. Cepat bertindak ikut kata bini

Episod 4: Anakdot Pengetua 3

Sikap penyayang itu menjadikan dia memang mesra dengan semua guru.  Guru-guru mudah berkira bicara dengan beliau. Masalah peribadi guru juga diberi perhatian. Hati para guru dimenangi.  Ada guru yang was-was nak sambung belajar ke universiti, dia panggil dan beri motivasi serta nasihat, akhirnya guru itu sambung belajar.  Ada guru yang ragu-ragu nak pilih pasangan hidup beliau hulurkan bantuan, maka terbinalah mahligai bahagia hingga ke hari ini. Pernah satu peristiwa sepasang suami isteri datang menyerang sekolah kerana kononnya anaknya dianiaya oleh guru, beliau menghadapi dengan tenang sehingga mereka memohon maaf kepada guru berkenaan

Banyak pengalaman dan banyak juga pengajaran. Untuk baca entry sepenuhnya boleh masuk ke blog penulis tersebut di http://alberangque.wordpress.com/ . Selamat membaca dan selamat berjasa kepada penulis.

Posted on Februari 12, 2008, in Bebas, Isu Semasa. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. menarik.

    Yaaa… memang menarik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: