AJL-22 Dan Faizal Tahir

Terhibur bila menonton AJL ke-22. Lagu dan persembahan yang menarik yang menaikkan bulu roma aku. Walau bagaimanapun, terasa kesian bila terkenangkan nasib si Faizal Tahir. Bukanlah minat sangat kat dia, tapi  lagu yang dia bawa tu memang layan. Dua lagunya masuk ke final AJL ke-22, dan disebabkan Angan dan Sedar membuka baju di khalayak ramai menunjukkan logo Supermen Untuk Kamu semua di dada dia, maka dia di Sembunyi. Semua orang mengecam tindakan beliau dan hilanglah Harapan untuk beraksi di pentas AJL. Dah la di gam, royalti kena tarik tambah dengan hukuman buat kerja kebajikan… aduhhh. Pedih dan letih bila dikenangkan. Maka hilang Maha Karya Cinta dan Kasih Tercipta kerana dek terlebih aksi (over acting) dia atas pentas. Habis disambar Fiq dan Bob. Kesiaannn… nak buat camne, bukan rezeki dia.

Ada juga terfikir tentang si Faizal Tahir ni, sebelum jadi naib juara OIAM dulu tu, memang dia ni orang dah kenal dalam dunia nasyid tempatan. Dan bila dia masuk realiti tv tu, macam tak percaya. Kenapa dia nak beralih arah? Mahu kejar apa? Populariti ataupun memenuhi kepuasan diri? Apa Destinasi Cinta beliau dalam dunia hiburan ini?. Dan akhirnya disebabkan sikap agak keterlaluan tu menyebabkan dia entah ke mana, yang nak kejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Maka hilanglah coretan Ceritera Cinta dia dalam dunia yang dia pilih sendiri.  

Dalam AJL ke-22, lagu dia si Fiq dan Bob nyanyi, dan langsung tak ada sebut pun pasal dia atau nama dia. Wah! memang gam habis… pantang nenek moyang!!!. Mungkin ada hikmahnya disebalik kejadian tu. Mungkin juga ia satu peringatan daripada dia dihanyut Samudera dalam dunia populariti. Dan diluar sana mungkin ada Farhana dan juga Balkis yang kecewa dengan ketiadaan Faizal Tahir di AJL ke-22. Dah takdir kata begitu, maka begitulah adanya.

Kata orang atasan dunia hiburan, “Bukan Janjiku untuk dia berada di pentas AJL yang akan datang. Kalau Dirgahayu (panjang umur) Faizal Tahir, mungkin ada la rezeki dia selepas ini“. Dan lagu yang paling sesuai untuk aku pilih untuk ditujukan khas kepada peminat Faizal Tahir – Izinkan Ku Pergi…..

p/s: Kalau setakat lelaki tunjuk dada tu tak hal la sangat, bukan aurat pun. Lagipun dada si Faizal tu bukannya seksi sampai nak kena tindakan macam tu. Yang patut kena gam tu ialah artis wanita yang remaja, muda dan tua yang patut bergelar nenek yang tayang “lurah dendam” kat orang ramai. Tu tak masuk lagi artis tangkap gambar bogel sendiri. Itu yang sepatutnya kena ambil tindakan!. Barulah adil.

Posted on Januari 28, 2008, in Artis, Bebas, Hiburan, Isu Semasa, Otak de Lutut. Bookmark the permalink. 12 Komen.

  1. weh, banyak bold la. hahaha.

    Haaa… kasi orang nampak jelas…. hehehehehe

  2. sian ek si faizal. minat gak ngan lagu2 dia..kalau dia tak kena gam dan nyanyi sendiri, kut2 boleh menang mengalahkan si Rich tu..

    Bob dan Fiq nanyi takde feel sebaik dia…

    Hmmmm… tu la pasal. Dari ada peluang jadi hilang peluang. Apa nak buat, nasib badannnnn…..

  3. Pandai karang entri! Tahniah3.. heee..

    Letih gak oooo nak pikir…. tima kasih….

  4. faizal ada atau tidak tak beri apa-apa makna kot. Jika ada pun. peluang dapatkan vokal terbaik je la, kerana yang dipertandingkan ialah lagu. tak kira lah sape penyanyinya, jika lagu tak memenuhi kriteria, maka tak menang la.

    badan faizal tak digemari pemerhati. itu sebab kena gam. badan artis pompuan lain memberi sesuatu pada ‘pemerhati’….sebab tu la masih bebas berbogel di mana-mana. ha ha ha.

    Patut la dia kena gam… badan tak ada “sesuatu” untuk pemerhati…. kui, kui, kui

  5. tu la..org tetua kata, sesal dulu pendapatan.. tp x pe ah. mana yg buruk tu jadikan la sempadan. mudah2an dpt pengajaran. yg penting semoga rasa insaf tu akan berkekalan..heheh :D

    That right bro…

  6. Fikir dulu sebelum bertindak.. Yang penting Kaf. Ba. Ro. Kaf. Alif. Ta. Nun.. Keberkatan..

    Hikmah selepas kena gam…. Cari Keberkatan Allah…

  7. menjadi pengajaran buat faizal dan semua……..ada hikmah di sebaliknya..senang2 p balik dengan mirwana…

    Ha’ah… sian Mirwana… mesti dorang pun malu nak ngaku Faizal geng dorang….

  8. setuju ngan bayan….masyarakat kita tak beberapa pandai timbang benda…yang buka baju tunjuk badan kering tak 6 pax langsung tu bleh kene gam walhal kalau nak ikut kewajaran…tak cukup gam nak gam artis2 kat m’sia…..

    ade bakat takde attitude buat happe…sakit hati je tgk…huhhuhuhuh

    Buat malu orang kampung aje…huhuhuhuhu

  9. Maybe itu peringatan Allah pada dia supaya tak terus hanyut dek glemer kot… And si Fiq tu mmg la kurang feel dengan lagu tu sebab bukan lagu dia, dia prepare pun dalam berapa hari jer kot. Ntah tak arif sangat pasal dunia hiburan ni hehehe

    Tapi kalo dia buat aksi “slide” macam si Faizal tu mungkin boleh datang feel kot…hehehehe

  10. haha..i like dat writting…biar die dpt pngajaran ckit…ermm..~

    Tenkiuuuu…

  11. Walaupun faizal di ban dan dimalukan, peminat tetap menyokong beliau kerana kualiti suara yang beliau miliki. Harap2 faizal akan lebih berhati2 lagi lepas ni sebab sayanglah kalau ada bakat tapi tak boleh digunakan…

    Anyway, tunjuk pusat tu dah dikira buka aurat dah tu…hmm…

    Faizal pun dah mula buat kerja amal sebagai denda yang patut dibayar…

  12. banyak2 bersabor faizal,maybe ini dugaan………………so kamu belajar dari kesilapan……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: