Hedonisme: Salah Siapa?

HEDONISME… dalam Kamus Dewan: Pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan. Tapi senang nak paham iaitu BUDAYA BERHIBUR YANG KETERLALUAN. Tidak dinafikan bahawasanya hidup ni memang memerlukan hiburan dan hiburan adalah fitrah manusia yang memerlukan sesuatu yang membuat kita senyum dan tenang, sehinggakan bila mendodoi anak kecil juga kita berlagu supaya anak kecil tersebut menjadi tenang tidak merengek bila hendak ditidurkan.

Akan tetapi, masyarakat di Malaysia ni dah jadi lain. Budaya hiburan dah melampau-lampau, bahkan semua media massa di sini balik-balik menceritakan hiburan dan budaya Malaysia melawat sanak saudara dikala Aidilfitri pun semakin muram dek gara-gara banyak sangat rancangan berbentuk hiburan yang ditayangkan di tv. Dari TV 1 hingga TV 9, semua ada rancangan hiburan yang melalaikan, tu tak masuk Astro lagi tu.

Hingga sekarang ni, berlambak hiburan baik dalam tv, radio atau luar dari itu boleh kita lihat. Sampaikan ada yang tak kenal tokoh-tokoh dalam dan luar negeri, itu tak tanya siapa dia Muhammad bin Abdullah, Abu Bakar, Dr. Yusof al-Qardhawi dan nama-nama lain kerana mengingatkan nama-nama artis-artis yang sekarang ni berlambak-lambak. Salah siapa?….. ibubapa? Kerajaan? Rakan sebaya? Persekitaran?…. Tapi yang paling penting adalah DIRI SENDIRI yang boleh berfikir yang mana baik dan sebaliknya.

 

Posted on Januari 21, 2008, in Bebas, Isu Semasa, Otak de Lutut. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: