Kehebatan Laungan Azan

Telah terbukti dengan jelasnya kepada seluruh umat Islam bahawa “azan” adalah suatu yang hebat yang kita tidak sangka. Azan adalah panggilan yang biasa kita dengar dari kecil hingga dewasa dan inilah panggilan yang amat penting dalam hidup seorang Muslim. Panggilan azan membawa maksud telah masuk waktu untuk menunaikan Solat Fardhu lima waktu sehari semalam. Walaupun ia biasa kita dengari, tapi adakah kita sedar akan kehebatan laungan azan ini… mari kita kaji.

Cuba kita kaji tentang peta dunia dan kita akan jumpa Indonesia. Kebanyakan bandar besar Indonesia adalah Jawa, Sumatera, Borneo dan Saibil. Bila pagi berlabuh di timur Saibil, lebih kurang 5.30 waktu tempatan, azan Subuh berkumandang. Beribu-ribu Muazzin (orang yang melaungkan azan) di Indonesia mula mengumandangkan azan. Proses ini umpama bersahutan sehingga barat Indonesia. Setengah jam selepas tamatnya azan di Saibil, ia bermula pula di Jakarta dan seterusnya Sumatera. Sebelum tamatnya azan di Indonesia, azan di Malaysia telah bermula dan terus ke bahagian Myanmar. Dalam masa satu jam dari Jakarta, azan di Dakka ibu negara Bangladesh pun bermula. Selepas Bangladesh, ia telah pun sampai di bahagian barat India. Dari Kalkutta ke Srinagar dan terus ke Bombay dan seluruh India bergema azan yang indah.

Srinagar dan Sialkot (bandar utara Pakistan) mempunyai masa yang sama bagi seruah azan. Perbezaan masa diantara Sialkot, Quetta dan Karachi lebih kurang 40 minit sahaja, dan dalam masa ini azan Subuh terus berkumandang di seluruh Pakistan. Sebelum ia tamat, ia telah pun bermula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan masa diantara Muscat dan Bahdad ialah satu jam. Dalam masa satu jam ini azan didengar terus di Mekkah al-Mukarramah dan di Madinah al-Munawwarah, Yaman, Emirate Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan Iraq. Perbezaan masa diantara Baghdad dan Alexanderia di Mesir juga satu jam. Azan terus berkumandang di Syria, Mesir, Somalia dan Sudan dalam masa satu jam ini.

Perbezaan masa antara timur dan barat Turki hanya setengah jam, dan Alexanderia dan Tripoli (ibu negara Libya) hanya satu jam beza masanya. Proses mengumandang azan berterusan ke seluruh Afrika. Panggilan Tauhid dan Risalat ini telah pun bermula di Indonesia sehingga Pantai Timur Laut Atlantik.

Seterusnya panggilan azan untuk Solat Zohor telah pun bermula di timur Indonesia. Sebelum ia sampai ke Dakka, panggilan azan untuk Solat Asar pun mula berkumandang. Setengah jam selepas itu, ia sampai ke Jakarta, panggilan azan untuk Solat Maghrib pun bermula dan bila azan Maghrib tiba di Sumatera, azan untuk Solat Isya’ berkumandang di Saibil. Apabila Muazzin di Indonesia melaungkan azan untuk Solat Subuh, Muazzin di Afrika pula mengumandangkan azan untuk Solat Isya’. Ini bermakna tidak ada satu waktu pun terkecuali dari azan berkumadang di bumi ini… Subhanallah… Maha Suci Allah… Engkau Maha Mengetahui…

Sewaktu anda membaca artikel ini, sudah pasti ada seruan azan di mana-mana bahagian bumi ini. Sebarkan dan ambillah iktibar akan kekuasaan Allah…..

Posted on Disember 14, 2007, in Islam, Tazkirah. Bookmark the permalink. 5 Komen.

  1. selamat hariraya qurban..
    hati2 djlnraya..

  2. khairulnizambakeri

    Allahu Akbar!

  3. allahuakbar , ingatlah kita kepada allah , pencipta seluruh alam yang maha pemurah ,pengasih , berkuasa . bertasbih memuji kebesaran nya

  4. Subhanallah..!?

  5. subhanallah alhamdulillah…….

    KIPP: Marilah kita dirikan solat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: