Kemandulan Otak

Aku pinjam ayat ahli parlimen semalam yang kata DBP mengalami “Kemandulan Minda“. Tak banyak sangat aku tahu apa yang diperkatakan oleh ahli parlimen tersebut. Tapi yang jelas pada aku beliau mengutuk keras kerja-kerja yang dilakukan oleh DBP untuk memperkayakan Bahasa Melayu. Dengan menyatakan DBP tidak kreatif dan tidak berusaha untuk mengkaji perkataan-perkataan baru. Sebagai contoh katanya, perkataan KONSULTASI diambil dari perkataan Inggeris iaitu CONSULTATION. Pada aku pihak yang mengata juga mengalami kemandulan pemikiran… sama-sama mandul.

Mungkin anda masih ingat masa perbentangan belanjawan tahunan oleh kerajaan. Masa tu pihak kerajaan menggunakan perkataan BAJET bagi menggantikan BELANJAWAN. Kenapa beliau tak bising-bising masa tu?  Bukan ke BAJET tu dari perkataan Inggeris iaitu BUDGET? Kenapa tak gunakan terus perkataan BELANJAWAN sedangkan masa tu DBP belum lagi mewartakan perkataan BAJET sebagai salah satu perkataan Bahasa Melayu dalam Kamus Dewan. Kini si ahli parlimen tergedik-gedik mengaku kononnya dialah yang memartabatkan Bahasa dan Bangsa. Salahkan pihak lain kerana tak buat kerja. Kononnya dialah yang buat kerja, tapi bila Bahasa Melayu di letakkan kelas kedua untuk matapelajaran Sains dan Matematik, masing-masing diam. Bagusssss katanya.

Lain pula di Pahang, “Kemandulan Minda” a.k.a “Kemandulan Otak” MB Pahang jelas terpapar bila bangga menjadi juara pembida nombor plat CCC 9 dengan bidaan RM 48, 000. Langsung tak boleh berfikir tentang masalah rakyat, tapi bergembira dengan duit rakyat dan terus membazir. RM 48k boleh buat mengubah nasib si fakir miskin yang minum air lombong di Gambang, Pahang (sila klik di sini untuk cerita MB Pahang yang otaknya di lutut). Mana letaknya otak yang Allah bagi untuk berfikir?. Menangis mata dan hati melihat kemiskinan rakyat bangsa aku sendiri bila pemimpin dari bangsa aku juga yang lupa daratan dan lupa diri. Label yang patut mereka guna di dahi adalah “AKU PEMIMPIN BODOH”…. 

Posted on November 28, 2007, in Bahasa, Isu Semasa, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Hehehe.. betul gak. Pandai2 jer komen “Kemandulan Minda”, sedangkan bahasa Inggeris itu sendiri banyak menggunakan bahasa2 lain sebagai teras nya. Mungkin dia memandang bahasa yang diucapkan tu ada iras-iras bahasa Inggeris, jadi nak dimelayukan bahasa tu jer…

    Dorang tu boleh bercakap aje, tapi ntah apa yang dorang cakap pun dorang tak tahu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: