Aspirasi Yang Tidak Mengaspirasi

Aku berkenalan dengan seorang pelajar universiti tempatan. Pelajar yang namanya agak gah di persada politik kampus di universitinya. Bukan senang nak berkenalan dengan beliau. Al-maklumlah orang kenamaan, takkanlah nak bersembang dengan budak jalanan ni, lagi-lagi dah dicop dengan suka membangkang. Tapi aku beranikan diri juga untuk bertegur sapa dengan pelajar tersebut.

Aku: Kenapa awak pilih Aspirasi?
YB Aspirasi: Sebab Aspirasi…..

Aku terkedu tak faham.

Aku tanya lagi: Kat U tu ada parti pembangkang kan?, kenapa tak pilih pembangkang?
YB Aspirasi: Oooo parti Islam Penyelamat Ummah. Bukan tak nak pilih, tapi tak semestinya Islam yang boleh menyelamatkan kita.

Aku masih tak faham. 

Aku tanya lagi: Menyelamatkan dari segi apa?
YB Aspirasi: Ye laaa… tak semestinya Islam bole selamatkan kita. India dan Cina pun boleh selamatkan kita apa.

Aku: [Boleh jatuh aqidah budak ni] Awak tak yakin dengan Islam ke?
YB Aspirasi: Yakin

Aku: So, apa yang awak nak sapa selamatkan awak selain Islam?, katakanlah awak mati nanti, awak nak orang Cina dan India yang bukan Islam tanam dan baca talkin kat awak?
YB Aspirasi: [Senyap membisu]

Aku masih lagi terkejut dengan pemahaman beliau tentang Islam. Tak sangka pelajar yang belajar di universiti dan bakal menjadi pemimpin masyarakat tak faham tentang Islam yang dianutinya. Tak berfikiran. Adakah ini kejayaan Aspirasi dan kerajaan membentuk manusia. Membentuk agar rakyatnya memandang Islam sama dengan agama lain [idea Liberalism]. Memang begitulah agaknya hasrat kerajaan untuk melahirkan manusia yang tak tahu apa-apa, senang untuk ditipu dan diperbodohkan. Pesan aku padanya, bertaubatlah cepat-cepat sebelum hati menjadi gelap.

Posted on November 15, 2007, in Isu Semasa, Politik, Tazkirah. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. generasi hari ini, tidak kira yang muda atau tua, malah pemimpin juga tidak terkecuali, sering terseleweng akidah akibat fahaman liberalisme dan pluralisme yang dicanang oleh musuh islam.

    masyarakat islam sendiri sudah muak dan mempertikai banyak perkara yang terkandung dalam al-quran. katanya islam harus mengikut acuan semasa (madani dan hadhari tak salah dari segi istilah. yang salah cuma pelaksanaannya oleh tangan pemimpin yg tak faham konsep sebenar].

    islam harus ikut acuan semasa? abaikan apa yang terkandung dalam al-quran? BODOH!

  2. maaf, tertinggal…sesetengah masyarakat Islam sahaja begitu. Sebenarnya ramai lagi yang celik dan sedar tentang kewujudan anasir negatif dari musuh islam. Cuma cara mereka bertindak terlalu BERSIH sehingga tak nampak kesannya.

    Betul. Bukan takut, tapi malas nak layan karenah kerajaan yang sekarang ntah apa-apa.

  3. mungkinkah anda sudah mempunyai 1 pikulan tanggungjawab untuk memberikan kefahaman kepada dia? ataupun bawa dia berbincang dengan lebih lanjut agar dia faham akan agama yang dianutinya itu… be positif. kena ada pro and kontra dengan apa yang dia cakap coz u mungkin tak faham apa yang dimaksudkannya. sama2 blur. takde jawapan yang terperinci. erkk…

    Bukan tak faham. Saya faham, cuma nak menceritakan situasi waktu tu agak terkejut dengan jawapan yang dia bagi. Bagi saya dia seorang yang “hebat” dan terpilih. Bukan senang nak jadi ahli politik kampus, IPTA pulak tu. Dengan jawapan macam tu, sapa saja boleh salah faham. Dengan cara memberi soalan “cepu cemas”, mungkin dia boleh berfikir. Dia orang Islam dan saya pun orang Islam dan kami faham perkara asas Islam. Dengan memberi sedikit pemberian “hikmah” padanya, dia akan faham. Ini berbeza bila bercakap pada orang yang bukan Islam tentang Islam. Ada caranya sendiri. Lagipun sekurang-kurangnya dia berfikir.

  4. Mari mengenal kembali siapa itu Allah dan apa itu Islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: