Bahasaku Bahasa Melayu

Perwakilan UMNO semalam dah heboh pasal kembalikan Bahasa Melayu dalam Matematik dan Sains, yang dulunya memang dah disebut-sebut oleh pihak pembangkang dan juga NGO supaya batalkan hasrat murni Tun. M untuk mejahanamkan bangsa Melayu terutamanya mereka yang diluar bandar. Perjuangan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu terus diperjuangkan hingga ke zaman Pak Lah. Perwakilan UMNO dulu tak nampak, sebab takut dan prinsip “yes sir” yang dipegang sangat kuat. Tapi kini giliran Pak Lah yang lembut mendamaikan para perwakilan untuk melantangkan suara mereka yang kononnya merekalah yang menyelamatkan bangsa Melayu….  orang lain dah lama cakap, baru kini mereka nak berfikir. Kemana mereka selama ini?. Tapi tak apalah jika mereka dah sedar. harap-harap jangan hangat-hangat tahi ayam. Masa perwakilan sahaja yang lantang… akulah juara, tapi bila direalisasikan, ada yang berkata: “Mana pulak “bahagian” aku ni, bukan ke kontrak buku Sains dan Matematik tu aku dapat 10 tahun.

Dan satu lagi, jangan lupa letakkan semula nama bahasa kepada Bahasa Melayu. Aku sedang perjuangkannya.

Posted on November 10, 2007, in Bebas, Isu Semasa, Politik. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Masa mula nak sains dan matematik ajar dalam Bahasa Inggeris dulu ramai guru-guru dah kata, bahawa perkara itu sukar dilaksana ada masalah pemahaman konsep yang sedia ada akan meningkat pula kepada masalah memahami bahasa. Dua masalah perlu diatasai sekali gus. Bersama dengan konsep PPSMI tu datanglah lap top dan alat aksesorinya yang lain. Pembekalnya untung besar, SIAPA PEMBEKALNYA? Untung besarlah mereka ye!!. Tapi kalau nakkan sains diajar dengan baik, persdiaan dibilik makmal mesti diutamakan. Oleh itu latihlah pembantu makmal secara profesional. Bila tanya orang atasan Kem Pelajaran Malaysia tentang latihan untuk pemantu makmal, mereka kata tak ada peruntukan. Beli lap top ada duit!!. Inilah bentuk salah urus wang negara. Bila buat diagnostik untuk tingkatan 3 dua tahun lalu, ada guru yang buat komen “Yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat” laporan itu ditendang balik oleh pegawai atasan KPM. dengan marah-marah tapi minggu lepas Encik KJ guna hujah itu pula?? Memang KPM ini putar belit sungguh.

    Memang dah dasar makan duit rakyat. Memang la camtu…entah bila dorang nak berubah pun tak tahu. Thanks for the info….

  2. kat kg, BI pun kecundang…Math dan sains diajar ala kadar. cikgu pun tak cukup. [mana diorang campak cikgu2 tu hah?]

    kini tambah lagi masalah. math dan sains semakin lingkup. cikgu pulak hanya ikut……kalaulah cikgu buat perhimpunan bersih…untuk mengajar semula BI dalam BI, math dan sains dalam BM…kan bagus.

    lepas ni anak-anak kita kena bukak kamus dewan untuk memahami BM. atau….BM jadi subjek pilihan.

    Balik kampung masa kuar result ari tu, cikgu-cikgu cakap yang graf Sains dan Matematik diturunkan sebab ramai yang tak lulus. Tapi kat parlimen bising yang mengaku Mate dan sains berjaya…. dorang tu kalo menipu tu nombor 1.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: