Bahasaku Di”kartun”kan

Masih terngiang di telinga aku dengan satu berita dari Sinar f.m petang tadi tentang seorang menteri dalam Persidangan UMNO mengatakan bahawa penggunaan istilah “Bahasa Malaysia” bagi menukar penggunaan istilah “Bahasa Melayu” adalah tepat. Maka secara otomatik, otak aku mengatakan bahawa menteri ini hanya cakap untuk meng”iya” apa yang orang atas cakap. Entah fakta mana yang dia gunakan untuk menguatkan dalil atas percakapan tersebut.

Banyak yang boleh di kritik dengan cara yang kritis dalam menamakan istilah tersebut. Walaupun ada sesetengah pihak berkata ia tidak penting, tetapi bagi aku itulah sahaja yang tinggal pada Melayu, nak kata belajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda (Melayu) dan tak boleh, kena belajar dalam bahasa penjajah. Jadinya apa yang tinggal pada Melayu?

Penggunaan istilah “Bahasa Malaysia” memang menarik tapi tidak melambangkan bangsa (yang kononnya diwar-warkan oleh mereka), ia lebih kepada Kenegaraan. Memang terdapat bahasa yang menggunakan perkataan kenegaraan contohnya Bahasa Jepun dari Negara Jepun dan Bahasa Perancis dari Negara Perancis. Akan tetapi yang biasa didengar ialah bahasa yang melambangkan bangsa sebagai contoh Bahasa Arab dari bangsa Arab dan tidak gunakan istilah Bahasa Arab Saudi, bahasa Manderin dan Kantonis untuk bangsa Cina tidak gunakan istilah Bahasa China, Bahasa Tamil digunapakai oleh bangsa India dan tidak dikatakan Bahasa India begitu juga istilah Bahasa Inggeris dari orang Inggeris dan tidak gunakan istilah kenegaraan iaitu Bahasa England atau Bahasa Amerika Syarikat. Nampak pelik dan kelakar.

Persoalannya sekarang, dimana slogan Bahasa Melambangkan Bangsa? adakah Bahasa Malaysia melambangkan bangsa Melayu? ataupun Bahasa Malaysia melambangkan bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli? Dimana “lambang” tersebut?

Hak orang Melayu dikikis sedikit demi sedikit dengan adanya beberapa orang yang “tak cukup ilmu” macam menteri yang cakap tu. Di Malaysia Bahasa Manderin digunapakai oleh orang Cina, Bahasa Tamil digunapakai oleh orang India, Bahasa Kadazan untuk orang Kadazan dan bahasa Bahasa Melayu untuk ?????. Orang Melayu tak ada Bahasa. Bahasanya telah dicurik oleh bangsa Malaysia. Siapa bangsa Malaysia? wahai pak menteri, tolong jawab.

Mungkin jawapannya ialah kerana penggunaan istilah Bahasa Melayu itu diistiharkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), maka pak menteri nak bodek pak-pak yang kat atas tu bahawa DSAI tu tak betui. Dari bahasa baku yang juga dipopularkan oleh DSAI telah dimansuhkan, kini nama bahasa pula di hilangkan. Semua gara-gara “yes man” dan “yes sir“. Bak kata Ahli Fiqir, “Angguk-angguk, geleng-geleng“. Apa yang dikatakan oleh orang atas tu adalah “wahyu” yang benar. Tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Kalau kata orang atas bahawa buntut kuali warna putih, maka keluarlah “fatwa” baru bahawa buntut kuali adalah warna putih, bukan hitam.

Demi pangkat dan nama, maruah bangsa tergadai, yang tinggal hanya kenangan….

Posted on November 5, 2007, in Isu Semasa, Politik. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. Begitulah adanya jika yang bukan hak mendapat hak itu. Sebagaimana DBP yang kini diterajui oleh orang yang bukan dari bidang kebudayaan, maka hasil yang didambakan hanyalah kuantiti…nilai kualiti budayanya agak cacamerba bak kata tan sri ismail hussien.

    ‘dia’ berlagak tahu beza Malaysia dan Melayu….dan kini bahasa Inggeris mengambil tempat sebagai bahasa yang setara dengan bahasa Melayu. ingat tu…setara…bukan bahasa kedua…

    Betul tu…. ntah mana datangnya “Mengangkasakan Bangsa” kalau bahasa asing sama taraf dengan bahasa kita dalam negara ini. Betul-betul mengarut…

  2. khairulnizambakeri

    Asal boleh buat gimik politik.
    Bahasa dikesamping begitu sahaja.

    -KNB memaut blog ini-

  3. Dalam Perlembagaan Persekutuan ciptaan British mengatakan Orang Melayu adalah orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu. Aku bangsa Angkasa opss.. Malaysia jadi bertutur dalam Bahasa Malaysia, bukan Bahasa Melayu.
    Habis, aku bukan orang Melayulah? Semua orang yang bertutur dalam Bahasa Malaysia bukan Orang Melayu. Tak dapat lah hak istimewa orang Melayu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: