Angkasawan Penumpang?

Sebelum aku mula menconteng blog ini, aku ucapkan “Selamat Pulang” kepada Dr. Syeikh Muszaphar Shukor yang menjadi angkasawan penumpang pertama Malaysia, TAHNIAH buat anda. Sebelum ini aku terperdaya dengan media di Malaysia yang mencanangkan bahawa angkasawan penumpang Malaysia seorang angkasawan “sejati”, aku masih lagi tak tahu yang mana benar dan yang mana salah. Aku memikirkan angkasawan ini memang layak untuknya di ISS dengan kelayakan yang menjadikan ia layak menjadi angkasawan seperti Neil Amstrong dan Yuri Gagarin yang biasa kita dengar. Akan tetapi bila membaca laman blog rakan-rakan bloggers di sini aku melihat ada satu yang tak kena dengan Kerajaan Malaysia itu sendiri dalam melahirkan seorang angkasawan penumpang pertama Malaysia. Banyak sumber yang aku dapat dari dalam dan di luar negara berkenaan hal ini.

Mereka mengatakan angkasawan kita “Penumpang” dan belanja tiket ke ISS telah menelan belanja RM 95 juta. RM 95 juta itu dari mana? bukan satu yang sedikit. Di sini aku ada dua laman blog yang berkaitan angksawan Malaysia ini untuk lawati bersama:

http://jamizalzainol.wordpress.com/artikel-projek-angkasawan-negara/

http://membebel.wordpress.com/2007/10/21/the-truth-michael-backman-menipu/

Dan ini aku bawa satu blog yang amat bagus untuk tatapan anda semua tentang “Spaceflight Participant” atau dikenali di Malaysia dengan Angkasawan Negara kononnya…

http://dupwp.wordpress.com/2007/10/22/melayu-ke-angkasa-sebab-bantuan-kerajaan/

Dari blog tersebut, aku dapat maklumat tentang pengiktirafan NASA kepada Dr. Syeikh Muszaphar Shukor dan Dr. Faiz Khaleed. NASA tak dapat mengiktiraf mereka berdua sebagai Astronauts, tetapi pihak Rusia tentunya tidak mahu memperkecilkan hati pelanggan Jet Sukhoinya, lalu bersetuju memberikan gelaran Cosmonauts kepada mereka berdua. 

Posted on Oktober 22, 2007, in Bebas, Isu Semasa. Bookmark the permalink. 14 Komen.

  1. Mereka mengatakan angkasawan kita “Penumpang” dan belanja tiket ke ISS telah menelan belanja RM 95 juta. RM 95 juta itu dari mana? bukan satu yang sedikit. Di sini aku ada dua laman blog yang berkaitan angksawan Malaysia ini untuk lawati bersama:

    Ah, tunggu. Apabila angkasawan Malysia adalah penumpang, lalu untuk apa RM 95 Juta itu ? Itu ? Itu ?

    berdasarkan maklumat yang saya terima, RM 95 juta adalah kos yang membolehkan Dr. Syeikh Muzaphar ke angkasa dan ia dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia. Berdasarkan maklumat itu, duit Kerajaan Malaysia ialah duit dari rakyat yang membayar cukai.

  2. apa ponya orang awak patut bangga dengan dia….bodoh

    Apapun sapa yang bodoh bangga sebab ditipu media yang membodohkan orang yang bodoh macam kau!

  3. sungguh satu pembaziran..majukan ape yg berada di bawah dulu, baru lah naik ke atas..jgn terus meloncat ke atas..kalau tengok bersamamu tv3, banyak lagi org miskin..baik bagi duit tuh kat mereka..

    Betul tu… yang jadi ralatnya tu sebab dorang guna duit rakyat. Walaupun benda tu berfaedah, tapi ada juga kerugian yang nyata

  4. Kita kan bangsa angkasa, kena pergi angkasa la.. hahaha

  5. ZUBAIDAH BT KASSIM

    commonlah guys think positif… janganlah nak bangkang 100%.. mungkin ianya satu pembaziran bagi sesetengah orang.. tapi secara positifnya ia akan menanam minat kepada generasi muda untuk menerokai bidang angkasa lepas. dulu saya pun taklah berminat sangat dengan bidang angkasa lepas ni.. tapi bila ada program ni.. ianya telah menambah minat saya untuk mengetahui lebih lanjut lagi lebih2 lagi.. apa itu ISS… saya betul2 teruja dengan gambar yang menunjukkan station ISS itu terapung2 di angkasa. ianya betul2 menakjubkan. sejak ada program angkasa lepas ini… saya dah rajin mencari buku2 yang berkaitan angkasa lepas dan ingin mengetahui perihal bumi dan alam semesta…

    Tahniah itu adalah satu yang bersifat “pujian” dari aku. Aku tak bangkang 100%. Aku ada la sedikit bangga. Tapi penipuan demi penipuan oleh pihak media dan kerajaan tentang angkasawan tu agak keterlaluan. Maksud tulisan aku adalah untuk merungkai sedikit tentang program angkasawan yang kerajaan Malaysia buat. Selain itu nak bagitau yang rakyat Malaysia yang suka membangkang ni adalah rakyat yang sayangkan negara kerana media dan kerajaan sekarang memperbodohkan seluruh rakyat Malaysia. Kami pantang diperbodohkan, dan kami mengkaji semua perkara. Adakah itu satu perkara yang baik?. Bayangkan kalau RM 95 juta yang telah disahkan oleh beberapa pihak NGO dan “pembangkang” ini dijadikan biasiswa kepada pelajar untuk menjadi seorang angkasawan yang sebenar… bukan seorang yang boleh pegi angkasa, malah berpuluh-puluh orang. Tapi dengan jumlah itu hanya seorang sahaja yang jadi angkasawan. Bukan angkasawan sebenar pulak tu, tapi angkasawan “mee maggi”. fikir-fikirkanlah.

  6. ZUBAIDAH BT KASSIM

    mee maggie pun sedap tau…saya selalu makan mee maggie.. hehehe… commonlah guys!! sabar jelah pada orang yang kena kutuk tu. Saya selalu berfikir kepada yang positif saja. Pantang diperbodohkan ye?.. nak tanya ni? adakah anda seorang rakyat Malaysia?.. sori klu tersinggung. Tak apalah klu saudara nak kata apa pun itu hak anda. Anda punya hak untuk bersuara. Setiap orang mempunyai pendirian dan pandangan yang berbeza. Apa pun tahniah saya ucapkan kepada Angkasawan pertama Negara ‘Dr Sheikh Muzaphar Shukor Al Masrie’ kerana telah dinobatkan sebagai cosmonaut biarpun Amerika mungkin tidak mengiktirafnya. Kepada Angkasawan Negara kuatkan semangat dan tabahkan hatimu… jadikan kutukan dan kritikan sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang demi negara tercinta Malaysia. Saya dan seluruh rakyat Malaysia akan sentiasa mendoakan kesejahteraan anda. Berfikirlah secara positif bahawa apa yang anda lakukan andalah untuk anak nusa dan bangsa. Hanya tuhan saja yang tahu niat baikmu itu.. niat yang baik pasti akan dibalas dengan kebaikan juga.. insyallah… AMIN.

    Releks laaa Cik Zubaidah. Mungkin maksud yang saya nak sampaikan kepada cik tak sampai. Saya tak ada masalah dengan “angkasawan” pertama Malaysia yang cik doakan itu. Tak ada masalah. Malah sekali lagi saya katakan disini “TAHNIAH, TAHNIAH dan TAHNIAH”…. Dan saya memang orang Malaysia dan sayang Malaysia sebab Malaysia adalah negara saya, tapi disini tak bermakna saya sayang pemerintahnya. Apa yang saya tulis adalah tindakan Kerajaan. Bukan tindakan si angkasawan tu. Takkan la saya tak boleh kritik kot?. Tapi bila dah kritik kerajaan, si pelakunya pun kena la tempiasnya… Satu lagi, tak semestinya saya sayang Malaysia, saya kena sayangkan dan banggakan si angkasawan…. tak ada pun dalam Perlembagaan Persekutuan, apatah lagi dalam al-Quran. Beginilah… itu hak cik untuk banggakan sapa sekali pun… ada apa pada nama dan bangga jika ada rakyatnya makan nasi berkuah air kosong. Hanya dengan blog inilah saya boleh mengeluarkan apa yang saya rasa dan pendapat saya. Dan saya bagi hak kepada cik untuk bersuara tanpa segan dan silu. Saya pun sentiasa berfikiran positif dan juga mengkaji. Dah nama blog saya Kaji, Kritik dan Kantoi…. itulah kerja saya. Saya mengkaji sesuatu perkara, saya kritik sesuatu perkara, dan saya bagi keluarkan fakta atas sesuatu perkara. Andai kata perkara itu benar, maka benarlah ia. Jika tak benar maka padahlah jawabnya. Saya buat perkara ini kerana Allah dah anugerahkan otak untuk berfikir baik atau buruk. Saya gunakakannya… Jangan terima sesuatu tanpa usul periksa. Nanti kita yang rugi. Nak ingatkan, baca sekali lagi komen balas pertama saya pada cik untuk fahamkan maksudnya.

  7. ZUBAIDAH BT KASSIM

    releks.. jugaklah brother.. janganlah cepat melatah. saya faham maksud saudara tu.. itu sebabnya saya kata setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza… memang masih ramai lagi rakyat kita yang melarat.. tapi pada pandangan saya kerajaan telah banyak membela rakyat dan saya bersyukur kerana negara kita masih ditahap yang boleh dibanggakan. Bukan macam disesetengah Negara Asian lain. Bila saya melihat negara yang pernah saya lawati sebelum ini seperti Indonesia dan Philipina.. saya benar2 merasa azab dengan kehidupan mereka yang amat daif dan melarat. Dalam masa yang sama alangkah saya bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia. Nasib rakyat di Malaysia masih terbela tidak seperti 2 negara yang pernah saya lawati sebelum ini. Mungkin juga kita tidak tahu apakah rakyat mereka terbela oleh negaranya. Sebenarnya saya tidak membanggakan sesiapa cuma berasa kagum dengan kesungguhan anak muda itu.. alangkah bertuahnya apabila seseorang itu dapat mencapai apa yang dia impikan selama ini dan melihat kebesaran Allah di atas sana.. yang pada pendapat saya tidak mungkin akan dicapai oleh orang yang tidak dianugerahkan kelebihan itu.. apa pun saya sokong blog anda… pendapat anda memang bernas… itulah kelebihan seorang anak Malaysia..

    Alhamdulillah… Mungkin cik sudah faham apa yang saya ingin sampaikan. Tulisan saya tentang tajuk ini hanya untuk membongkar hal yang sebenar kepada pembacanya. Saya tak melatah, apatah lagi hilang kewarasan. Tetapi saya bersikap serius dalam beberapa perkara. Si angkasawan memang bertuah, dari umur 10 tahun beliau bercita-cita untuk ke angkasa. Kini cita-citanya sudah tercapai. Dan saya bangga juga sebab beliau anak Melayu pertama ke sana. Dan saya bersyukur juga berada dan dilahirkan di Malaysia. Islam yang saya praktikkan menganjur “amal ma’ruf nahi mungkar” memahamkan saya bahawa perlu “mengutamakan apa yang utama”. Apa yang utama? yang utama bagi kerajaan adalah Kebajikan Rakyat yang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membela rakyatnya. Tapi bagi kerajaan yang utama adalah nama. Ya! memang kerajaan sudah membela rakyatnya seperti yang cik katakan, tapi masih belum mencukupi. Negara dianugerahkan Allah berbagai nikmat untuk rakyatnya tapi tak semua yang dapat. Seperti kata Prof. Diraja Ungku Aziz, jika Petronas mengeluarkan zakatnya nescaya boleh menampung biasiswa kepada seluruh pelajar di negara ini hingga ke peringkat yang paling tinggi. Apa-apa pun, saya ucapkan terima kasih dan tinggi penghormatan kerana menyokong blog saya yang tak seberapa ini… dan pendapat cik pun ada benarnya, saya menghargainya. Terima Kasih.

  8. ZUBAIDAH BT KASSIM

    Terima kasih jugak kepada saudara kerana memahami apa yang ingin saya sampaikan. Sebagai manusia biasa kita kena menerima seseorang itu seadanya dan cuba menerima apa jua pandangan dan pendapat seseorang itu. Apa yang dapat saya katakan disini ialah jangan pula disebabkan ‘marahkan nyamuk seekor habis kelambu dibakar’ disebabkan nilai setitik habis rosak susu sebelanga. Saya sebenarnya bukannya cuba mengkritik anda tapi pada pendapat saya ada kata-kata anda yang saya rasa kurang sesuai untuk dilemparkan kepada seseorang. Mungkin anda tidak bermaksud begitu tapi kekadang kata2 itu seolah2 dilemparkan kepada orang2 tertentu. Apa yang saudara kesalkan disini ialah kerajaan bukan? jadi kepada kerajaan sajalah anda tujukan kemarahan itu dan tidak melibatkan kepada individu… itu baru adilkan? Bagi pandangan saya kerajaan telah banyak membela rakyat cuma kekadang itu rakyat yang kurang perihatin dengan pembelaan itu… sekurang2nya kerajaan telah memuatkan RMK 9 nya untuk membela rakyat dan menetapkan target untuk kemiskinan sifar menjelang tahun 2010. Jangan tak tahu petronas sebenarnya telah banyak mengeluarkan zakatnya.. tapi tak perlulah saya nyatakan disini… kang tak pasal2 pula saya digam. Cukuplah ianya menjadi rahsia bersama…nanti tersalah cakap atau tersalah tafsir naya pulak jadinya… Mungkin jugak Malaysia mementingkan nama.. tapi kekadang nama itu jugalah yang membolehkan seseorang atau dunia itu terkenal.. Sebelum ini dunia tidak kenal Malaysia sedangkan Singapura yang kecil dan hampir hilang dipeta dunia… satu dunia kenal… jadi tidak salahkan kalau Malaysia cuba mencari nama. Manusia mati meninggalkan nama… harimau mati meninggalkan belang… kalau Negara mati? Bolehkah? meninggalkan apa?… Nama jugakkan?… memang kata-kata anda ada kebenarannya… tapi janganlah disebabkan perasaan marah atau tidak puas hati itu bertukar menjadi perasaan benci dan mencaci sesama manusia… Wasalam… :-)

    Emmm… ingat dah habis, rupanya ada lagi. Saya pun tak tau nak kata apa dah. Saya bercakap mengikut fakta, dan dengan fakta tersebut saya muatkan dalam blog ini. Jika nak kira apa yang kerajaan buat memang semuanya betul, tak ada yang salah melainkan yang betul belaka (mengikut apa yang cik kata)…. tak kiralah apa yang dibuat tu salah, tetap akan dikatakan berul. Rasanya biarlah pemahaman anda dengan cara anda, dan saya dengan cara saya. malas nak berbalah, tapi bukan tanda saya mengalah… dan satu lagi, saya tak benci dan dan mencaci, cuma mempersoalkan dengan cara kritis sahaja. Siapa makan cili dia yang terasa pedas, tepuk dada tanya selera.

  9. ZUBAIDAH BT KASSIM

    commonlah brother… jgnlah marah.. saja nak memeriahkan blog awak ni saja.. takkan itu pun tak boleh?.. bukan nak berbalah cuma nak bagi nasihat sikit2 je.. tak ada istilah mengalah dan kalah dalam hal ini. Kan saya dah kata setiap orang ada pendapat dan pandangannya sendiri. Memanglah pandangan saya dan saudara berlainan tapi tak semestinya kita tak boleh berkongsi pandangan dan pendapat. Dah tu saya tengok cuma kita bedua je yang berbalas pantun kat ruangan ‘Angkasawan Penumpang’ ni. Ah sebab tulah nak memeriahkan tajuk ni… :-)… relaks ah brother.. no heart feeling ok?.. see ya!!!.. :-)

    huhuhuhuhu… janganlah labelkan saya dengan marah. Tak adanya nak marah, apatah lagi simpan dalam hati. Saya siap buat entry khas untuk semua komen awak sebagai satu pengiktirafan saya pada pendapat awak… Sekurang-kurangnya ada juga orang yang “setia” dengan blog saya ini. Thanks again

  10. ZUBAIDAH BT KASSIM

    Thanks brother… Sekurang2nya saudara menghargai komen2 saya.. wah siap buka blog baru lagik ek?… Thanks anyway… tidaklah saudara saya tak melabelkan saudara dengan marah.. mungkin istilah tu selalu digunakan.. ah sebab tulah bunyi dia mcm tu… apa pun semoga sukses dengan blog anda ini ok… see ya!!!… :-)

  11. akum…..
    saya puteri..
    saya nak tahu dr.sheikh setia kepada yg satu ke???????????
    betul ke dr.sheikh nie gay???
    i x percaya tau!!!!

    Mintak maap la cik adik. Aku tak tau la bende ni. Tak nak la kata apa-apa, nanti fitnah pulak jadinya…

  12. kenapa kita selalu kebelakang dari bangsa2 lain?boleh korang jawab?kenapa kita selalu kritik apa yang telah diberikan?berfikir la dengan positif..yang salah tetap slh..tpi kite fikir la skrngnye rakyat malaysia sudah ade yang sampai ke bulan..korang penah sampai ke?korang xteringin ke nk ke bulan?sekurang-kurangnya die dah jejak kaki kat muke bulan tu…nk harapkan kite?aku rase sampai beranak cucu cicit pn belum tentu dapat pergi..ape salahnye wakil malaysia pergi,tak perlu la kite nk kritik..bangge la dengan pencapaian NEGARA MALAYSIA..mesti ada maseg untuk di sampaikan pada kite..die dah sampai kebulan yang cerah?korang?sampai ke bulan yang xcerah2 ke?

    KIPP: Sebab aku rakyat yang tak suka membazir untuk perkara yang tak penting… so, apa kepentingannya untuk orang pertengahan dan miskin?

    • kalu nak jek keta…agak2 laaa.jgn laa jek keta samapi terbalik……………..ni laaa reality org ‘melayu’ mcm aku zaman sekarang nie..buat apa2 mesti nakkan nama…suka sgt org panggil dia bohsia laa,pelacur jalanan laa,gay laa,kaki botol laa,zina laa,kaki betina laa,buang anak dan mcm2 laa………..ko tak pikir ke..tak rasa bersalah ker dgn duit sebanyak tu dlm beberapa hari jer habis digunakan.ko igat kat dunia akhirat nati…org yg dpt banggakan sesebuah negara dpt layanan istimewa,mana laaa th ada pangkat kat sana….hehehe

      KIPP: Tu la pasal.. dorang yang lain ni tak paham-paham….

  1. Pingback: Dikomen dan Mengomen « 3K - Kaji, Kritik, Kantoi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: