Syawal

Alhamdulillah…. SELAMAT MENYAMBUT AIDULFITRI 1428H, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pemabaca dan juga yang singgah ke blog ni. Syukur rasanya bila sambutan raya ini meriah tanpa sebarang kesalan atau kesedihan. Semua berjalan dengan lancar. Ibu bapa, keluarga, adik beradik, sepupu sepapat, sedara mara, sahabat handai, kenalan dan kawan semua masih seperti dulu, masih meneruskan hidup unutk mendapatkan keredhaan dari Ilahi. Bukan senang nak berjumpa semula melainkan dengan kemeriahan Hari Raya Iadulfitri ini. Banyak yang dibincangkan, dari hal duniawi hinggalah ke ukhrawi.

Pagi syawal diselubungi Takbir dan Tahmid memecah hening pagi. Rasa syahdu. Masing masing bersiap dengan pakaian baru, wangi wangian dan juga senyuman bersedia untuk ke Masjid menunaikan Solat Sunat Iadulfitri dan juga mendengar khutbah yang akan memberi pengajaran baru kepada pendengarnya. Bilal memberi tunjuk ajar dan memberi teguran yang bermanfaat bagi menunaikan solat. Khatib pula berdiri tegak di mimbar dengan tegas memberi khutbah untuk ingatan semula para jemaahnya.

Khutbah diberi dengan lancar, jemaah mendengar dengan khusyuk. Bait bait khutbah didengar yang memberi ingatan kepada kita. Hinggalah ke satu rangkap, khatib berkhutbah yang menarik minat aku.

Sesungguhnya orang bukan Islam berlumba-lumba untuk melahirkan seorang Profesional di dalam satu keluarga, akan tetapi orang Islam di negara ini berlumba-lumba untuk melahirkan seorang penyanyi di dalam satu keluarga. Alangkah malunya wawasan umat Islam ini kerana mementingkan kemaksiatan dari maruah Islam itu sendiri

Aku bagaikan tersentak. Memang betul kata kata khatib. Baik di hari mulia ini mahupun di hari lain, dimana mana terdapat sahaja manusia yang memegang amanah Islam di bahunya terkinja kinja diatas pentas dan bersentuhan antara satu sama lain lelaki dan perempuan tanpa segan silu. Tak malu malah bangga kerana bergelar artis. Hari raya yang sepatutnya penuh dengan keinsafan dan kegembiraan dicemar dengan rancangan rancangan television yang melalaikan. Alangkah sedih hati ini. Tiada siapa yang mahu jawab. Bila ditanya, jawabnya setahun sekali, tapi ibadat boleh buat hari-hari… sekali lagi aku tersentak, jika diandaikan si penjawab mati selepas dia berkata begitu tanpa bertaubat… Nauzubillah… hanya Allah yang tahu kemana tujunya.

Aku terlupa… tapi apakan daya inilah dunia Islam Hadhari…. 

Posted on Oktober 17, 2007, in Bebas, Isu Semasa, Tazkirah. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Terasa mahu mencoretkan sesuatu pula pd entri ni..

    Saya setuju dgn khutbah yg disampaikan. Skrg, terlalu byk rancangan berbentuk hiburan di kaca tv hinggakan si anak kecil pn hendak dicungkil bakatnya dlm bidang nyanyian. Alangkah bagus jika anak itu dididik dgn program2 bermanfaat lain (mgkn spt Akademi Al Quran barangkali) dan bukan didedahkan dgn hiburan semata-mata.

    Ini cuma pendapat saya.. ya,saya akui yg saya pn gemarkan hiburan terutama lagu2.. (lihat saja pd blog ke-2 sy) tetapi sekadar suka. (setakat ni takde lg niat utk menjadi artis dsbnya. hehe)

    Sekian,terima kasih :)

    Hiburan tu memang fitrah kita sebagai manusia, tapi dah keterlaluan nampaknya. Kadang-kadang nampak melampau sangat. Saya pun suka gak hiburan ni… w/bagaimanapun amik yang elok, jauhkan yang tak elok.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: