Ketenatan Politik Kampus

Tak pernah aku terfikir untuk menjadi salah seorang orang suruhan universiti untuk mendapat kemenangan kepada pihak yang akan merosakkan sahsiah anak bangsa di bumi Malaysia ini. Nama gah seperti PMI dan beberapa gerakan Islam yang di IPTA telah pun semakin hari semakin pudar. Entah hilang ke mana, semua gara-gara kebencian terhadap Islam mendalam dalam hati sanubari pemimpin universiti. Akta AUKU yang berkuatkuasa digunakan untuk menekan mahasiswa bagi menyempitkan lagi pemikiran kearah Islam, akan tetapi kepada si penyokong sekularisme dan liberalisme mendabik dada sambil tersenyum puas melihat gerakan Islam yang kini hidup segan mati tak mahu.

Aspirasi yang baru sahaja lahir ke dunia politik kampus adalah survival kepada parti “kerajaan” universiti. Sebelum ini parti yang ditunggang itu dilanyak teruk dengan parti yang dikatakan pro-pembangkang. Jika dikatakan parti pro-pembangkang itu wujud, maka parti ampu Aspirasi pun boleh digelar pro-kerajaan. Tetapi adakah perlu melabelkan parti di universiti itu pro itu, dan pro ini. Mahasiswa seharusnya mempunyai pemikiran yang waras dan bijaksana dalam manyatakan sesuatu. Dengan kekalahan dikit demi dikit parti ala UMNO di bumi universiti, maka lahirlah Aspirasi yang kononnya mengaspirasikan mahasiswa yang bijak pandai agar memilih mereka. Maka terjadilah episod baru dalam wadah politik kampus.

Mahasiswa bukan bodoh, hanya yang bodoh sahaja yang suka si bodoh. Aspirasi seperti anjing yang menyalak bukit, hampir setiap aktiviti mereka berakhir dengan satu kekecewaan. Kerana mereka mengharapkan mahasiswa menjadi bodoh seperti mereka. Tapi lain yang terjadi. Parti yang berfikrah Islam menjadi pilihan mahasiswa. Parti ini menjaga kebajikan pelajar dan menentang sisiapa sahaja termasuk pihak universiti itu sendiri bagi keadilan pelajar, dan inilah yang ditakutkan oleh pemimpin di luar sana. Mereka takut dengan kebangkitan pelajar yang boleh mengubah arena politik Malaysia kelak. Maka pihak pemimpin di luar sana takut dengan kebangkitan ini, maka dengan platform Aspirasi inilah mereka menyebarkan agenda “benci” Islam demi kepentingan kuasa.

Tak perlu rasanya nak huraikan campurtangan pihak luar dalam politik kampus, semalam sahaja Pilihanraya UIAM telah dimenangi Parti WUFI (We Unite For Islam) dengan menang 13 kerusi tanpa bertanding, tapi disebabkan campurtangan GPMS-UMNO, maka MPP UIAM yang baru sahaja menang telah dibubarkan. Semua gara-gara asakan Reezal Merican keatas Syed Arabi, dengan mengarahkan Hamidon mengeluarkan satu notis baru memaklumkan proses penamaan calon dibuka semula pada hari minggu, 30 September, manakala hari mengundi tidak berganjak daripada tarikh asal, 2 Oktober, Selasa.

Begitu juga di kampus UM, dimana terdapat 16 orang calon Aspirasi tidak layak bertanding disebabkan sudah berada di semester akhir pengajian, sedangkan peraturan pilihanraya UM mensyaratkan bahawa seseorang calon yang hendak bertanding mestilah mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya dua semester.

Kumpulan gabungan mahasiswa yang berlawan dengan Aspirasi mengemukakan bantahan dan sepatutnya Suruhanjaya Pilihanraya UM akan dengan mudah menerima bantahan tersebut dan memmbatalkan pencalonan 16 orang wakil Aspirasi tersebut oleh kerana ianya jelas berlawanan dengan peraturan pilihan raya yang digubal oleh UM sendiri.

Melihat kepada Aspirasi itu sendiri, agak ramai juga bakal-bakal calon Aspirasi yang tidak melepasi syarat dan kelayakan asas untuk bertanding. Dengan syarat yang tidak dipenuhi, calon yang dipilih terlalu “tua”, ada yang terkandas dalam ujian pengucapan awam, borang tak lengkap dan yang sedih sekali ada yang menyerah kalah sebelum berjuang menjadikan Aspirasi kehausan bakal pemimpin yang hebat. Semua jatuh terguling ke bumi sebelum berperang. Maka tak salah rasanya nak katakan, sudahlah calon-calon Aspirasi… anda sudah tiada harapan, jika tiada bantuan dari luar, anda pasti TEWAS.

Posted on September 29, 2007, in Isu Semasa, Politik. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: