Bush

Amerika kononnya dah meniru kita, maka kita pun bangga sebab sebuah negara yang maju dan tersohor tu dah mula mengiktiraf negara kita. Maka tersenyum sakan semua orang. Islam Hadhari yang membolehkan kilang arak terbina di buminya pun diiktiraf oleh Bush sebab ia seakan-akan sama dengan Bible yang boleh diubah mengikut akal dan hati pemimpin. ISA di ditiru oleh Amerika dengan mengubal Akta Patriot untuk menangkap pengganas. ISA menangkap pemimpin gerakan Islam, maka Akta Patriot juga digubal untuk menangkap “pengganas” Islam. Memang Amerika tiru bulat-bulat. Maka kita perlu berbangga sebab Amerika mengiktiraf kita.

Dalam masa yang sama, kita pun terkinja-kinja mengadakan konsert amal untuk membantu umat Islam yang sengsara, dan Amerika yang dipuja juga mengadakan konsert peperangan untuk membantu mengurangkan umat Islam dengan peluru dan bom. Kita juga yang berbangga sebab mereka mengiktiraf kita. Maka Pak Lah pun berjumpa Bush, berterima kasih kepada Bush. Tak sedikit pun terasa malu dan segan. Negara pimpinannya yang kononnya digelar Negara Islam, tapi mengharap dan mengampun untuk mendapat tempat dihati Bush. Oh Bush… terimalah kami dalam hatimu kerana kami benci Islam, kamu pun begitu. Kami tak suka pergerakan Islam, kamu pun begitu. Kami mengubah hukum Islam, agama kamu pun begitu…. maka tersenyum Iblis dan Syaitan yang digari tetapi propagandanya berjaya. Tak perlu nak hasut, kerana semua berjalan secara automatik.

Nampaknya kemerdekaan 50 tahun tak kemana, masih dijajah oleh Barat. Masih menunggu Barat untuk berbangga. Banyak yang perlu dipersoalkan. Tapi kita masih seronok dengan pengiktirafan yang hanya membawa satu permasalah di negara ini sahaja. Tak habis dengan kes Nurin, kes sistem perundangan pula menjadi isu. Tak sudah-sudah, tapi kita masih terbang dek bangga dengan pengiktirafan Bush. Semua seronok. Tapi ada yang sedih bila seekor beruk di Terengganu terkinja-kinja membina Masjid Kristal tetapi difatwaan haram untuk solat didalamnya kerana menurut mufti katanya pembinaan bukan untuk jemaah, tetapi untuk pelancongan…. hahahahaha. Maka marahlah beruk tersebut.

Posted on September 24, 2007, in Bebas, Isu Semasa, Politik. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Banyak perkara sebenarnya yang kita dah tersilap pandang. Bangga dengan sesuatu yang sebenarnya bakal memusnahkan kita. Bangga tak tentu pasal sehingga ditertawakan oleh musuh2 kita yang bergerak dalam selimut.

    Abaikan je Barat tu, yang penting mantapkan Islam hadhari selaras dengan istilahnya yang mendukung maksud lebih daripada apa yang dipaparkan pada hari ini. Apa sangat la pengiktirafan Barat berbanding dengan pengiktirafan oleh Allah s.w.t. Semoga kita tidak terus lalai. Aminnnn..

  2. Biarkan Si Luncai Badwi terjun dengan labu-labunya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: