Orang Biasa VS Prof. Dr

Soalan 1:
Antara seorang “orang biasa” dengan seorang pensyarah yang berkelas “Prof. Dr” menjemput anda ke sebuah seminar yang sama, jemputan mana yang anda pilih?
(a) Orang Biasa
(b) Prof. Dr

Soalan 2:
Jemputan “orang biasa” ke sebuah seminar perlu bayar RM 35, manakala jemputan “Prof. Dr” perlu bayar RM 60. Jemputan mana yang anda pilih?
(a) Orang Biasa
(b) Prof. Dr

Soalan 3:
Seminar “orang biasa” dan “Prof. Dr” mengenai perkongsian ilmu, pemakanan tambahan dan juga pengurusan berat badan. Seminar mana yang anda pilih?
(a) Orang biasa
(b) Prof. Dr

Soalan-soalan di atas adalah sebahagian situasi yang ditempuhi oleh segelintir umat manusia di muka bumi ini. Kadang-kadang pengaruh seseorang individu itu memainkan peranan. Bahkan, ada segelintir masyarakat kita yang percaya “orang luar” dari rakan sendiri dalam sesuatu perkara termasuk dalam hal-hal membuat keputusan. Mungkin kita tak percaya, tetapi ia memang berlaku. Mungkin ada beberapa kriteria yang boleh disimpulkan. Mungkin keputusan jawapan yang anda pilih di atas lebih kepada “Prof. Dr” kerana kebolehannya, kebijaksanaannya, kepandaiannya, kata-kata manisnya, kata-kata keramatnya yang menusuk kalbu dan lain-lain lagi. Walaupun ditawarkan harga seminar yang lebih mahal, tetapi mungkin kita memilih “Prof. Dr” lebih dari “orang biasa” yang biasanya rakan, kawan, kenalan kita.

Kenapa ini berlaku?, adakah kerana kita “memilih bulu”, “double-standard“?, ataupun sebab kita mengenali “orang biasa” adalah biasa pada kita. Kita tak mengharapkan apa-apa, sedangkan kadang-kadang “orang biasa” boleh menjadi “orang luar biasa”. Tapi mentaliti kita akan tetap dengan mereka yang berkelas. Siapalah “orang biasa” jika dibandingkan dengan”Prof. Dr” yang gah seperti namanya.

Berbalik kepada soalan 3, jika diteliti soalan tersebut, seminar yang dijemput adalah sama (mungkin pembaca dah tahu seminar apa ini). Membincangkan perkara yang sama, topik yang sama, pengalaman yang sama, cuma penyampainya yang berbeza. Jawapannya bukan disebabkan seminar tersebut. Tetapi “orang” yang menjempunya. Mungkin agak kasar jika dikatakan, walaupun seminar “Prof. Dr” itu menceritakan tentang “batu-bata ditepi jalan boleh mengubat kanser“, tapi peserta seminar tetap ramai. Sedangkan seminar “orang biasa” itu menceritakan tentang “batu-bata ditepi jalan boleh dibuat rumah“, akan tetapi pesertanya agak memilukan hati. Ini biasa terjadi.

Sekarang ini, tulisan ini bukan untuk menbezakan antara dua manusia, tetapi hanya misalan untuk menggambarkan perkara yang sering terjadi. Kadang-kadang kita terlupa antara rakan dan juga “rakan” yang mengambil kesempatan. Mungkin salah apa yang dikatakan, tetapi sedikit sebanyak ada benarnya. Mungkin benar kata-kata pribahasa Melayu yang biasa aku dengar, “Kuman di seberang nampak, tetapi gajah di depan mata tak nampak”.

Posted on September 17, 2007, in Bebas. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: