Subsidi Ke?

Sekolah rendah dah tak bayar yuran, buku teks dah free, yuran peperiksaan pun dah tak payah bayar…. Alhamdulillah… sekarang Malaysia dah memasuki era “free education” yang akan melahirkan ramai manusia yang berpendidikan. Inilah hasrat murni yang aku sokong. Dengan “free education” di sekolah-sekolah rendah tak kira di kampung, pekan, bandar, semua dah senang hati, mak ayah dah tak perlu risau pasal nak bayar yuran sekolah anak, ditambah pulak dengan pemberian percuma pakaian seragam sekolah, maka tak ada alasan untuk tidak menghantar anak ke sekolah…. orang susah jadi senang hati, orang senang lagi senang dan senang hati.

    Ini semua subsidi ke? ntah la nak kata apa…. Boleh kata camtu, tapi ia lebih banyak kebaikan dari keburukan. Cuba kita tengok dalam masa 10 – 20 tahun akan datang, sebagai contoh dalam sektor pekerjaan di Malaysia, kita mampu melahirkan pekerja yang berkemahiran tinggi (skill workers) dan berpendidikan yang ramai. Itulah yang aku tengok kat Ireland, dulunya negara ni teruk sangat, perang sana-sini, pemberontakan tak henti-henti, bertahun-tahun dalam kegelapan.Tapi sekarang ni Ireland menjadi sebuah negara yang mempunyai GDP growth yang tertinggi selepas Luxemborg mengalahkan Jerman dan United Kingdom. Semuanya bermula dengan “free education” di peringkat sekolah. Malaysia sepatutnya mampu buat camtu memandangkan dah 50 tahun merdeka…

Jadinya, mak ayah senang hati,
Anak-anak dah boleh sekolah free,
Tak ada alasan tak ada duit lagi,
Boleh la kita beli itu beli ini,
Buat persediaan raya nanti,
Tapi ingat! Tak semua free,
Nak bagitau pilihanraya dah dekat dah ni,
Mana tau, memang yang ini dia bagi,
Setiap “pengorbanan” perlu ada “bayarannya” nanti,
Jadi… nak bagitau semua agar hati-hati,
Jangan dengar sangat pusat beli-belah buat promosi,
Nanti kita yang rugi,
Dorang kat “sana” yang suka hati,
Tak pikir pasal kita pastu buat tak reti,
Yang itu dah bagi, yang ini subsidi,
Yang comfirm semua Barang Naik lagi,
Hihihihihihihihi….

Posted on September 11, 2007, in Isu Semasa. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: