Merdekakah Kita?

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50. Alhamdulillah… tapi beberapa hari selepas menyambut merdeka ni aku tak rasa apa-apa. Adakah negara ni dah MERDEKA? Dari segi zahirnya YA!. Kalau cakap pada mereka di luar sana, mau aku kena “bancuh”. Bila tanya apa yang dimaksudkan dengan Merdeka, hampir semua menjawab “bebas dari penjajah”…. Itulah yang diajarkan kepada kita.

MERDEKA bukan sekadar mengusir kuasa penjajah Barat dan menggantikannya dengan bangsa sendiri. Adakah kini kita benar-benar merdeka dalam pengertian sebenar. Apakah jiwa, akal, fikiran kita merdeka? Anda tentukan….

AKTA RAHSIA RASMI (OSA) 1972

AKTA ini digunakan untuk menghalang rakyat daripada mendapat maklumat kerajaan terutama rasuah dan salahlaku para pemimpin malah sehinggakan urusan konsesi dan perjanjian perniagaan. Pada Ogos 2002, Ezam Mohd Noor dihukum 2 tahun penjara kerana mendedahkan rasuah Rafidah Aziz. Tian Chua dan tiga pemimpin pembangkang juga disiasat dibawah akta ini kerana mendedahkan perjanjian konsesi tol

AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) 1960

AKTA Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memberi kuasa kepada kerajaan untuk menahan sesiapa saja yang dikehendaki tanpa perlu dibicarakan di mahkamah. Tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyemak kuasa menteri dibawah peruntukan in telah dihapuskan. Sejak 1960, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan ditahan di bawah ISA.

AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984

AKTA ini bertujuan menyekat penyebaran maklumat yang tidak selari dengan selera kerajaan. Untuk tujuan itu, permit untuk akhbar dan majalah hanya dibenarkan untuk tempoh satu tahun dan perlu dipohon untuk penyambungan apabila tempoh berakhir. Menteri berkuasa penuh untuk samada menyambung atau tidak menyambung permit tersebut bergantung kepada kandungan kepada kandungan berita/rencana yang disiarkan oleh penerbitan tersebut. Tahun 1987, akhbar The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan diharamkan. Tahun 1999, majalah Detik tidak disambungkan penerbitan.

AKTA HASUTAN 1948

AKTA ini asalnya bertujuan untuk menjaga keharmonian masyarakat agar tidak dipecahbelahkan oleh hasutan yang berunsur perkauman, penghinaan terhadap mana-mana agama. Namun sekarang, sesiapa saja yang mengkritik kerajaan biru akan dikenakan tindakan dibawah akti ini.

PERMIT CERAMAH 2001

Sejak tahun 2001, setiap ceramah oleh parti politik memerlukan permit polis. Biasanya polis meluluskan permit untuk aktiviti parti pemerintah dan tidak meluluskan ceramah parti pembangkang. Dan ceramah pembangkang, jika diluluskan juga akan disusuli dengan sekatan jalan raya oleh pasukan polis dan FRU bertujuan menakutkan orang ramai dari menghadirinya.

AKTA PERTUBUHAN 1966

AKTA ini memberi kuasa penuh kepada Menteri Dalam Negeri (KDN) melalui pendaftar pertubuhan mempunyai untuk menolak tanpa sebab penubuhan sesebuah persatuan atau pertubuhan politik walaupun mencukupi syarat. Parti Sosialis Malaysia (PSM) sampai sekarang tidak diluluskan pendaftarannya walaupun dipohon sejak Januari 1999.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) 1971

AUKU bertujuan menyekat kebebasan aktivitisme pelajar dan kebebasan bersuara mereka terutama berkaitan kritikan terhadap dasar-dasar kerajaan. Mengikut akta ini, tiada pelajar, pertubuhan atau kumpulan pelajar boleh melakukan sebarang aktiviti, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Naib Canselor. Naib Canselor universiti biasanya dipilih dari mereka yang rapat dengan kerajaan malah terlibat dalam UMNO/BN. Akta ini menjadikan pelajar kini seperti robot.

AKTA POLIS 1967

AKTA ini melarang sesiapa atau mana-mana pertubuhan untuk berkumpul melebihi lima orang walaupun ia dibenarkan untuk Perlembangan Malaysia (Perkara 10). Jika sabit kesalahan, seseorang boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM 10,000 atau kedua-duanya sekali. Ia digunakan dengan meluas untuk mengekang suara rakyat menuntut reformasi.

Posted on September 2, 2007, in Isu Semasa. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: