Handphone Aku Hilangggg!!!

Shah Alam, 14 Disember 2005, jam 10 pagi – Kipp telah kehilangan handset kesayangannya… ish,ish,ish kesian dia. Dalam keadaan yang masih tak stabil kerana baru bangun dari tidur, dengan gigi yang masih belum cuci lagi, beliau mengejut semua rakan seisi rumah untuk memastikan handsetnya tidak dicuri. Akan tetapi usahanya tidak berhasil, dan dengan rasminya handsetnya memang dah kena cilok… baikkk punya cilookkk bak lagu Afdlin Shauki, AC Mizal, Hans Isaac dan Awie. Sambil mencarut kat pencuri handsetnya itu, beliau tiba-tiba senyap sekejap dan beliau bercakap “Malam ni BOM… cam ne aku nak call business patner aku ni….. nanti pulak mak ngan ayah aku tepon… pastu lagi awek aku tepon… mau mengamuk dorang“.

Menurut rakannya serumahnya berkata bahawa dia yang baru balik kuliah melihat pintu rumah memang sudah terbuka luas dan bila masuk rumah dia juga melihat Kipp masih lagi nyenak tidur dengan rakan seperjuangannya Acai, maka dia turut sama-sama ambil port untuk tidur jugak tanpa merasai apa-apa yang ganjil.

Pemberita telah diberitahu, selepas Kipp menconfirmkan bahawa handsetnya dah kena curi dengan mencuba call nombornya sendiri akan tetapi sia-sia belaka, maka dia terus bergegas mandi dan keluar ke arah keretanya dan memandu ke Komuter Batu 3, Shah Alam untuk pergi ke Maxis Center di KLCC. Ditanya kenapa tidak mahu drive ke KLCC, katanya persidangan Asean yang sedang rancak sekarang ni akan membuatkannya mencarut lagi kerana terkandas dengan traffic jam. Katanya lagi, “Kalo persidangan Asean tu boleh bagi balik handset aku, pastu harga minyak turun.. aku tak de hal… baik naik komuter pastu naik Putra LRT terus ke KLCC… lagi senang“.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, Kipp telah mendapatkan semula nombor phonenya semula tetapi sim card yang lain… sim card 3G, 128 kb dengan bayaran RM 25. Maka bergembiralah hidupnya sekali lagi, akan tetapi segala nombor kengkawannya telah hilang dan dia kini sedang mengumpul semula nombor-nombor tersebut.

Posted on Disember 15, 2005, in Bebas, Otak de Lutut. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: