Kisah Seorang Pemuda – Bahagian 1

Teringat semasa belajar di kolej dulu… memang seronok, tak rasa beban sangat, bidang belajar pun agak enjoy bila menghayati belajar tu. Tapi macam-macam terjadi, bukan kita merancang tapi Allah yang menentukan. Tak kira apa pun semua berserah pada-Nya.

Seorang pemuda yang aku kenal, yang memahami diri orang lain lebih dari diri sendiri (dari pandangan aku la…). Selama berkawan dengannya, kekadang tu tak berapa paham apa yang dia buat, macam betul ntah tidak, aku pun tak tahu, tapi pada aku dia tahu apa yang dia buat, dan itulah ayat power dia kat aku… dan aku pun kekadang tu teringat kata-kata dia ni sampai ke hari ni. Bukan mudah nak jumpa orang macam ni. Ntah apa yang dia buat kekadang tu ada la benda yang nak disampaikan, tetapi orang lain tak paham… cara penyampaian berbeda sekali… sehinggakan ada la mulut-mulut busuk yang memuntahkan muntahan busuk kat dia. Aku lebih banyak senyap dari menceritakan hal macam tu padanya, dan aku tahu yang dia sendiri tahu. Dia memikirkan ada baiknya dia mendiamkan diri daripada menyapu semua muntah tu dan simpan dalam poketnya… eeeyek…. Pernah sekali dia bersama-sama dengan aku mencari hadiah buat kawan kami yang istimewa di bandar. Perasaan seperti sinar nan pagi untuk buat yang teristimewa menjadi kelam gelap gulita bila mengetahui hadiahnya hilang entah kemana. Mencari sehingga ke tong sampah melihat kalau-kalau ada sisa tinggalkan pencuri laknat tersebut… “biarlah….“, satu perkataan yang keluar dari mulutnya dengan sedikit linangan air mata jantan meleleh di pipinya. Aku sedikit terkilan dengan apa yang terjadi, bukan terkilan kepada kawan aku tu, tapi mereka yang mengebas sinar dari kawan ku itu. Kesian…. itu saja yang lintas di minda ku.

Mungkin aku ni tak sesuai lagi untuk mencari bunga di taman…“, katanya padaku. Aku senyap dan berfikir… terlintas di kepala ku… “Tau tak pe“. Aku membalas “Masalahnya bukan tak sesuai, Allah jadikan kita ni berpasangan, kalo tak dapat skang, nanti-nanti dapat la… releks la beb“. Pandangannya mula tajam dan mula berubah… apa.. nak jadi serigala jadian ke, atau ultramen ke?…. seraya berkata “Aku bukan apa kipp, bukan masalah cinta-cinta, tapi masalah tak respek orang lain. Aku tak pernah nak sakiti orang lain, apatah lagi kalo nak kebas barang orang lain, jauh sekali kalo nak kebas awek orang lain, dan amat jauh sekali kalo nak kawin ngan bini orang lain. Tapi sekurang-kurang aku ni menghormati orang lain. Kalo orang lain buat macam-macam kat aku pun aku boleh senyum aje. Tapi… aku nak tanya ko la, aku ni HINA sangat ke?“. “La, kesitu la pulak… memang kita ni HINA disisi ALLAH… sapa kita?… tapi sekurang-kurangnya kita sedar hal tu… what’s a problem ko ni?. Yang sampai pikir bukan-bukan ni. Alaa… pasal hadiah tu… ko lupakanlah…“. Dia senyap sekejap… “Oklah… aku boleh lupakan pasal hadiah tu…. tapi aku tak paham kenapa ada orang yang mengcuri hadiah aku tu. Kalo nak cakap la kat aku. Insyaallah aku boleh bagi punya…“. Aku percaya kat kawan aku ni, pasal barang kepunyaan dia, kalo nak, bagitau kat dia, mesti dia bagi seikhlas hati punya… bab tu aku boleh agree 100% punya. Tapi ini first time aku tengok dia marah… marah yang sampai makan tak abis (tapi aku yang abiskan), pastu mandi tak basah (aku mandi pun tak basah, sebab masa tu asrama tak de air), tidur tak lena (aku lena semacam aje…. ). Banyak benda yang dia buat lepas kejadian tu macam serba tak kena. Prinsip hidupnya yang dia pegang sejak dulu entah hilang tak tau ke mana…. sampaikan diari dia pun, dia suruh aku baca…

Aku kesian kat dia…     

Posted on Oktober 14, 2005, in Bebas. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: