Isnin Yang Indah

Kalo cakap pasal hari Isnin memang ramai yang TAK suka. Bukan depa tak suka, tapi pakat dok menyampah kat hari Isnin…. ini semua dakyah orang putih kat kita. Sapa tak tau yang Rasulullah s.a.w lahir hari Isnin (sapa yang tak tau, sila tanya diri sendiri… siapa aku?) dan banyak peristiwa bersejarah dalam Islam berlaku dalam hari Isnin, contohnya Nabi Adam dan Hawa diarahkan turun ke Bumi pun hari Isnin gak.

Cuba tanya kengkawan kita yang bekerja, suka tak hari Isnin… mungkin ada yang cakap suka dan ramai yang cakap tak suka… semua tu sebab preasure kerja punya pasal. Dulu aku pernah tulis satu fakta yang aku baca yang berbunyi macam ni: “50% orang yang mati disebabkan serangan jantung pertama adalah pada hari Isnin diantara jam 8 pagi hingga 10 pagi“…. uik!! kenapa jadi macam tu?

Pada pendapat aku la kan, aku rasa dorang preasure selepas cuti dua hari – Sabtu ngan Ahad – pastu hari Isnin plak kena buat kerja lagi… nak tak nak kena buat kerja, kalo tak, tak de gaji. Ada yang kata, kalo nak beli kereta kat Malaysia kena tengok dulu kereta tu buat hari apa, kalo kereta tu buat hari Selasa, Rabu, Khamis… ok boleh dibeli. Tapi kalo kereta tu dibuat hari Isnin ngan Jumaat… katanya jangan dibeli, sebab – hari Isnin orang preasure kerja, so, kerja dalam keadaan marah, dan hari Jumaat pulak, orang buat kerja nak cepat habis sebab nak balik cepat…. aiyaa!!! macam itu pun ada ka?

Tapi pada aku, I love monday very much… banyak perkara baru aku boleh buat… hari ni aje Insyaallah ada rezeki untuk aku… orang kata rezeki Ramadhan dan Syawal… tunggu masa nak bagitau aje… hehehehehe…

 

Posted on Oktober 10, 2005, in Bebas. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: