MLM, Direct Selling, Piramid & Skim Cepat Kaya – Bahagian 1

Dalam beberapa tahun aku aktif dengan MLM ni, dah berbagai company yang aku jumpa yang menawarkan konsep MLM. Memang tak dinafikan, kalo orang cakap MLM mesti ramai yang akan cakap Direct Selling (Jualan Langsung), dan ramai yang tak nak join MLM adalah disebabkan kena JUMPA ORANG. Kenapa takut nak jumpa orang?… bukan pegi jumpa hantu, hanya jumpa kengkawan, sedara mara, kenalan dan sesapa saje yang bernama MANUSIA.

Oklah, kat sini akau nak berkongsi dengan para pembaca tentang perbezaan antara MLM, Direct Selling, Piramid & Skim Cepat Kaya…. haaaaa… bukan senang nak dapatkan ilmu ni…

MLM:
Multilevel Marketing ni sebenarnya dah bermula sejak tahun 1956 lagi, cuma dalam Malaysia ni baru dalam 20 tahun gitu. So, dalam Malaysia ni masih muda dan ramai yang tak tau tentang MLM ni. MLM adalah satu konsep pasaran beperingkat dalam satu hierarki yang perlu bagi pengusaha MLM ni membina organisasi dan melahirkan usahawan sepertinya sebanyak yang mungkin. Dalam MLM, SIAPA YANG KERJA KUAT, DIA YANG AKAN DAPAT BANYAK (INCOME = $). Dan dalam MLM ia bergantung kepada jualan kumpulannya, jika jualan kumpulannya besar, tapi jualan persendiriannya sikit, maka sikitlah incomenya. Tapi jika jualan kumpulannya besar, dan jualan persendiriannya juga besar, maka besarlah incomenya…. haaaaaa…. Selain tu lagi, dalam MLM kita boleh create sebanyak mana usahawan dibawah kita untuk kita melayakkan diri mendapat pangkat yang tinggi…. Alaaa… macam kita jadi executive kat mana-mana syarikat swasta, bila dah lama keje lepas tu ada executive baru yang datang keje dan keje kita bagus, maka kita dapatlah pangkat Senior Executive dan income kita tambah la…. paham kan?

Direct Selling:
DS ni sebenarnya ialah sebahagian daripada MLM…. cuma konsep ni dalam MLM adalah pada permulaan kita menceburi bidang MLM. Setiap mereka yang menceburi bidang MLM, kena tahu macam mana nak buat DS. Dalam DS kita perlu tahu tentang kelebihan produk, kabaikan, dan peluang yang ada dalam company MLM kita tu. Memang la dalam DS ni kita perlu berani…. tapi tanggapan sesetengah orang tentang DS dalam MLM kena ketuk rumah orang dan jumpa orang yang sedang makan di restoran adalah silap sama sekali. DS yang macam tu adalah pure DS, yang saya maksudkan DS dalam MLM ialah kita hanya perlu jumpa kengkawan, sedara mara, kenalan dan berkongsi dengan dorang tentang peluang yang kita ada dan dorang pulak buat macam mana kita buat kat dorang (konsep klon). DS dalam MLM yang perlu kita hadapi ialah apabila kita mula nak ajak orang join company MLM kita… di sini kita perlu tahu selok belok produk dan Plan Pemasaran.  

Piramid:
Cakap pasal Piramid memang orang akan cakap: “MLM tu adalah piramid… dan menyusahkan orang bawah… orang atas aje yang kaya“…. dan tu lagi ada yang kata piramid tu sebab bentuk piramid… hahahahaha…. nampak sangat cetek ilmu. Oklah… sebenarnya piramid ni adalah satu sistem yang MLM yang dulu-dulu… sekarang ni dah tak ada sistem piramid kecuali ada la sikit-sikit company yang buat macam tu. Piramid ni adalah konsep orang diatas akan “makan” orang bawah…. maksudnya, orang bawah buat kerja sponsoring dan jualan banyak, tapi orang atas releks dan orang kat atas tu jugak yang kaya….. haaaa…. maksudnya sistem ni kejam la… walaupun dengan satu kaki (jalur) dibawah kita, tapi kita boleh dapat income yang besar dan pangkat kita sentiasa akan naik tanpa usaha.

Skim Cepat Kaya:
Haaaaa…. sekarang ni SCK yang bertopengkan MLM ni dah banyak dah dalam Malaysia…. jaga-jaga la kita kalo jumpa dengan company macam ni. Hanya menawarkan 1 atau 2 produk, pastu boleh dapat ribu-ibu. Sistem ni boleh kita lihat jika company tu menawarkan pelan pemasaran yang hanya sekali pembelian atau bayaran seumur hidup dan seterusnya hanya perlu cari orang buat macam kita… kita diatas tak perlu buat penjualan, tetapi income boleh dapat dengan banyak. Konsep ni boleh kita lihat kalo Pelan Pemasarannya berbentuk PAIR (Sepasang)… dan lagi, hanya dua orang hingga empat orang sahaja yang boleh jadi direct downline, maknanya tak boleh pasang banyak orang bawah kita. Akan tetapi sistem ni tak lama boleh bertahan seperti pure MLM sebab bila orang dah tahu konsep sistem ni, maka orang dah tak nak join lagi… maksudnya SCK ni adik beradik dengan Piramid laaaa… tak adil.

Ok… ada banyak lagi kajian yang aku buat tentang bidang ni… dah akan aku kongsikan dengan korang semua nanti ok…

Posted on Ogos 17, 2005, in Mari Berniaga. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. Salam kenal..:)

    Yupp..setuju sangat ngan entri awak ni..kadang2 sedih dengan mentaliti orang yang masih beranggapan MLM hanya menguntungkan orang atasan. Sebenarnya bergantung juga kepada pelan pemasaran sesebuah syarikat MLM tu. Alhamdulillah, saya dapati pelan pemasaran syarikat MLM yang saya join adalah adil kerana siapa yang keje kuat, dialah yang akan untung. Kalau orang masuk bawah kita pun, tapi keje lebih kuat dan dapat menaja ramai orang, pangkat diaorang boleh lebih tinggi daripada kita.

    Keduanya, MLM bukanlah kita pergi rumah ke rumah mengetuk pintu lagi. Banyak lagi cara yang berkesan untuk promosi. Kadang2 orang takut nak join sebab malu dan malas nak pergi jumpa orang lain..emmm..kalau camtu camne nak berniaga kan?

    Yang penting jadi pengguna produk, baru ada keyakinan dan testimonial sendiri untuk menjual.

    Wah!… bakal usahawanita yang pasti akan berjaya… Tahniah kerana memilih MLM…

  2. a’kum,
    saya ingin sangat berjumpa dengan en. untuk turut serta bersama saya berjaya di dalam ecofirst. syarikat yang kukuh, tersenarai di dalma bursa malaysia lebih 20 tahun. dan 2 anak syarikat pun telah tersenarai didalam bursa malaysia!!yang menarik income harian maksima RM 7480!!! denagn hanya 2 jalur..ni bukan Skim cepat kaya yer….yaang lebih unik ada plan duduk diam dapat duit denagn pulangan ROI 200% bagi yang malas kerja ni…iniginkan keterangan lanjut, boleh hubungi saya di talian 012-2534601 (En Wan).

    Wah!!… ROI 200%.. hahaha… gile ah.. bisnes dari langit keberapa nih?.. haha

  3. yang penting pada aku kalau nak buat MLM ni cari barang yang wajib guna
    cam aku aku join mymode… untuk kegunaan sendiri …
    dan aku just promot cara online je….
    nak tau pasal mymode g kat sini

    KIPP: Hmmm… sipa promote lagi.. huhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: