Cerita Ayah Pin

Aku teringat masa al-Arqam difatwakan sesat, banyak pihak akan mengambil tindakan untuk membantu kerajaan menyelesaikan masalah ni… Mungkin gak disebabkan ada unsur-unsur politik yang menyebabkan kerajaan betul-betul serius dengan hal ni, dan memang dah terbukti yang ajaran Aurat Muhammadiah itu memang dah sesat, maka tindakan awal telah menyelamatkan rakyat Malaysia dari kesesatan. Tapi bila ajaran Ayah Pin dah difatwakan sesat, masih lagi pihak berkuasa bagitau yang mereka tidak mempunyai bukti kukuh… Kalau betul ISA itu digunakan untuk Keselamatan Negara, kenapa tidak menggunakan “senjata” tersebut menangkap orang yang menyeleweng aqidah umat Islam di Malaysia ni.

Tapi yang kita lihat ISA ni hanya untuk menangkap orang yang tak bersalah tanpa disoal siasat pastu ditumbuk terajang untuk mengaku bersalah. Lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan pihak pembangkang dan pihak yang lawan kerajaan. Bukan ke Aqidah lebih penting dalam kehidupan kita, kalau Malaysia ini benar-benar dikatakan Negara Islam dan dihebahkan dengan Islam Hadharinya, maka penting bagi mereka mengambil tindakan yang cepat.

Ntah apa yang ditunggu pun aku tak tau… dan baru-baru ni aku sempat baca satu artikel oleh seorang anak bekas PM yang memang dah berterus terang menyatakan APA SALAH UNTUK KITA MURTAD keluar dari Islam dan menyokong penuh IRC yang penuh dengan tipu muslihat untuk menghancurkan umat Islam Malaysia. Dalam artikelnya, dia kata yang Ayah Pin berhak untuk murtad dan membela pulak si Ayah Pin ni. Kalau dulu bapaknya ambil serius dengan hal al-Arqam sebab boleh menganggu gugat kedudukannya sebagai PM, sekarang ni pulak anaknya sokong Ayah Pin sebab tak suka pada ulama’ di negara kita.

Bagi orang yang kurang ilmu agama, perkara macam ni boleh menyebabkan salah satu keruntuhan aqidah dan ketidakpercayaan terhadap agama yang dianutinya. Bagi mereka “Hak Asasi Manusia” itu lebih penting dari segalanya…. maka akan lahir mereka yang sesat dan menyesatkan orang lain.

 

Posted on Julai 21, 2005, in Islam, Isu Semasa, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: