Fatwa Sesat Dr.Masitah Ibrahim – Bahagian 2

Isu pelacuran, Ustaz Ismail Noh bidas Mashitah
Wednesday, July 06 @ 17:19:57 MYT

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) – Kenyataan Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim mengenai isu ibu tunggal boleh melacur jika darurat dibidas Ustaz Ismail Noh (PAS Pasir Mas).

Ustaz Ismail berkata, tindakan Dr. Mashitah menyatakan bahawa ibu tunggal boleh melacur dalam keadaan darurat untuk menyara anak-anak adalah satu kenyataan tidak berdasarkan kepada nas mahupun hadith.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Keterangan Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) (pindaan 2005) di Dewan Rakyat sebentar tadi. “Saya terkejut yang berhormat Dr Mashitah seorang yang mengaji, tetapi mengeluarkan kenyataan seperti ini” katanya.

Dalam keadaan ini, Dr. Mashitah seharusnya memberi jawapan bahawa ibu tunggal yang dalam keadaan darurat lebih baik meminta sedekah atau buat kerja lain daripada berzina. Secara jelas dalam Islam tidak ada kias yang membolehkan seseorang yang darurat itu melacur kerana melacur ini adalah berzina, katanya. Ujar beliau, di dalam Al-Quran sendiripun secara jelas memperincikan soal haramnya aktiviti penzinaan. “Jangan mendekati zina” kata Ustaz Ismail yang memberi maksud petikan ayat Al-Quran.

Justeru, beliau menyeru Dr. Mashitah supaya prihatin terhadap apa yang telah diucapkannya berhubung isu pelacuran seperti yang dilapor dalam akhbar baru-baru ini. – wn

Posted on Julai 7, 2005, in Islam, Isu Semasa, Otak de Lutut, Tazkirah. Bookmark the permalink. 7 Komen.

  1. biasala..ulama umno..aku tak heran malah dah agak dah pun..islam hadhari,zina hadhari..insaflah..aku tak belajar tinggi,tapi aku tahu mana kaca mana mutiara..

    Kalo ada seribu orang macam ko ni, aku rasa selamat Malaysia… Insya Allah

  2. kita skrg ni hny bole b’doa kpd Allah moga2 diberikanNya petunjuk dan hidayah kpd saudara kita ni…buruk2 dia pun saudara seiman dan seagama gak.

    Hmmm.. betullah tu…

  3. Aku yang tak sekolah tinggi ni pun tahu zina tu haram. Dah cakap dalam Quran lagi tu… Tiada apa yang boleh menghalalkannya…

    UMNO aje yang menghalalkannya.. tu la pasal fatwa dia cam gitu.. haha

  4. hamba Allah..

    igtlah manusia.. niat xkan menghalalkan cara. n berzina bknlh cra yg terbaik utk mencari rezeki yg halal lg diberkati.

    KIPP: Bukan cara terbaik, tapi haram la..

  5. Leemaaan.......

    sedih,ada juga menteri agama yang buta agama.

    KIPP: Menteri sape tu,….

    • pikir laa positif sikit….menteri agama tu kan anak ulamak jugak..didikan keluarga yg kuat agama islam…mukin dia ada dalil dlm hadis..mesti dia ada rujukan pun sblm ckp mcm tu..
      apa yg penting kita ikut jer rentak dia…soal dosa pahala..lu pikir laa sendiri

      KIPP: Aku ingat ada satu lagu nasyid tu.. “Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa…”. Sebab tak ada dalil dan nas la yang kitorang marah.. itu semua dalil akli semata-mata

  6. aminah auni binti razak

    dia nak samakan hukum makan makan babi ketika darurat kot..kl cmtu sume pelacur boleh beri alasan darurat,xde duit beli susu anak2..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: