Kenapa Aku Buat MLM? – Bahagian 2

Sekarang ni aku nak sambung artikel aku yang dah lama aku biarkan tergantung tak bertali…. Kenapa aku buat Shaklee – Part 2….

6. Stress kerja:
Ada satu artikel yang aku baca dan disahkan oleh pensyarah aku yang manyatakan bahawa 50% orang mati sakit jantung pada serangan jantung pertama adalah pada hari Isnin jam 8 hingga 10 pagi. Bukan aku nak takutkan anda semua, tapi realitinya macam tu lah… tak percaya, pergi tanya mak, ayah atau kengkawan yang dah berkerja…. tak pun cuba tanya diri sendiri. Sampaikan boleh jadi lawak dengan fakta artikel ini iaitu – kalau nak beli kereta, beli kereta yang dibuat pada hari Selasa, Rabu dan Khamis sebab masa tu stress kurang. Kalau beli hari Isnin, orang bekerja dalam keadaan tak stabil, kalau hari Jumaat pula, orang bekerja nak cepat sebab nak balik rumah…hehehehehe… So, camne…. rasa-rasa kita la, nak tak kita tergolong dalam orang yang mati sebab stress???….

7. Untuk tingkatkan potensi diri sendiri:
Aku selalu bertanyakan diri aku sendiri tentang potensi diri aku…. dan aku sedar bahawa potensi diri aku kalau nak dikirakan dengan wang adalah lebih kurang RM 5 000 sehari… bagi seorang siswazah yang telah menghabiskan separuh kehidupan dengan belajar ke peringkat yang tinggi kerana untuk dapatkan kerja yang terjamin…. Rasa-rasa laaa… berbaloi tak jikalau hanya dapat RM 1 500 sebulan… dengan hampir RM 30 000 kos habiskan degree bagi IPTA dan hampir RM 60 000 bagi IPTS…. pada aku KURANG berbaloi…. Kalau dapat kerja tu ok la juga… tapi yang menganggur tu camne pulak??? tak de inisiatif lain untuk tolong diri sendiri ke?…

8. Industri MLM adalah satu bentuk revolusi:
Hal ini memang dah banyak diperkatakan oleh korporat baik dalam dan luar negeri, sehinggakan Bill Gates – Raja Microsoft – pun pernah berkata “Jika aku nak mulakan perniagaan sebelum ini, aku akan mulakan dengan MLM“… Kalau Encik Gates cakap macam tu… siapalah kita yang tak berapa reti gunakan Windows nak cakap besar… betul tak?. Pernah ingat kita belajar sejarah kat sekolah pasal Revolusi Perindustrian, di mana orang Barat mula maju dalam bidang ini dan seterusnya berkembang hingga sekarang… sehinggakan teknologi mereka lebih 20 jauh dari kita… Begitu juga MLM…. ia akan sama dengan Revolusi Perindustrian, kalau kita tak kuasainya sekarang, kita akan ketinggalan.

9. Niat untuk tolong orang lain:
Dalam buat Shaklee ni, pada peribadi aku ialah nak tolong mak ayah aku yang dah banyak berkorban untuk aku baik dari segi kesihatan dan juga kewangan. Lepas tu, nak tolong orang lain kepada kesihatan yang baik dan juga sumber kewangan yang bebas… bermaksud, tak berhutang, tak tunggu dapat gaji baru nak bernyawa semula dan macam-macam lagi.

10. Tuntutan Islam:
Kena ingat Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud 9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan, dan 1/10 lagi datangnya daripada perladangan. Dengan petunjuk yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W, maka membuat aku lebih yakin dan terus istiqamah dalam membina empayar perniagaan yang aku jalankan kini…. Mungkin banyak lagi sebab musabab kenapa perlu bagi kita mulakan perniagaan ini. Tetapi bagi aku, dengan 10 sebab ini sudah memadai untuk membuka minda kita agar kita menjadi diri kita sendiri dan melakukan perkara untuk diri kita sendiri. Diharapkan dengan perkongsian ini, kita harap ia menjadi salah satu jambatan untuk membina insan berjaya, kaya yang beriman Lillahita’ala…..

wassalam…

Posted on Julai 6, 2005, in Isu Semasa, Mari Berniaga. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: