Kenapa Buat MLM?

Minggu lepas aku gi ke Seminar Kepimpinan Shaklee di Hotel Singgahsana. Dalam seminar tu aku ada ambil sedikit sebanyak beberapa perkara yang penting, kenapa aku perlu melibatkan diri dalam Multilevel Marketing, terutama sekali didalam Shaklee….

10 sebab kenapa aku perlu melibatkan diri didalam Shaklee (MLM)….

1.   Kesihatan:
Kerana aku perlukan kesihatan yang baik bagi menjalani kehidupan seharian. Perlu untuk menjaga kesihatan kerana untuk beribadat, bekerja mencari nafkah hidup,menjaga kedua orang tua kita, dll. Bayangkan jikalau kita sakit… aku rasa lagi menyusahkan orang lain lagi ada… betul tak? Tapi takdir Allah S.W.T menentukannya…

2.   Kos sara hidup yang tinggi:
Sekarang ni, kalau di bandar atau dekat dengan bandar semua harga tinggi, baik untuk makan harian hinggalah sewa rumah… Tak ada pilihan lain, melainkan terpaksa untu mendapatkan sesuap nasi… seperti yang aku katakan dulu, minyak petrol naik 10 sen, ikan tenggiri naik RM 3…

3.   Kos IPT yang tinggi:
Dalam hal ni, boleh kata semua bapak-bapak dan mak-mak nakkan anak dorang semua masuk universiti, kalau nak masuk IPTA mesti ada syarat kemasukan yang ketat, kalau IPTS pulak tengok fulus… di IPTA sahaja kalau nak habiskan degree dah makan RM 30 000, inikan pulak IPTS yang perlu RM 50 000 untuk degree. Mana nak cekau duit!!!!…. Sekarang ni pulak PTPTN kata nak bagi pinjaman pada IPTA sahaja… IPTS pulak yang ambil degree sahaja yang boleh apply loan PTPTN….

4.   Punca kewangan meninggal dunia:
Untuk sebab ini, lebih diutamakan kepada pihak perempuan yang mempunyai suami…. fikirkanlah tiba-tiba kita si isteri dapat tahu yang suami kita mati atau lumpuh… kalau si isteri itu berkerja, kira ok la sikit… tapi yang jadi suri rumah full time tu camne? Yang bekerja pun kena ambil tahu… Masa tu lah kita akan merasai kehilangan masa untuk anak-anak kita…. Bagi yang kehilangan bapa pun macam tu juga… Takkan nak harapkan mak kita yang dah tua untuk sara kita…

5.   Persiapan diri sendiri:
Cuba tengok berapa ramai kakitangan TM telah di beri VSS untuk dibuang kerja… di mana mereka nanti?… dengan hampir 80 000 graduan yang menganggur untuk mendapatkan pekerjaan…. ada pulak syarikat-syarikat lain yang buang pekerjanya untuk jimatkan kos. Mungkin sekarang ni tak kena pada kita… tapi kebarangkalian untuk berlaku atas diri kita amat luas… Jadinya, di mana kita pada masa itu?

bersambung…..

Posted on Jun 24, 2005, in Isu Semasa, Mari Berniaga. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: